Akhirnya saya dapat juga surat panggilan mesyuarat pengurusan prasekolah setelah lama diperam di sekolah. Harapan saya semoga apa yang bakal dibincangkan di dalam mesyuarat pelaporan aktiviti tahun 2009 dan perancangan prasekolah tahun 2010 ini benar-benar dapat dimanfaatkan oleh semua guru prasekolah negeri Johor. Banyak juga yang ada dalam minda saya ini untuk diluahkan di dalam mesyuarat itu kelak. Bagi yang mungkin rasa tergugat dengan kehadiran saya kelak jangan risau kerana saya tidak ingin merebut apa-apa jawatan pun. Maklumlah saya bukan Jurulatih Utama Negeri Johor malah tidak juga jurulatih di daerah Kota Tinggi. Kehadiran saya sekadar memenuhi ruang dan undangan. Kenapa saya berkata begini? Jawapannya kerana ada yang telah sampai di telinga saya mengatakan saya begitu begini. Biarlah itu menjadi rahsia. Saya menerimanya dengan tangan terbuka. Hey... best pe dapat pahala free. Hehe...
Harapan saya hanya satu. Semoga pertemuan ini kelak dapat meningkatkan mutu prasekolah di negeri ini. InsyaAllah.
Tarikh : 30 Oktober 2009
Tempat : SK Bandar Putra, Segamat
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Harapan saya hanya satu. Semoga pertemuan ini kelak dapat meningkatkan mutu prasekolah di negeri ini. InsyaAllah.
Tarikh : 30 Oktober 2009
Tempat : SK Bandar Putra, Segamat
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan