Sabtu, Februari 28, 2009

Sistem Fail Prasekolah

Assalamualaikum
Minggu ini saya sibuk dengan sistem fail yang baru diterima. :12:
Pening juga kepala kerana sistem itu baru sahaja diterima sedangkan sebelum ini kami dibekalkan dengan sistem fail yang sedia ada. Sekolah pula telah dicalonkan untuk pertandingan Sekolah Cemerlang 2009 dan kelas saya turut merasa tempiasnya apabila dicalonkan untuk mewakili daerah Kota Tinggi ke pertandingan Kelas Terbaik. Mujurlah Guru Besar memberikan kerjasama untuk saya melaksanakan harapan yang dikehendaki oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Sebelum pulang ke rumah pada hari Khamis lalu, pegawai khas prasekolah PPDKT telah datang ke kelas bertanyakan keperluan untuk baikpulih kelas. Hmm... pucuk dicita ulam mendatang. Panjang juga senarai yang saya senaraikan untuk dibaikpulih. Petang itu juga saya ke kedai perabot untuk memesan almari besi bagi menyimpan fail-fail yang diperlukan. Selepas murid pulang pada hari Jumaat saya dan pembantu mengemaskan almari fail. Huhu semangat dibuatnya. :06:

Ramai kawan-kawan menghubungi saya untuk meminta sistem fail. Maka dengan senang hatinya saya menurunkan senarai fail yang perlu ada di kelas. Anda bagaimana? Dah siapkah dengan senarai kerja baru kita ini?

FAIL RUJUKAN

PERKARA

JBA 3057/PRA/01

JBA 3057/PRA/01/001

ANGGARAN BELANJA MENGURUS

ANGGARAN BELANJA MENGURUS

JBA 3057/PRA/02

JBA 3057/PRA/02/001

JBA 3057/PRA/02/002

JBA 3057/PRA/02/003

PENYELENGGARAAN DAN BEKALAN

AGIHAN BEKALAN

PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN ELETRIK

PENYELENGGARAAN KOMPUTER

JBA 3057/PRA/03

JBA 3057/PRA/03/001

AKTIVITI AGENSI LUAR

AKTIVITI AGENSI LUAR

JBA 3057/PRA/04

JBA 3057/PRA/04/001

KARNIVAL PRASEKOLAH

KARNIVAL PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/05

JBA 3057/PRA/05/001

KONVOKESYEN PRASEKOLAH

KONVOKESYEN PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/06

JBA 3057/PRA/06/001

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PRASEKOLAH

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/07

JBA 3057/PRA/07/001

JBA 3057/PRA/07/002

JBA 3057/PRA/07/003

GURU PRASEKOLAH

DATA GURU

KURSUS GURU

PERTUKARAN DAN PENEMPATAN GURU PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/08

JBA 3057/PRA/08/001

JBA 3057/PRA/08/002

JBA 3057/PRA/08/003

JBA 3057/PRA/08/004

JBA 3057/PRA/08/005

PEMBANTU PENGURUSAN MURID

DATA PEMBANTU PENGURUSAN MURID

KURSUS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

PERTUKARAN DAN PENEMPATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

PERLANTIKAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

LANTIKAN ANGGOTA KHIDMAT SUKARELA

JBA 3057/PRA/09

JBA 3057/PRA/09/001

KEWANGAN PRASEKOLAH

KEWANGAN PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/10

JBA 3057/PRA/10/001

JBA 3057/PRA/10/002

PANITIA PRASEKOLAH

JAWATANKUASA PANITIA PRASEKOLAH

PROGRAM DAN AKTIVITI PANITIA PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/11

JBA 3057/PRA/11/001

JBA 3057/PRA/11/002

KURIKULUM PRASEKOLAH

SUKATAN PELAJARAN PRASEKOLAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/12

JBA 3057/PRA/12/001

JBA 3057/PRA/12/002

JBA 3057/PRA/12/003

JBA 3057/PRA/12/004

JBA 3057/PRA/12/005

LAPORAN

LAPORAN KPM

LAPORAN JEMAAH NAZIR

LAPORAN JABATAN PELAJARAN JOHOR

LAPORAN AUDIT NEGARA

LAPORAN AUDIT ISO

JBA 3057/PRA/13

JBA 3057/PRA/13/001

JBA 3057/PRA/13/002

LAWATAN

LAWATAN PENANDA ARAS GURU

LAWATAN MURID

JBA 3057/PRA/14

JBA 3057/PRA/14/001

JBA 3057/PRA/14/002

MESYUARAT

MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH

MESYUARAT JAWATANKUASA PANITI PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/16

JBA 3057/PRA/16/001

JBA 3057/PRA/16/002

JBA 3057/PRA/16/003

PEMANTAUAN

PEMANTAUAN PENGURUSAN KEWANGAN PRASEKOLAH

PEMANTAUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH

PEMANTAUAN KURIKULUM PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/17

JBA 3057/PRA/17/001

STOK DAN INVENTORI

STOK DAN INVENTORI

JBA 3057/PRA/18

JBA 3057/PRA/18/001

JBA 3057/PRA/18/002

JBA 3057/PRA/18/003

PEKELILING PRASEKOLAH

PEKELILING PENGURUSAN PRASEKOLAH

PEKELILING IKHTISAS PRASEKOLAH

PEKELILING KEWANGAN PRASEKOLAH

JBA 3057/PRA/19

JBA 3057/PRA/19/001

JBA 3057/PRA/19/002

JBA 3057/PRA/19003

MURID PRASEKOLAH

MAKLUMAT MURID PRASEKOLAH

KAJIAN MURID PRASEKOLAH

KAJIAN MURID PRASEKOLAH DI TAHUN 1 TIDAK MENGUASAI 2M

Selasa, Februari 24, 2009

Dari Seorang Guru Prasekolah

atom: Slm k.g n kwn2 sume..penah x di antara anda ada mengalami d malukan d dpn org oleh parent ank2 yg kita didik sepenuh hati? Erm mksud sy yg x puas hati sbb ank dia x pndai.sy sdh sbb nk d katakan pnp x ok, ada jg mrd sy x pandai bc leh lak jd pandai....
btl x guru pra cam kt ni byk psalahkn,dperlekeh dn x dhormati.x mcm guru2 perdana yg lain..haruskah kt paksa bdk2 bljr sdgkn dia x mahu n x blh.haruskh kt puaskan ht makbpk sdgkan anknya x mampu? Jika d lht blk pd konsep pra 2 sndiri mcm mn?...Perlukah d ubah konsep 2 selaras dgn keinginan ibu bp yg mahu anknya blh x blh,mesti pandai bc buku bl berada d pra.. Sy sentiasa berusaha,siapa yg x mahu ank2 didiknya pandai?skrg dh pth smgt sy...huhuhu...k.g sbg penawar,tlglah....


Waalaikumsalam
Izinkan saya menjawab satu persatu soalan Atom di sini…

Setakat ini saya tidak pernahlah diperlakukan sedemikian oleh ibu bapa murid. Mungkin ianya tidak berlaku kerana saya telah mengambil langkah awal dengan mengadakan taklimat kepada semua ibu bapa semasa mesyuarat sebelum sekolah dibuka. Semasa mesyuarat itu saya akan menerangkan semua matlamat dan objektif pendidikan awal kanak-kanak, serta hala tuju pendidikan itu sendiri.

Saya juga menerangkan kaedah-kaedah pembelajaran di kelas dan prinsip yang saya pegang dalam mendidik kanak-kanak di peringkat awal. Setiap kejayaan dan kegagalan kanak-kanak akan saya maklumkan secara lisan atau bersemuka dengan ibu bapa. Saya akan memuji dan memaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak yang dapat menunjukkan perubahan tingkah laku walaupun sedikit. Ini sangat penting dalam membentuk jiwa ibu bapa itu sendiri. Sebagai seorang ibu, saya juga akan merasa kecewa andainya setiap kali guru menghubungi kita menyatakan masalah anak kita. Kenapa tidak ada yang menelefon sekadar mengatakan misalnya “ ( Nama Murid ) hari ini dapat menulis dengan cantik sekali “ atau menyatakan “ ( Nama Murid ) hari ni pandai memakai kasut sendiri. Dia tidak lagi menangis”.

Sebagai ibu bapa apakah perasaan anda bila guru menelefon sekadar mengucapkan sebegitu. Mungkin nampak biasa sahaja tetapi impaknya amat tinggi. Kepada rakan guru cubalah ubah pendekatan komunikasi anda dengan ibu bapa murid. Saya mengaplikasikan pendekatan ini apabila disarankan oleh seorang kenalan yang berasal dari Australia dan Kanada sewaktu bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi dahulu. Teknik begini sering diamalkan di luarnegara. Bila kita menyatakan kelemahan dan kekuatan / keistimewaan kanak-kanak, ibu bapa akan berasa anak mereka diberikan perhatian oleh guru.

Saya juga seorang guru yang tegas dengan kanak-kanak. Saya akui saya juga sering mendenda kanak-kanak kalau mereka membuat kesilapan. Apa yang saya lakukan adalah menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan dendaan yang dikenakan. Kita menghadapi 25 orang kanak-kanak dari pelbagai latarbelakang. Alangkan dengan anak seramai 4 orang di rumah kita sudah pening kepala dibuatnya. Tidak mustahil rotan dan cubit pasti dikenakan tetapi atas niat mendidik bukan mendera. Malah saya juga meletakkan rotan di kelas sesuai dengan saranan Rasulullah s.a.w dalam mendidik kanak-kanak. Terangkan kepada ibu bapa bagaimana proses pengajaran dilakukan agar mereka benar-benar faham. Buat juga survey sekiranya kanak-kanak memang tidak pernah dirotan oleh ibu bapa. Kalau ibu bapa sudah menyatakan sikap sebenar mereka, tidak salah kalau kita membiarkan sahaja kanak-kanak itu. Yalah daripada disaman oleh ibu bapa, biarkan sahajalah manusia sebegitu. Bak kata arwah nenek saya dahulu “ Itu saying membunuh namanya” Sayang tidak bertempat.

Dari pengalaman selama 22 tahun di bidang pendidikan, saya pernah mengendalikan murid-murid yang lemah. Di awal perkhidmatan saya dahulu, saya pernah mengajar murid-murid di kelas G iaitu kelas ketujuh. Hampir kesemua murid saya tidak mengenal huruf ketika itu padahal kelas sudah menjengah ke bulan Jun kerana streaming kelas dibuat selepas cuti pertengahan tahun. Memang perit untuk menerima hakikat murid-murid yang lemah begitu… tetapi ketika itu saya memang memberanikan diri kerana niat saya hanya satu iaitu mahu memajukan anak bangsa. Setiap hari saya akan memberikan kerja rumah Bahasa Melayu dan Matematik sebanyak 10 muka bagi setiap matapelajaran. Sekiranya gagal menyiapkan tugasan yang diberi pada hari esoknya pasti murid akan dirotan. Malah murid akan ditahan dari pulang awal. Biasanya kelas saya akan berakhir hingga jam 7.00 petang. Memang ada ibu bapa yang membuat bantahan dan tidak menerima tindakan yang saya buat. Akhirnya saya membuat sesi perjumpaan dari rumah ke rumah dengan ibu bapa. Apa yang saya katakan adalah… “ Kalau boleh saya sendiri pukul 3.00 petang dah nak balik ke rumah. Nak buat apa tahan anak orang?. Kalau pandai pun bukan anak saya, kalau bodoh pun saya tidak rugi.” Kata-kata begitu saya luahkan kepada ibu bapa. Setelah bertahun, akhirnya saya bertemu bekas murid saya. Tahukah anda apa kata mereka? “ Terima kasih cikgu. Sebab cikgu rotan saya dulu. Sekarang saya sudah bergelar siswazah. Tahukah cikgu ½ dari murid yang cikgu rotan dulu telahpun bergelar siswazah?” Malah seorang bekas murid saya telah berjaya memiliki Ijazah dalam bidang Fizik yang mana saya sendiri gagal dalam matapelajaran itu semasa SPM!.

Kepada rakan guru, janganlah anda bersedih kalau tiada orang memuji atau menyanjung perjuangan kita. Saya sendiri tidak pernah menerima pujian atau sanjungan malah TIDAK PERNAH mendapat ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG sepanjang perkhidmatan saya selama 22 tahun. Dulu saya pernah mengajar di kelas Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas malah ada rakan yang menghina kerana saya dan suami menjadi guru khas dengan menggelarkan kami sekeluarga keluarga Khas. Malah ada yang memperlekeh anak-anak saya juga. Macam-macam ujian telah saya terima. Namun saya bersyukur kerana kami sekeluarga berjaya juga di bidang pendidikan. Saya tetap mengingati bagaimana pedihnya kata-kata seorang rakan sejawat yang memperlekehkan ijazah yang saya mohon. Katanya ijazah low class… ijazah prasekolah yang orang tidak minat…Semua itu tetap saya pahat di hati. Saya lalui kepayahan demi kepayahan sehingga ke tahap gaji saya dipotong sehingga tiada sesen pun dalam akaun selama 3 bulan. Bayangkan bagaimana saya survive di Kuala Lumpur sewaktu menyambung pelajaran di Universiti Malaya. Kos hidup di Kuala Lumpur yang tinggi sangat menyiksa saya. Saya hanya makan sekali sehari dan mengikat perut demi mendapatkan segulung ijazah. Waktu itu gaji saya hanya RM300 sahaja… apabila dipotong habis… tiada sesen pun dalam akaun sedangkan saya punya 4 orang anak yang perlu diberi makan!.

Pesan saya kepada rakan guru, berjuanglah. Didiklah murid-murid anda sebagaimana anda didik anak anda sendiri. Yakinlah bahawa ganjaran Allah itu lebih besar dari ganjaran manusia.Ikhlaskan hati anda dan sayangi murid-murid anda. InsyaAllah anda akan disayangi kelak. Manusia tidak dapat membaca hati kita. Biarlah apa orang nak kata. Perjuangan mesti diteruskan.

Saya akui saya juga mengubah konsep pengajaran di kelas saya selaras dengan kehendak sekolah dan ibu bapa. Kalau tidak sudah pasti murid saya gagal dalam KIA2M. Oleh itu saya akan memastikan untuk membekalkan kerja rumah setiap hari kepada murid-murid. Seandainya ada pegawai-pegawai dari PPD, JPN dan KPM sendiri membaca tulisan saya ini, izinkan saya bertanya kepada anda… Apakah yang tuan akan lakukan dalam situasi begini? Mampukah tuan mengajar sebagaimana kami? Selalukah tuan datang melawat dan bertanya masalah kami? Kalau sekadar datang untuk membuat tuntutan perjalanan, lupakan sahaja kami. Kalau sekadar datang untuk menunjukkan kuasa tuan tanpa memberikan kami resolusi…lebih baik tuan duduk sahaja di pejabat atau duduk di warung kopi melepas lelah. Kami guru-guru perlukan bimbingan. Berikan kami kursus untuk meningkatkan corak pengajaran kami dan kalau tuan orang hebat, silalah datang ke kelas kami untuk mengajar kami cara terbaik untuk mengajar. Sesiapa mudah akan memberikan teori tapi praktikalnya amat sukar.

Masih saya ingat lagi bagaimana seorang pegawai datang memantau saya bermula pukul 7.30 pagi hingga ke pukul 1.00 tengahari. Sekeping kuih dan seteguk air pun tidak sempat saya jamah sehari itu. Saya dikomen sebagai guru yang garang. Banyak teguran diberi tanpa satu pun resolusi penyelesaian masalah. Tahukah anda bahawa kanak-kanak sering menunjukkan sikap yang luar biasa bila ada orang lain yang melihat mereka? Bayangkan kalau anak kita sendiri apabila ada tetamu yang datang ke rumah? Waktu itu semua benda akan dibuatnya sehingga boleh mencabar kesabaran kita.

Kami guru prasekolah ini sebenarnya perlukan pembelaan sewajarnya. Sebenarnya menjadi guru adalah kurniaan Allah. Ianya bakat. Tidak semua orang boleh mengajar terutamanya kanak-kanak yang baru mengenal alam persekolahan. Saya masih ingat bagaimana seorang pensyarah saya dahulu yang sangat tip top dalam mengatakan tentang psikologi. Apa yang saya perhatikan bila dia berdepan dengan kanak-kanak yang berhingus bagai…seolah-olah geli geleman mendekati kanak-kanak itu. Ya… teori itu memang senang untuk dicadangkan…realitinya amat sukar. Apa yang sepatutnya kita pegang ialah bahawa PEMBELAJARAN ITU IALAH PERUBAHAN TINGKAHLAKU. Kalau murid kita tidak berubah, maka tiadalah pembelajaran berlaku dan perubahan itu bukan boleh berlaku dalam masa yang singkat.

Bagi anda yang tahu melihat dan memberi komen serta bidasan, selamilah perasaan kami. Kami bukan inginkan penghargaan atau pujian, cukuplah sekadar pengertian dan ucapan terima kasih atas lelah kami seharian. Kami korbankan masa bersama kanak-kanak yang hauskan pendidikan. Waktu makan kami tidak seenak anda. Kami makan di kelas pun dalam keadaan terkejar-kejar. Baru ingin menyuap ada kalanya murid sudah terberak dan terkencing dan muntah di lantai. Takkan nak dibiarkan sahaja… bayangkan anda seolah duduk makan di hadapan tandas!. Malah makan pun adalah lebihan makanan kanak-kanak!. Kalau makanan habis bermakna kami terpaksa makan di kantin pada pukul 11.00 pagi apabila semua kanak-kanak telah pulang. Sarapankah itu atau makan tengahari? Kamilah guru, kamilah ibu, kamilah segala-galanya. Malah ada juga setengah ibu bapa yang sanggup meletakkan anak mereka seharian di kelas sehingga pukul 1.00 tengahari. Kami ini BIBIKkah?

Akhir kata, saya menyusun jari memohon kemaafan kalau tulisan saya pedas bunyinya. Apa yang saya luahkan adalah dari rasa hati saya dan mungkin juga luahan guru-guru lain yang tidak berkesempatan untuk meluahkannya. Bukan pangkat yang kami kejar. Bukan pujian yang kami tagih. Cukuplah dengan pengertian ibu bapa, pentadbir dan rakan sejawat. Kami juga manusia yang tidak lepas dari membuat silap. Kamilah orang pertama yang mengenalkan kanak-kanak apa itu ABC… tanpa kami bolehkah guru Tahun 1 berfungsi, bolehkah guru Tahun 6 mendapat murid 5A, bolehkah guru PMR, SPM, STPM dan pensyarah universiti memiliki pelajar yang berjaya? Janganlah menjadi sebagaimana lagu Bangau Oh Bangau….kata orang tua-tua…Sepakat membawa berkat. Sayangilah orang di sekeliling anda jika anda mahu orang menyayangi diri anda kelak.

Salam kasih sayang dari saya.

Hiasan Kelas

Assalamualaikum
Hari ini saya diminta oleh Sarina untuk menyiarkan gambar yang saya gunakan untuk menghias kelas.

Photobucket

Sebagai memenuhi permintaannya, saya telah memuatkan gambar ini. Kalau anda berminat untuk memilikinya, klik pada gambar dan salin ke dalam MSWord dan cetak. Anda boleh gunakan warna poster atau krayon untuk mewarnakan gambar ini. Jangan lupa untuk melaminate selepas diwarnakan dan anda boleh mula menampalnya di kelas. Untuk makluman, bahan ini juga bakal saya muatkan di dalam cd pakej ketiga. Buat masa ini saya belum dapat menyiapkan lagi bahan-bahan untuk pakej ketiga kerana sibuk dengan urusan seharian. Kalau sudah siap, kirimlah email kepada saya dengan memuatkan gambar yang telah anda tampal di kelas untuk tatapan rakan-rakan yang lain. Jangan lokek dengan ilmu yang telah anda perolehi ini. Saya pasti Allah akan memberikan lebih banyak lagi idea kepada anda di masa hadapan. Selamat mewarna.









