
Sesi penilaian dihadiri oleh Cikgu Fauziah, Cikgu Mazlan, Cikgu Wan Aliza dan Cikgu Aminah dan juga tenaga pembangun CD-ROM ini. Kami mendapat banyak maklumbalas dan cadangan dari semua yang terlibat, dan insyaAllah penambahbaikan akan dilakukan secepat mungkin sebelum ianya diterbitkan.
Hari kedua, kami (saya dan team pembangun) mengadakan sesi pengujian CD-ROM ini kepada murid-murid kesayangan Cikgu Fauziah dan juga murid kelas pemulihan. Sesi berjalan lancar walaupun pening kepala jugak melayan karenah budak-budak prasekolah nie. Nampaknya, mereka sangat teruja dan sangat berminat untuk mencuba semua aktiviti yang terdapat di dalam CD tersebut. Seperkara lagi yang saya lihat, ada sesetengah dari mereka yang pada mulanya takut-takut untuk memegang mouse komputer, tetapi oleh kerana keterujaan dan keseronokan melihat kawan-kawan mereka yang lain bermain, dalam masa yang singkat mereka berjaya menguasai mouse dan turut sama bermain seperti kawan-kawan mereka yang lain.





P/S : gambar-gambar lain saya letakkan dalam fotopages saya. Beserta entry yang lengkap. Baca kat sana ok..
Nota dari saya:
Saya juga berasa sangat gembira dengan kehadiran Puan Maznun dan kakitangannya ke kelas saya. Pengujian CD ini memang menyeronokkan walaupun saya terpaksa menghabiskan masa sehari suntuk di bilik akses komputer. Melihat kepada respon murid-murid saya dan murid-murid KIA2M saya dapat merasakan CD ini kelak akan dapat membantu serba sedikit kanak-kanak di negara ini belajar dengan seronok. Apa yang mengejutkan saya, Puan Maznun dan team pada hari itu seorang murid saya dapat mengingat lirik lagu yang saya cipta dan mendendangkannya secara spontan. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan