Isnin, April 12, 2010

Buku Stiker

Assalamualaikum
Hari ini saya membelikan setiap murid buku 555. Buku kecil ini sangat popular sejak saya bersekolah rendah lagi di tahun 70an. Saya menjalankan aktiviti mengeja sukukata kvkv di mana setiap murid akan menulis 5 perkataan yang saya sebutkan berdasarkan perkataan yang telah dipelajari di awal pagi tadi. Setelah berjaya menulis 5 perkataan tersebut, saya akan menghadiahkan mereka stiker-stiker yang cantik-cantik seperti di bawah. Memang menyeronokkan dan ada juga yang menangis kerana tidak berjaya mendapatkan stiker cantik ini.


Tahukah anda apakah yang tersurat dan tersirat di dalam aktiviti ini? Ya, antara objektif yang ingin saya capai ialah menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan kanak-kanak, melatih daya ingatan, melatih kemahiran menulis dengan cepat dan mengeja dengan betul.

Apakah alternatif lain selain menggunakan buku 555? Anda boleh menggunakan kertas-kertas warna yang dipotong kecil dan digunting menggunakan gunting kraf lalu distapler. Di bahagian mukasurat akhir buku kecil ini kelak anda boleh memberikan komen tentang pencapaian kanak-kanak dan ibu bapa diminta menandatanganinya sebagai bukti keprihatinan mereka terhadap pembelajaran anak mereka. Selain menjadi buku stiker, ia juga menjadi buku perbendaharaan kata yang pasti mengujakan kanak-kanak.

Tambahan lain: Anda boleh buat buku-buku kecil mengikut tema dan memberikan stiker mengikut tema yang sedang anda jalankan.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Worksheets