Isnin, Februari 23, 2009

Penggunaan Buku Tulis

21 Feb 09, 21:40
yantiey: k.g kat kelas guna buku tulis murid kan? camna kaedah k.g guna buku tu? mksdnya..buku tu utk xtvt camna..awal abjd, nombor dan apa lg?

Saya salin pertanyaan ini dari blog Cikgu Yantiey. Beliau antara guru yang telah membeli bahan dari saya. Bagi yang baru atau tengah berfikir untuk membeli bahan cd dari saya boleh bertanya kepada Yantiey tentang apa pendapatnya. Ada yang bertanya kenapa mahal harga cd itu? Mahalkah harga sekeping cd RM6 yang di dalamnya saya masukkan lembaran kerja Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, kad gambar, gambar sebenar, slide show dari A hingga Z dari kemahiran awal hingga tamat kurikulum? Yang menjadikan mahal ialah apabila saya pakejkan 10 keping sekali gus beserta kos pos. Takkanlah saya hendak mengepos sekeping cd setiap hari? Tahukah anda kalau sekeping cd dipos, caj pos sebanyak rm3 akan dikenakan untuk membeli sampul surat. Jika dikira 10 keping cd didarab rm9 setiap kali pos sudah menjadi rm90. Itu kira ok lagi sebab saya tidak memasukkan kos tambang ke pejabat pos. Oleh itu manakah pilihan anda? Kalau rasa mahal, tidak payah membeli atau mengirim email atau sms kepada saya. Buang duit anda sahaja. Saya tidak memaksa anda membeli ya. Itu hak anda sama ada mahu atau tidak. OK saya tamatkan catatan saya ini sementara waktu.

Tentu anda semua ingin mengetahui bagaimana cara saya menggunakan buku tulis di kelas. Malangnya saya tidak dapat memuatkan gambar hasil kerja murid saya pada malam ini kerana USB port saya mengalami masalah teknikal. InsyaAllah esok saya akan cuba membaikinya. Jangan risau... kalau sudah rosak jawabnya terpaksalah saya memanggil bakal menantu saya membaikinya... percuma je kalau dia yang baiki....hahaha ambil kesempatan dah ni... tapi kos beli barang mesti saya lunaskan...kesian pula kat bakal menantu tu... hehehe.

Baiklah berbalik kepada topik kita malam ini... langkah yang akan saya lakukan adalah seperti berikut:
1. Berikan lembaran kerja kepada kanak-kanak sebagaimana contoh di bawah.


2. Setelah kerja disiapkan dan proses penandaan dibuat, gunting lembaran kerja tersebut bagi setiap latihan yang diberi satu persatu. Misalnya gambar dan perkataan baju hujan dipisahkah dari kertas latihan. Jadi di sini kita akan dapat 5 set latihan bertulis.
3. Tampal guntingan yang dibuat ke dalam buku sama ada di bahagian bawah atau atas buku latihan.
4. Kanak-kanak akan menyalin hasil kerja mereka yang telah ditanda oleh guru.

Sebenarnya ketika memberi latihan pengukuhan begini akan banyak membantu kanak-kanak untuk mengingat bentuk-bentuk huruf sambil mengeja perkataan yang telah ditulis. Bagi latihan begini, biasanya saya akan menggunakan buku garis satu atau garis tiga atau buku berita. Bagi latihan misalnya menulis huruf awal berpandukan gambar, saya lebih suka menggunakan buku petak besar bagi kanak-kanak menulis. Pastikan kanak-kanak menulis dalam petak secara berselang agar buku mereka tidak kelihatan amat berserabut. Sentiasa disiplinkan kanak-kanak untuk menulis dengan betul dan kemas. InsyaAllah pada akhir tahun anda pasti gembira melihat tulisan murid anda yang kemas dan cantik bentuk hurufnya.

Sebagai panduan, sekiranya anda ingin membeli buku garis tiga, pastikan buku bergaris itu mengandungi 2 warna iaitu merah dan biru supaya murid anda dapat membezakan ruang untuk mereka menulis. Latihan yang kerap menggunakan buku garis tiga akan dapat membentuk corak tulisan yang cantik dan kemas. Sebenarnya latihan ini telah saya amalkan sejak saya bersekolah rendah di akhir tahun 1960an dahulu. Terima kasih buat guru-guru saya yang sangat sabar membentuk gaya menulis saya yang dapat saya kekalkan sehingga sekarang. Tahukah anda bahawa kaedah guru saya dahulu telah berjaya mendisiplinkan saya untuk menulis dalam keadaan lurus tanpa menggunakan pembaris pun pada sehelai kertas kosong!. Pasti inilah juga yang anda inginkan dari murid-murid anda kelak di mana mereka akan melahirkan rasa terima kasih atas didikan anda selama ini. Semoga anda berjaya menjadi guru terbaik buat anak didik anda. Tiada hadiah paling berharga buat seorang guru selain ucapan TERIMA KASIH CIKGU.

Selamat menjalankan tugas.

TERKINI:
USB Port masih gagal berfungsi. Dah cuba salin gambar kat sekolah tapi masih tidak boleh digunakan. Yalah di sekolah banyak virus. Nak buat macamana ek?






I Am Okay

Assalamualaikum
Terima kasih semua atas sokongan anda. Teruskan menyokong blog ini. Saya belum dapat memasukkan entri terbaru kerana USB port saya menghadapi masalah. InsyaAllah esok entri baru bakal keluar. Sebenarnya banyak ingin ditulis. Untuk makluman saya sedang menyiapkan blog seorang rakan guru. Entah mana silapnya malam ini kod html bagi layoutnya tidak dapat diterbitkan.
http://heitmanfamilyreunion.com/images/Happy%20FacesThumb.JPG

Ahad, Februari 22, 2009

Mood Kurang Baiklah...

Ada yang menyampahkan saya? Tunjuk macam bagus je... Tulis bukan-bukan pada saya. Bagi yang tidak suka dengan blog saya ini terpulang pada anda. Blog ini blog percuma. Saya lakukan di rumah. Saya tidak gunakan masa saya di sekolah untuk curi talian internet kerajaan. Jadinya blog ini walaupun ditulis portal kelas prasekolah ianya bukan blog rasmi sekolah okay. Blog ini saya punya, saya berhak untuk menulis apa sahaja yang saya suka. Kenapa pula saya menulis begini pagi-pagi minggu ini? Entahlah mood saya sejak seminggu ini amat tidak menentu. Ditambah dengan kerenah murid-murid dan kerenah pengunjung blog ini.

