Ahad, Mei 31, 2009

Letter T

Ini buku tentang huruf T yang boleh anda beri kepada kanak-kanak. Tentu mereka seronok.

My Clothes



MUAT TURUN

Get In


MUAT TURUN



Mom and I

Ini buku percuma yang korang boleh muat turun. Apa yang korang kena buat ialah dengan mencetak buku ini kemudian gunting dan lipat mengikut garisan yang disediakan. Lepas itu bolehlah bagi kepada anak-anak murid. Kalau nak banyak korang fotostat ajelah... hai tak kanlah itu pun tak tahu. Hehe.... Kalau dah muat turun tu klik la sekali iklan kat bawah tu ya. Boleh gak bantu saya bayar duit internet. Tak nak? Memang korang ni lokek sangat la... dah la dapat benda ni percuma... sikit pun tak rasa nak tolong ke cikgu yang kasi lubang kat korang lubuk bahan percuma ni? Takut saya kaya ke? Mana nak kayanya jadi cikgu ni. Dalam sejarah tak ada cikgu yang kaya kalau tak ada bisnes tau. Jom layan buku ni. Kalau korang tak nak tolong klik iklan tu pun tak apalah.



Aktiviti Waktu Cuti

Assalamualaikum
Selamat hari minggu... ramai yang sibuk bersiap-siap nak balik kampung nampaknya. Semalam jalan ke Johor Bahru pun sibuk sangat. Saya tidak ke mana-mana cuti ni sebab kampung dekat je... 10 minit dah sampai ... tu kalau bawa kereta macam kereta lembu... hehe... cuma 14km sahaja dari rumah saya ke rumah mak. Hari-hari balik kampung daa...

Hari ni ada temu janji dengan tukang rumah. Sejak semalam saya dok explore internet dan baca buku-buku design rumah. Sampai nak tidur pun rasa tak nak lelap sebab teruja sangat nak buat rumah. Alah rumah kecil je di tengah tanah bekas sawah yang mengadap banjaran Gunung Panti serta Gunung Gaung. Dah tidak sabar rasanya nak lihat bagaimana rupa rumah baru. Sebenarnya kami merancang buat rumah itu supaya tahun depan majlis perkahwinan anak sulung kami dapat dibuat di situ. Majlis yang kami rancang itu hanya majlis kecil sahaja memandangkan kemelesetan ekonomi sekarang ni. Kasihan pula kalau nak minta hantaran tinggi dari pihak lelaki. Apa yang penting ialah majlis pernikahan beres dan diberkati Allah.

Bercakap tentang buku... korang nak buku percuma tak? Apa yang perlu korang buat ialah daftarkan email terlebih dahulu kemudian korang boleh akses ke laman web di mana korang akan dapat muat turun sebanyak 30 buah buku secara percuma. Banyak tu!!!! Percuma beb... siapa tak nak kan. Nak tau kat ne bahan ni korang boleh dapat? Sila baca entri selanjutnya lepas ni wokeh...

Sabtu, Mei 30, 2009

Terima kasih

Terima kasih kepada Cikgu Azuar - SK Seafield kerana sudi membetulkan slaid yang telah saya siapkan dahulu. Sila klik link di bawah untuk mendapatkan slaid haiwan yang bertajuk : Apa Nama Saya? Sayangnya saya tidak dapat membuka slaid ini kerana berlainan versi MS Powerpoint. Apa pun korang boleh ambil slaid ini di pautan yang saya letakkan di bawah ini.

MUAT TURUN

Terima kasih juga kepada Cikgu Fatimah Kamal kerana sudi berkongsi slaid bertajuk Haiwan dan Bunyi. Saya sudah melihatnya dan slaid ini sangat menarik. Corak persembahan power point yang memang bagus kerana saya belum pernah jumpa corak begini. Ia seakan-akan sebuah laman web dengan button yang berfungsi lancar dan ini sudah pasti sangat bagus untuk guru-guru ketahui. Hebat juga kak Fatimah ni maklum guru lama yang khabarnya sudah pun bercucu. Ini satu cabaran buat guru-guru muda macam korang semua. Sila klik pautan di bawah.

