Sabtu, Ogos 21, 2010

Membuat manik kertas

Assalamualaikum
Jom kita buat manik dari kertas terbuang bersama-sama kanak-kanak. Selain meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak, kita juga akan dapat meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak kerana setelah manik disiapkan mereka akan memikirkan apa yang boleh dilakukan terhadap manik-manik yang cantik itu.

Apa yang diperlukan hanyalah:
1. kertas majalah / katalog / surat khabar / pendua
2. gam
3. gunting
4. pengilat kuku
5. pencungkil gigi ( untuk mengeringkan manik / menggulung kertas)
6. batang putik kapas ( untuk menggulung kertas menjadi manik)
7. benang

Selamat mencuba.
Contoh potongan kertas untuk menghasilkan bentuk yang berbeza.


Manik-manik dikeringkan setelah disapukan pengilat kuku atau varnis dengan mencucukkannya pada pencungkil gigi.



Dijadikan tirai di kelas prasekolah


Menjadi gelang untuk dihadiahkan kepada ibu atau kakak.


Dijadikan rantai yang cantik sempena hari ibu.


Menjadi anting-anting,


Gelang yang comel


Gelang berbentuk silinder yang digabung dengan manik lain


Pokok hiasan


Gelang buat cikgu.

Worksheets