Bagi yang bertujuan menghentam saya, terima kasih atas niat busuk anda itu. Saya tidak pernah ingin menjatuhkan mana-mana pihak. Saya tidak peduli siapa anda. Kalau betul saya akan berkata yang hak. Itu sahaja. Saya tidak kisah kalau kelas anda hebat setinggi langit dan walau setinggi mana ilmu anda. Baguslah begitu. Saya buat blog ini pun sekadar suka-suka. Kalau saya tidak menulis apa-apa pun tiada siapa pun peduli. Hidup saya tetap begini...hari-hari pergi dan balik sekolah dan memerap di rumah. Saya tidak punya cita-cita tinggi waima untuk duduk di kerusi di PPD atau JPN atau KPM. Dulu saya dilantik bertugas di PPD Kota Tinggi kerana waktu itu belum ada arahan untuk guru lepasan siswazah mengajar di sekolah rendah. Saya juga pernah diminta menjadi Jurulatih Utama. Semua itu saya terima dengan lapang dada walau ilmu saya masih sejengkal di hujung jari. Malah ada yang sanggup memburuk-burukkan saya. Siapa dia? Biarlah rahsia dan kalau orang itu membaca blog ini terima kasih kerana ucapan buruk anda terhadap saya. Rezeki saya tetap ada. Terima kasih kerana pengalaman pahit itu juga telah membuka mata saya untuk terus berusaha. Bagi yang masih berusaha untuk menjatuhkan saya, berusahalah. Semakin anda berusaha, saya juga tetap berusaha menadah tangan ke hadrat Allah mengadu nasib saya.

Entahlah...ada kalanya saya rasa ingin menutup sahaja blog ini untuk memujuk hati yang luka. Saya penat. Saya bosan. Tapi di satu ketika saya rasa sangat bersemangat untuk terus menulis apa sahaja yang saya suka. Bengong jadinya...

Jumaat, Februari 20, 2009

Kisah Semalam dan Hari Ini

Semalam selepas sakit kepala agak reda, waktu pun dah petang dan redup, saya dan suami ke bandar Kota Tinggi. Sempatlah berbelanja untuk murid-murid di kelas. Apa yang dibeli?

1. Buku Jawi
2. Laminating Film
3. Tikar getah untuk membalut meja yang semakin sakit mata memandangnya.:bofu_30:
4. CD Karaoke lagu kanak-kanak:kiss:
5. Refill ink untuk mencetak rancangan harian minggu hadapan dan kad imbasan.

Itu sajalah yang dibeli.

Pagi ini saya dengan penuh semangat memasang cd karaoke tapi tak bunyi apapun. Geram betul dibuatnya sebab suara budak-budak yang menyanyi dalam CD itu tidak kedengaran langsung. Sewaktu di kedai memang umph. Pagi-pagi pasang angan-angan tinggi betul. Saya memang tidak pernah menggunakan cd sebegitu sebab di rumah pun tidak pernah hayat membeli set karaoke. Ada pula kawan yang cadangkan suruh pasang wayar yang ada. Memang wayar semua sudah dipasang. Nak buat apa lagi? Buntu jadinya. :cry:

Hari ini saya mula siapkan kerja yang terbengkalai semalam. Awal pagi saya mengambil buku-buku latihan yang telah disemak oleh Puan Norhana ( GPK Hal Ehwal Murid ). Hanya 22 orang sahaja murid saya menghantar kerja yang diminta. Seorang murid saya, Khairudin sudah hampir 2 minggu tidak hadir kerana sakit tekak. Saya pula terlupa untuk menelefon bapanya. Bila dah sampai rumah baru teringat untuk :phonehappy: tetapi malangnya nombor tertinggal di kelas dan saya pula tiada menyimpan kunci pendua. Alahai... Dua orang murid saya yang tidak menghantar buku adalah Alia dan Hizzudin ( kedua-duanya berumur 5 tahun - kalau datang sekolah asyik berbual sahaja. Apabila disuruh menyiapkan kerja, alasannya nak buat di rumah tapi tidak juga siap) mau kutelan budak dua orang ni:bofu_47:. Mujurlah penilaian Puan Norhana positif dengan markah 91% bagi tugas yang telah saya laksanakan. Huh lega rasanya.:minimo_01:Selepas murid-murid balik saya mencetak rancangan mengajar untuk minggu hadapan dan kad-kad imbasan yang akan digunakan. Kad-kad ini saya masukkan dalam kotak tema.

Selepas PPM menghantar murid pulang, kami berdua mula membuang alas meja yang semakin menyakitkan mata dengan menggantikannya dengan tikar getah. Bila lihat alas meja baru berwarna ungu itu, teringinlah pula untuk menjahit skirtting yang baru. Nantilah bila ada waktu lapang, saya akan menjahit skirtting yang baru pula. Hehe... tak sabar pula rasanya untuk memasang skirtting yang baru yang dipadankan dengan warna alas meja. PPM sudah awal-awal mengalah untuk tidak menjahit. Nampak gaya, saya kena buat sendiri. Yalah janji hati puas apa salahnya.:flower:Apapun kena tunggu bila saya benar-benar punya masa lapang untuk menjahit. Anak bongsu pula sudah mula merengek minta dijahitkan kain sekolah khas agamanya. Alamak... yang ini kena siapkan segera. :bofu_48: ini akan bermulalah operasi itu sebab esok kain itu sudah ingin dipakainya.



Panas, Sakit, Buntu

Sudah beberapa hari cuaca kembali :hot: Kepala :dizzy:dan sakit belakang.:minimo_14: . Kerja pula semakin :bofu_44: perlu disiapkan terutamanya sistem fail kelas.

Murid-murid pula buat hal:bofu_19:asyik nak berlari dalam kelas, memanjat sana sini dan tidak siapkan kerja. Rasa macam nak :bofu_47: je. Huh mau jadi harimau dibuatnya tak pun jadi gajah yang comel kat dalam kelas.:bofu_36: Grrrrr......

Alphabet Song Game

:kiss:
Sing the alphabet with your child and skip a letter by pausing, and let your child tell you the letter that is missing. This is a great way for your child to learn there ABC's!!!!!!!
If your child is older you can do the same idea but have your child print the missing letter on a sheet of paper, you can have a secret word in mind, and as you go through them one verse at a time your child is writting a real word/s.

:pompom::pompom::pompom:

Selasa, Februari 17, 2009

Armadillo Project

Here's an armadillo project that you can make out of a small paper carton.

Armadillo Carton Project

Thanks to Michelle from Medfield, Massachusetts

The directions for the armadillo are easy. Take a 1 pint milk or cream carton and cover the sides and top with brown paper (a grocery bag would work well). Cut holes in the sides to make feet and use the top of the carton for the armadillo's face. Add a rolled up paper tail, and a paper nose and ears. You can draw the bands and pebbly texture with a marker.

Ahad, Februari 15, 2009

Ujian Personaliti

Malam ini saya mencuba menjawab soalan-soalan berkaitan personaliti. Klik di sini untuk ambil ujian:
Ada soalan yang saya tidak berapa faham jadi saya pun pulun dengan jawapan yang selogik yang mampu saya fikir. Hehe dan saya mendapat markah ini:

Your Type is
ISFP
IntrovertedSensingFeelingPerceiving
Strength of the preferences %
11255022
  • slightly expressed introvert
  • moderately expressed sensing personality
  • moderately expressed feeling personality
  • slightly expressed perceiving personality

Saya juga sempat merujuk kepada Jung Career Indicator dan jawapannya memanglah saya ini sangat sesuai dalam bidang pendidikan. Cewah.. dan tahukah anda siapa orang ternama tergolong dalam kumpulan personaliti seumpama saya? Tadaa...

Princess Diana, Auguste Rodin, Elvis Presley, Frederic Chopin

Latihan Mengajar

Khabarnya hari ini kelas-kelas prasekolah yang terpilih mula menerima kehadiran guru praktikum dari Institut Perguruan dari seluruh negara. Latihan yang bermula hari ini akan berakhir pada bulan April. Kepada adik-adik dan mana yang seusia anak saya yang saya gelar anak-anak guru pelatih diucapkan Selamat Mengajar. Rajin-rajinlah bertanya kepada kakak-kakak dan abang-abang senior yang ada di sekolah. Curahkan segala apa yang telah diajar oleh para pensyarah anda dengan semaksimum mungkin. Antara guru pelatih yang rajin ke blog ini adalah Suzila Omar dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah. Kepada beliau saya ingin mengucapkan semoga terus sukses. Rajin-rajinlah ke blog ini untuk menimba sedikit ilmu yang mampu saya berikan seadanya.

Pemakanan kanak-kanak petatih dan prasekolah (2 hingga 6 tahun)

Pengenalan
Pada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan anak anda adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Anda tidak harus bimbang. Anak anda perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan

Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan prasekolah
Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan untuk anda:
  • Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.
  • Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain
  • Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan
  • Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.
  • Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
  • Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.
Pemakanan berpandukan piramid makanan
  • Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:
    • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
    • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental
    • Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan
    • Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.
  • Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk engimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.
  • Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia


Piramid Makanan Malaysia



Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian

  • Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
  • Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda.
  • Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.
  • Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut
  • Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.


Satu hidangan bijiran dan sumber bijiran dan ubi

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1 Keping roti "whole meal"

1/2 Cawan Nasi

1/2 Capati

1 Cawan bubur

1 Biji sederhana kentang

Keping biskut - Krim Krakers masin


6*

8*

    * Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.


Aras 2: Buah dan sayur

  • Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.
  • Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.
  • Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari.

Satu hidangan sayur-sayuran

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak

1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran


2*

2*

Satu hidangan buah-buahan

1/2 Biji jambu sederhana

1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal)

1 saiz sederhana pisang

1 hiris betik, nenas, tembikai


1*

1*

    * Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.


Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu

  • Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
  • Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral
  • Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian.

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1 Potong sederhana "peha ayam"

1 Ekor ikan kembong sederhana

2 Ketul daging saiz kotak mancis

5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala


Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis

= 1 Biji telur sederhana

= 1 Keping tempe

= 1 Keping tauhu

= 2 sudu makan mentega kacang

= 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan

= 4 Ekor udang bersaiz kecil


2*

2*

Satu hidangan hasil tenusu

1 Gelas susu

1 Cawan dadih

1 Keping Keju


2 - 3 *

3 *

    * Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.


Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula

  • Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.
Menggalakkan anak untuk makan

Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:

  • Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.
  • Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
  • Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik..
  • Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.
  • Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda
  • Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
  • Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang
  • Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk
  • Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
  • Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
  • Bermaian permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)
  • Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.
  • Sekali sekala bawalah anak anda makan diluar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai.
  • Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich
  • Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.

Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah


RM 28.00 / RM 31.00 (Sabah & Sarawak),
983-3376-13-4;
9799833376130
Tarikh Terbit: 30 April 2005 ;
Jumlah Muka Surat : 228 halaman


Isi Kandungan Buku

Prakata

Bahagian 1: Pengenalan
1. Siapa Kanak-kanak Prasekolah
Pendapat Tokoh Perkembangan Kanak-kanak
Peranan Guru Prasekolah
Pendekatan Developmental Counseling Therapy
Melihat Kanak-kanak Prasekolah dari Sudut DCT
Ciri-ciri Soalan Terbuka dan Tertutup
Masalah-masalah Ketika Bertanya

2. Pembinaan Jati Diri Kanak-kanak
Membina Jati Diri Kanak-kanak Prasekolah
Biarkan Kanak-kanak Bekerja
Cara Kanak-kanak Menggunakan Akal
Cara Kanak-kanak Menguruskan Masa
Cara Kanak-kanak Menjaga Keselamatan
Kemahiran Asas Kanak-kanak
Komunikasi kanak-kanak

3.Persepsi Kanak-kanak
Daya Persepsi
Merangsang Minda Melalui Bahan Permainan
Peranan Komputer kepada Pemikiran Kanak-kanak
Cabaran-cabaran yang Perlu diberi Perhatian dalam Meningkatkan Kualiti Pendidikan
Prasekolah Annex Kementerian Pendidikan

Bahagian 2: Aktiviti Prasekolah
4.Penggunaan Bongkah
Praktikal Menggunakan Bongkah
A. Kemahiran Gerakan Psikomotor
B. Konsep Pra Nombor
C. Pengalaman Awal Sains
D. Kemahiran Bahasa
E. Perhubungan Sosial dan Kreatif
F. Kesan Psikologi dan Peluang Melahirkan Perasaan yang Terpendam (Psychological and Therapeutic Effects)
G. Kemahiran Menjalankan Penilaian secara Sendiri

5.Pusat Bermain Pondok-pondok
Apakah Pusat Bermain Pondok-pondok
Contoh Pelan Pusat Bermain Pondok-pondok
Cara Menggunakan Pusat Bermain Pondok-pondok dengan Berkesan
Cadangan Aktiviti
Aktiviti Mengumpulkan Bahan Makanan
Aktiviti Pergi ke Pasar
Aktiviti Menyediakan Bahan-bahan Memasak

Aktivit Memasak Makanan
Aktiviti Menyediakan Meja, Menghidang, Melayan dan menikmati Makanan
Aktiviti Mengemas Meja Makan dan Membasuh Pinggan Mangkuk
Aspek Lain Mengenai Pusat Bermain Pondok-pondok
Bahan dan Alatan
Peranan Guru

6. Pusat Sains
Mengapa Pusat Sains Perlu Diwujudkan?
Bahan-bahan yang Digunakan
Aktiviti Mengenal Biji Benih
Aktiviti Mengenal haiwan
Aktiviti Mengenal Batu-batan
Aktiviti Mengenal Tumbuh-tumbuhan

7.Penggunaan Bahan Bergambar
Hasil Pembelajaran
Aktiviti Menggunakan Carta ataupun Kad Bergambar
Aktiviti Menggunakan Kad Padanan
Aktiviti Menggunakan Kad Perkataan
Aktiviti Kad Bergambar Perbualan
Aktiviti Menggunakan Kad Gambar Cerita Berurutan
Aktiviti Buku Bergambar

