Khamis, April 22, 2010

Projek Cerlang Minda Prasekolah Akan Diteruskan

Assalamualaikum
Semalam saya telah mendapat email dari Pengurus Projek Cerlang Minda Prasekolah yang banyak membantu saya untuk merealisasikan impian selama ini untuk menjadi seorang penulis. Pertemuan kami bermula di blog ini juga.

Menurut Puan Maznun, beliau telah diarahkan oleh pegawai atasannya untuk menyambung projek Cerlang Minda yang sudah terbengkalai. Pegawai tersebut ingin berjumpa saya untuk membincangkan tentang projek berkenaan.

Alhamdulillah dalam musibah yang menimpa anak lelaki saya baru-baru ini muncul berita yang sangat menggembirakan. Buat rakan-rakan, doakan saya berjaya menyelesaikan 5% sahaja lagi projek ini yang mengandungi 24 cd interaktif kesemuanya. Semoga usaha ini akan dapat membantu rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah. Semoga usaha kecil ini akan dapat membantu mengembangkan minat kanak-kanak untuk belajar. InsyaAllah

Tiada ulasan:

Worksheets