Isnin, Oktober 19, 2009

Program Ziarah dan Marhaban

Assalamualaikum
Syawal sudah tiba di penghujungnya. Program ziarah dan marhaban kami juga sudah selesai cuma saya belum berkesempatan memasukkan gambar-gambar bagi melengkapkan lagi laporan aktiviti yang telah saya rancang dan laksanakan bagi tema perayaan. Memang memenatkan kerana kami perlu menghabiskan dalam masa 3 hari sahaja.
Apa yang menarik sepanjang aktiviti dilaksanakan, 100% kanak-kanak telah berjaya mencapai objektif yang dirancang iaitu:

1. Mengucapkan salam
2. Bersalam-salaman dengan tuan rumah
3. Membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w
4. Mencuci tangan sebelum dan selepas makan
5. Membaca doa sebelum dan selepas makan
6. Beratur semasa mengambil makanan dan menerima buah tangan dari tuan rumah
7. Mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana saya dan PPM serta guru pengiring sihat sepanjang aktiviti berlangsung. Kalau tidak terpaksalah kami melakukan plan B. Biarpun penat, kanak-kanak sangat seronok dengan aktiviti ini malah ibu bapa ( tuan rumah ) sangat menghargai kedatangan kami. Maklumlah bukan mudah menjalankan aktiviti ini dengan membawa 21 orang kanak-kanak dalam satu masa. Lagipun program ini hanya sekali sahaja dalam hidup mereka sebagai kanak-kanak prasekolah. Apa yang lebih menyeronokkan ada ibu bapa yang meminta agar kami dapat berkunjung lagi di tahun hadapan meskipun anak mereka tidak di prasekolah lagi. Alhamdulillah dan Insya-Allah akan kami usahakan.

Nampaknya pada tahun hadapan banyak lagi field trip atau ringkasnya lawatan yang bakal kami sediakan mengikut tema-tema tertentu. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Worksheets