Bahagian 3: Lampiran
8.Lampiran Aktiviti
Lampiran 1: Jenis Bongkah
Lampiran 2: Cadangan Membolehkan Bongkah Diubahsuai
Lampiran 3: Alat atau Bahan Pra Nombor dan Awal Sains
Lampiran 4: Carta Atau Kad Bergambar
Lampiran 5: Rancangan Tahunan Kurikulum Prasekolah

9. Rancangan Tahunan Kurikulum Prasekolah
10. Bibliografi

Selamat Membaca




Pengurusan Kewangan Kelas Prasekolah






Pengenalan

Kumpulan Wang Sekolah merupakan sejumlah wang yang dipertanggungjawabkan kepada Pengurus Sekolah untuk diuruskan secara cekap, berkesan dan amanah. Wang yang dipertanggungjawabkan ini adalah berpunca daripada sumber kerajaan dan sumber-sumber lain. Wang tersebut hendaklah diuruskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Jenis-jenis Kumpulan Wang Sekolah
Boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan:
a. Kumpulan Wang Kerajaan
b. Kumpulan Wang SUWA (Sumbangan Wang Awam)
c. Kumpulan Wang Asrama ( bagi sekolah yang ada asrama )

Setiap kumpulan wang diselenggarakan secara berasingan dan satu akaun bank dibuka bagi setiap kumpulan wang tersebut. Bagi sekolah yang bilangan muridnya kurang daripada 100 orang dan urusniaganya terlalu sedikit, hanya perlu mempunyai satu akaun bank bagi menguruskan semua Kumpulan Wang Sekolah.

Kumpulan Wang Kerajaan
Kumpulan wang ini mengakaunkan semua terimaan yang diperolehi daripada Pemberian Bantuan Kerajaan ( termasuk terimaan dari Badan Berkanun, Yuran Peperiksaan Kerajaan dan faedah bank ) kecuali bagi bantuan kerajaan yang berkaitan dengan asrama.

Antara punca kewangan yang diperakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Kerajaan adalah Pemberian Bantuan Prasekolah dan Geran Pelancaran / Launching Grant untuk kelas prasekolah yang baru dibuka sahaja. Maklumat lain boleh anda baca di dalam Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah terbitan Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya Edisi Keempat - Tahun 2005.

Sebenarnya saya lebih suka menumpukan kepada maklumat yang berkaitan dengan prasekolah sahaja untuk panduan kita bersama.

Pemberian dan Bantuan
Pemberian bermaksud wang atau barangan yang diperuntuk dan diagihkan kepada sekolah untuk menampung keperluan pembelajaran dan pengajaran misalnya Bantuan Per Kapita. Pemberian juga termasuklah wang atau barangan yang diperuntuk dan diagihkan kepada sekolah untuk menampung pembekalan makanan bermasak atau bahan makanan mentah kepada murid prasekolah iaitu Pemberian Bantuan Makanan Pelajar.

Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )
Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.

Geran Pelancaran
Peruntukan ini diberi oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan Kementerian Pelajaran kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi. Ia bertujuan membantu pengurusan sekolah bagi memulakan operasi pentadbiran kelas. Kadar adalah ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis panduan yang disediakan oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggarakan Akaun Subsidiari. Pengurus sekolah boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian bahan yang telah disenaraikan oleh BPP, KPM semasa peruntukan diberi.

Pemberian Bantuan Makanan Pelajar
Kadar bantuan makanan adalah sama di semua kelas prasekolah seluruh negara.

Maksud Perbelanjaan Bantuan Per Kapita Prasekolah
a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
b. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
c. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
d. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan ( misalnya melawat Zoo pada hari persekolahan semasa tema Haiwan Liar, melawat Muzium semasa tema Masyarakat, Negeri dan Negara, melawat Taman Bunga semasa tema Bunga atau melawat ke dusun buah-buahan semasa tema Buah-buahan )
e. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

Maksud Perbelanjaan wang LPBT Kelas Prasekolah
a. Bayaran bil telefon, air, eletrik, telegram, internet dan pembentungan.
b. Pembaikan kecil kelas.
c. Penyelengggaran perabot dan peralatan kelengkapan kelas termasuk komputer.
d. Perkhidmatan percetakan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran.
e. Perkhidmatan pengiklanan ( misalnya membuat banner bagi memaklumkan kepada khalayak tentang pendaftaran dan kemasukan murid prasekolah pada tahun berikutnya )
f. Pengangkutan barang-barang
g. Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat ( misalnya kelas anda kehabisan gas dan anda perlukannya segera maka tambang teksi untuk mengambil gas boleh dituntut kepada sekolah )
h. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan rasmi.
i. Perolehan harta modal melebihi RM10,000 perlu mendapat kelulusan Ketua PTJ, manakala pembelian komputer mesti mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian.
j. Bayaran yuran kursus bagi guru prasekolah.
k. Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid dan keselamatan kelas.
l. Bayaran teksi bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi.
m. Pengangkutan murid dan bayaran insuran untuk murid dan guru pengiring untuk aktiviti sukan dan karnival prasekolah.

Panjar Wang Runcit (PWR)
Ia merupakan sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat pembayaran kecil dengan segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran perbelanjaan. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada guru yang memerlukan untuk membayar perbelanjaan aktiviti kelas.

Belian dengan bil tidak melebihi RM100.00 boleh dituntut menggunakan PWR.

Penutup
Demikianlah serba sedikit yang boleh saya turunkan apa yang telah saya baca dan fahami berkaitan urusan kewangan kelas. Oleh itu sekiranya anda ingin membuat pembelian, perhatikan apakah jenis bahan yang boleh anda beli. Jika kurang dari RM100 dan anda perlukan bahan itu segera, berbincanglah dengan Guru Besar untuk mendapatkannya dan ia boleh dituntut menggunakan Panjar Wang Runcit. Apa yang penting, berbelanjalah dengan berhemah dan jujur kerana Allah memerhatikan apa yang anda lakukan. Setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya.


Khamis, Februari 12, 2009

Mari Mengira

Lagu ini seronok untuk dinyanyikan. Pasti kanak-kanak sukakannya. Sambil mengira mereka boleh mengeja. Ingat lagi entri saya tentang peranan muzik dalam pendidikan awal kanak-kanak? Mereka akan mudah mengingat setiap apa yang diajar dengan kaedah menyanyi.



Kalau tidak silap saya, lagu ini telah dicipta oleh KASDIM iaitu seorang guru yang pernah mengajar di Kota Tinggi juga iaitu di SK Sri Setia Jaya. Sudah agak lama saya tidak mendengar kisah beliau. Di mana dia sekarang ya?

