Assalamualaikum
Ramai yang pening dengan KSPK ini. Untuk memudahkan kefahaman anda dan meningkatkan kefahaman saya juga ( kalau salah, para juruatih utama ingatkan saya ya ) izinkan saya menerangkan apa yang saya faham tentang KSPK ni.
Perubahan
Perkara yang anda perlu tahu adalah perubahan dalam kurikulum lama. Komponen ditukar kepada tunjang. Manakala kandungan telah ditukar kepada Standard Kandungan dan Hasil Pembelajaran ( HP ) kepada Standard Pembelajaran ( SP ). Untuk pengetahuan anda Standard Pembelajaran telah disediakan untuk murid 4+ dan 5+ tahun.
Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan
Dalam menyediakan rancangan pengajaran tahunan, anda perlu melihat tahap pencapaian asas murid. Kalau mereka belum pernah bersekolah, berada di kawasan pedalaman, tahap IQ yang rendah dan lain sebab yang menyukarkan mereka mencapai tahap mengikut umur mereka, anda perlu bermula dengan kemahiran atau standard pembelajaran bagi kanak-kanak berumur 4+ bagi semester pertama. Manakala standard pembelajaran untuk kanak-kanak 5+ akan diajar di semester kedua.
Bagaimana dengan murid saya yang semuanya berumur 5 tahun? Perlukah guna SP murid 5+?
Soalan ini ada diajukan kepada saya. Jawapan saya mudah sahaja... anda gunakan kemahiran 4+ dahulu, kalau sehingga akhir semester pertama mereka masih belum kuasai SP 4+, teruskan usaha anda untuk mereka betul-betul faham SP 4+. Tak perlu kejar-kejar SP tu. Yang penting murid anda dapat kuasai kemahiran asas dengan cemerlang. Banyak kesilapan berlaku kepada guru-guru kerana mereka terlalu ingin habiskan kurikulum sedangkan murid mereka masih kosong ilmunya. Anda kena ikut tahap kemampuan murid supaya anda tidak dipersalahkan kemudian hari. Perlu anda faham kesemua kemahiran asas ini ada 4 kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Bagaimana menyediakan Rancangan Pengajaran Harian?
Anda hanya perlu membuat RPH secara ringkas dan mudah difahami. Kalau anda pelatih di IPG, kenalah buat panjang untuk memudahkan anda mengikut langkah-langkah pengajaran. Bagi guru terlatih, kalau anda buat macam guru pelatih... maka anda jadi guru terletih...Maklumlah ada 4 jam menanti anda setiap hari untuk mengajar.
Macamana nak pastikan murid kuasai kemahiran SP yang anda ajar?
Buatlah penilaian agar anda dapat melihat tahap pencapaian murid. Apa yang biasa saya buat ialah dengan mengumpulkan setiap set kemahiran ke dalam bentuk booklet supaya mudah didokumentasikan dan pastikan ibu bapa menandatangani apa yang telah dicapai oleh anak mereka setiap minggu. Bukti hasil kerja ini akan dapat membantu anda andai berlaku perkara yang tidak diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan