Khamis, Mac 19, 2009

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan

Assalamualaikum
Hari ini saya telah menduduki peperiksaan PTK di SM Teknik Kota Tinggi. Cuaca hujan sejak malam tadi. Hari ini juga saya bertugas di sekolah. Saya keluar rumah awal kerana perlu mencatat kehadiran pada buku kedatangan guru bertugas waktu cuti. Pukul 8.30 pagi baru saya bertolak ke Sekolah Teknik yang kebetulan bersebelahan pagar sekolah. Ramai juga guru-guru yang telah datang dan mencari tempat untuk memparkir kereta.

Saya mendapat tahu tahun ini dimulakan "Open Book Test" tapi malangnya saya tidak dapat maklumat sebenar dan senarai buku-buku yang boleh dibawa masuk ke dewan peperiksaan. Dengan penuh semangatnya saya membawa buku ke dalam dewan peperiksaan. Puas juga mencari tempat duduk. Rupa-rupanya kerusi saya berada di barisan paling depan. Kiranya orang pertamalah dalam senarai guru-guru DG41 yang ambil kertas TK2 bagi kertas Umum. Rakan lama saya Puan Salina tidak pula kelihatan, mungkin dia sudah lulus kertas ini. Oh baru saya teringat yang beliau sudah dilantik ke DG44. Kalau tahun lepas, hanya 4 orang sahaja rakan guru yang sama-sama menduduki kertas ini di tempat yang sama. Alahai bilalah nak lepas dari kegagalan ni?

Hari ini juga satu kejadian gelabah berlaku. Sejak malam tadi saya sudah meminta anak-anak untuk meminjam dan meletakkan pensel, pengasah dan pemadam di tepi beg tangan saya. Pagi ini dengan penuh yakin saya memecut ke sekolah. Sampai di ruang dewan, alamak... tepuk dahi sebab lupa bawa alatulis. Gelabah juga jadinya. Mujur ada 15 minit lagi sebelum peperiksaan bermula. Mujur juga kereta saya tidak dihalang oleh kereta lain. Berapa banyak mujur daa? Memang orang Melayu ini sering bernasib baik kot. Saya hampir gelabah dibuatnya. Menelefon suami di rumah... dia sudah ke kebun. Aduhai. Macam mana nak buat ni? Nasib baik sekolah sebelah. Ambil kunci dan hidupkan engin kereta. Macam aksi drift pula masa mengundurkan kereta. Kelam kabut saya berlari menaiki tangga ke pejabat sekolah untuk meminjam alat tulis dan kelam kabut juga berlari turun. Mujur semasa sampai semula, semua calon baru beredar masuk ke dewan. 9.30 pagi saya sudah keluar dari dewan dan ke sekolah semula. Malas nak semak sebab kalau saya semak sekali lagi jawapan pasti akan berubah. Nekad maut je la... hehehe... dalam fikiran saya... kalau keputusan DG44 diberi mulai Julai 2008, sudah pasti keputusan peperiksaan ini tidak akan dinilai juga. Lagipun saya sudah dapat gred 3 dalam kedua-dua kertas TK2 dan TK1 pula dapat gred 4. Hehe...jawapan seorang yang sangat malas membaca... kalau novel... sanggup baca sampai pukul 3 pagi!...

Tiada ulasan:

Worksheets