Ahad, Julai 20, 2008

Kenderaan Air

Saya telah menyiapkan modul-modul yang boleh digunakan oleh kanak-kanak mengikut tema tertentu untuk belajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Ramai guru yang telah menggunakan bahan ini dan menyatakan ianya amat membantu melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terima kasih di atas respon anda. Saya turut gembira kerana bahan ini dapat dikongsi bersama. Percuma? Terus terang saya katakan saya tidak mampu memberikan secara percuma. Saya telah memasukkan kesemuanya di dalam cakera padat. Hendak secara percuma memanglah diluar kemampuan saya memandangkan semuanya memerlukan kos. Saya hanya meletakkan harga paling minima. Bagi anda yang ingin mendapatkan modul ini, lihat entri sebelum ini tentang cara-cara mendapatkannya. Sehingga hari entri ini ditulis, saya telah dapat menghasilkan 10 cakera padat bagi tema haiwan liar (terpaksa dibuat dalam 2 cd kerana banyak bahan yang perlu dimuaturun), haiwan air, haiwan jinak, serangga, makanan, buah-buahan, kenderaan air dan kenderaan darat (2cd).


Ini antara aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan modul yang telah saya siapkan. Mulanya mereka mengeja lembaran kerja yang diberi, memadankan jawapan yang betul dengan gambar yang diberi. Untuk latihan lanjut, saya membantu mereka menggunting kertas tersebut bersama perkataan sedia ada. Kemudian mereka akan menampalkannya di kertas A3. Inilah hasil kerja murid saya. Anda boleh mengubah suai dengan tema yang lain.



Tiada ulasan:

Worksheets