Bercakap tentang lagu, hari ini saya sudah pun memberikan carta lagu kepada setiap kanak-kanak. Program nyanyian yang saya namakan Cerlang Minda ini juga merupakan bahan yang telah dimasukkan ke dalam kajian tindakan. Sebenarnya carta lagu ini telah saya mulakan sejak 3 tahun sebelum ini dan ianya memang memberikan impak kepada pencapaian murid-murid saya. Kali ini saya sudah kemaskini carta tersebut dengan memberikan nama khusus. Sebelum ini ada yang mencadangkan untuk dicalonkan sebagai projek inovasi tapi saya tidak yakin dengannya. Bagi saya biarlah saya syok sendiri di kelas bersama kanak-kanak. Apa yang penting kanak-kanak gembira belajar. Ingin tahu lebih lanjut? Saya akan berikan kepada anda bila Pakej Ketiga saya siap kelak. Berniaga? Tidaklah... semuanya saya buat untuk berkongsi idea. Kalau saya hendak berniaga sudah lama saya menghubungi mana-mana syarikat penerbitan untuk mengaut keuntungan yang lebih lumayan. Tunggu ya... Sebelum itu jom layan bak kata Fara Fauzana dan Wahid dalam Melodi. Panazzzz....

Statistik Seminggu

Assalamualaikum
Hari ini saya melihat statistik blog ini di Nuffnang. Apa yang saya perolehi adalah:

Nampaknya ramai yang sedang mencari bahan bantu mengajar. Kalau berminat dengan bahan yang saya buat, jangan segan untuk sms saya. Hehe sempat promosi pulak dah!... Selama seminggu hingga ke saat entri ini dibuat ada seramai 1770 orang telah datang ke blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Saya juga sangat mengharapkan agar dapat membantu anda sebaik mungkin. Kita sama-sama berkongsi idea dan pengalaman. Semoga kita juga sama-sama dapat meningkatkan mutu pendidikan prasekolah KPM. Bagi guru-guru tadika KEMAS dan Perpaduan, janganlah pula berasa hati. Kita juga boleh berkongsi idea. Setakat ini saya baru mengenali beberapa orang guru tadika KEMAS dan Perpaduan seperti Hanita di Rembau, Normala di Penang dan Siti Fairuz di Puchong. Semoga lebih ramai lagi yang sudi menjadikan blog ini sebagai sumber inspirasi. Saya seronok mengenali anda semua.

Rabu, Februari 11, 2009

Soalan Kawan-kawan

Soalan 1
11 Feb 09, 21:26
cikgu Razak: Assalamuaikum... Maaf la sebab nak mencelah sikit. sebenarnya nak minta tolong. Saya seorang guru sekolah menengah. boleh tak email kat saya contoh model ASSURE

Jawapan:
Waalaikumsalam. Model ASSURE yang saya masukkan dalam entri terdahulu adalah kerana ingin membantu kawan saya yang mengikuti program pensiswazahan prasekolah di IPIS Bangi. Kami di prasekolah ini menggunakan model konseptual. Cikgu kenalah rajin menjelajah internet. Banyak search engine yang ada di internet boleh membantu. Keywordnya : ASSURE Model. Saya minta maaf kerana tidak mempunyai contoh model tersebut. Cikgu kenalah belajar menguasai Bahasa Inggeris ya untuk memahami model ini. Sebenarnya kalau baca sekali imbas pun ianya tidaklah sesukar mana. Cuma cikgu kena kembangkan idea yang ada yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan di negara kita. Apapun jawapan cikgu kenalah logik dan meyakinkan pensyarah yang akan menanda jawapan kerja kursus cikgu itu. Apa yang penting di sini cikgu kena usaha lebih keras. Bukan saya tidak mahu membantu tetapi saya juga punya beban kerja yang masih belum dilunasi. Maaf saya minta kalau jawapan saya ini mengecewakan cikgu. Singkatan ASSURE:

Analyze learners
State objectives
Select instructional methods, media, and materials
Utilize media and materials
Require learner participation
Evaluate and revise

Cikgu huraikan ya maksud ASSURE tu baru cikgu boleh mendapat jawapannya. Kaitkan dengan maksud singkatan itu dengan corak kaedah pengajaran yang ada. Boleh terima?

11 Feb 09, 21:41
cikkiut: k.g...tq lah pasal lagu 2...cyg die.mcm hadri 2, kt perak ni nak wat lak pemantauan fail dan pengambaran mikro teaching...mslhnye... bl ada org tgk ky ngajo,mula la rasa serba x kena...

Jawapan:
Wah ada penggambaran micro teaching. Hebatnya JPNP. Tapi takkanlah orang JPN pakai terjah je masa nak buat program ni. Mesti dah dimaklumkan... kalau tak maklum parahlah jawabnya. Cikkiut gunakanlah pengalaman masa dipantau oleh pensyarah dulu. Takkanlah dah lupa semua benda tu. Masa di maktab biasanya student mesti pandai ambil hati pensyarah. So there is no big deal kan? Buatlah apa yang termampu. Nak buat 100% excellent memanglah tak mampu. Masa micro teaching tu rangkumkanlah pengalaman dahulu dan pengalaman sekarang. Jadilah hasil yang terkini. Kita ni bukanlah artis yang pandai berlakon. Bagi saya, kalau tidak tahu berterus-terang sahajalah. Tugas pegawai yang datang memantau itu bukan untuk mencari kesilapan. Apa guna mereka dilantik ke PPD atau JPN kalau sekadar nak panaskan kerusi yang ada. Pastinya mereka adalah guru yang berpengalaman dan hebat satu ketika dulu. Masa inilah mereka berperanan membantu guru-guru untuk memartabatkan pendidikan di negara kita. Kalau sekadar nak tambah duit poket membuat tuntutan perjalanan pemantauan, itu tidak betul. Pengarah Pendidikan Negeri pun boleh naik minyak juga kalau begitu sikap pengawai-pegawai yang ada di PPD atau JPN.

Memang tidak dinafikan ada segelintir pegawai yang datang ke sekolah sekadar mahu tunjuk kuasa konon akulah pegawai. Tidak dinafikan situasi ini. Ada tu yang saja-saja datang untuk claim elaun perjalanan. Ada yang datang sengaja nak cari salah orang lain. Pegawai-pegawai beginilah sebenarnya merosakkan pendidikan negara. Mereka ini sebenarnya tidak layak berada di PPD atau JPN. Bidang tugas seorang pegawai adalah sebagai konsultant. Mereka juga sebagai pembimbing dan pemudahcara. Kata orang kalau ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. Pegawai yang baik pasti akan dikenang oleh orang bawahan. Pegawai yang digeruni bukan baik sebenarnya. Lihat artikel di bawah ini dan hayatinya.

A LEADER CAN BE…


Worksheets