MUAT TURUN

Kepada Cikgu Azuar dan Cikgu Fatimah.... terima kasih daun keladi... kalau ada kirimlah lagi. Budi dan jasamu dikenang. Semoga Allah jua yang membalasnya. Amin

Selamat Bercuti

Assalamualaikum
Selamat bercuti kepada semua guru.
Namun Isnin dan Selasa ( 1- 2 Jun ) dan Isnin ( 8 Jun ) saya dikehendaki bertugas di sekolah.
Alahai... ramai ingat jadi cikgu ni relaks... cuti pun kena kerja daa...
Tu belum masuk tugas lepas waktu sekolah...
Malam kena siapkan kerja untuk hari esoknya.
Begitulah pengorbanan guru.
Cuma adakalanya ramai yang tidak mahu cuba memahami.
Sabtu orang pejabat cuti... guru kena berada juga di sekolah dan di padang...
Nak buat macam mana?
Dah itu jalan yang kita pilih...
Apapun aku tetap bangga menjadi seorang guru.
Sebab sampai hancur tulang belulang di telan bumi tetap juga dipanggil guru.
Aku benar bersyukur ya Allah kerana mendapat peluang hebat ini.
Biar apa orang nak kata... AKU BANGGA MENJADI GURU.
Selamat bercuti yang tidak bercuti... hehehe

Rabu, Mei 27, 2009

Perjanjian Lesen Penerbitan Cerlang Minda Prasekolah : Anggota Badan

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Hj Mohd Zakaria bin Yusof, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi kerana pada petang semalam sanggup menanti ketibaan saya di Pejabat Pelajaran Daerah. Walaupun beliau sangat sibuk, keprihatinan beliau amat saya hargai. Beliau sedia menanti walaupun dikhabarkan akan keluar untuk urusan penting. Sokongan beliau untuk saya terus berkarya sangat dihargai dan sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam pentadbiran pendidikan di daerah ini, beliau sudi menjadi saksi buat perjanjian lesen penerbitan cd interaktif saya yang kedua. Terima kasih tuan atas kepercayaan dan sokongan yang diberi.

Berita gembira buat anda yang sentiasa menyokong usaha saya selama ini khususnya guru-guru di Sarawak. Menurut pengurus projek cd ini, Puan Maznun Arifa, di majlis pelancaran Bulan Bahasa peringkat kebangsaan di Sarawak cd ini bakal dilancarkan di sana. Jom ikuti lagu yang bakal terdapat di dalam cd ini kelak. Untuk makluman, lagu ini telah dinyanyikan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.


Lagu tema Cerlang Minda Prasekolah

Ahad, Mei 24, 2009

Aktiviti Haiwan Jinak

TEMA MINGGU INI : HAIWAN JINAK

Apa yang boleh cikgu buat?

Bahasa Melayu
Mengecam perkataan awalan : a-ayam, api, i-itik, i- ikan, ku-kucing, ku- kuda.
Bersoaljawab mengunakan intonasi yang betul mengenai:
- Nama haiwan
- Sifat fizikal haiwan
- Makanan haiwan.
Contoh sukukata ku da ka ki
Contoh huruf ‘k’- kuda

Bahasa Inggeris

Listen to words said aloud and match with picture cards.eg. Cat, cow, duck.

Children tell the class what are their favorite pets.

Children hear and say the initial sounds of words .e.g. cat –‘c’. Dog-‘d’.

Encourage children to practice letter shape. Eg. ‘H’ hen, ‘c’- cow.


Pendidikan Islam

Memotong dan menampal gambar yang memaparkan kasih manusia dan haiwan terhadap anak.Bersoaljawab tentang bagaimana mereka mengasahi anak.Kaitkan bahawa kasih Allah kepada makhluk melebihi kasih manusia dan haiwan kepada anak mereka.

Menyatakan bahawa manusia, manusia perlu berusaha kemudian baru berserah kepada Allah. Contoh : berusaha memelihara ternakan dari sedikit boleh membiak.

Lagu ‘Anak Itik’.

Main peranan memancing ikan.

Bercerita tentang peristiwa Nabi Ibrahim dan pengornanan Nabi Ismail dan mengaitkannya dengan amalan berkorban.

Menceritakan perkerjaan Rasullah sebagai pengambala kambing dan sifat rajinnya.

Mengenal bentuk huruf hijaiyah. Contoh ‘alif’ - ayam , ‘kaf’ – kambing.


Pendidikan Moral

Memupuk sikap bertolak ansur dalam aktiviti, contoh membentuk model haiwan dari doh atau set lego.

Melukis haiwan kesayangan dan bercerita tentangnya.

Melihat gambar atau VCD tentang pencemaran dan kepupusan haiwan.


Perkembangan Sosio Emosi

Membuat mini zoo.

Membuat kolaj haiwan.


Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti

Mewarnakan gambar haiwan ternakan menggunakan komputer.

Menyanyikan lagu ‘anak itik’ atau ‘Pak Mamat ada kebun’


Perkembangan Kognitif

Merekod ukuran gambar lembu dengan menggunakan batang mancis, potongan kad manila atau tali.

Bandingkan ukuran dengan menggunakan istilah lebih panjang dan lebih tinggi.


Perkembangan Fizikal

Berlari skip.

Bermain ‘ayam dengan musang’

Berjalan seperti itik.

Terbang seperti burung.


Perbendaharaan Kata

Perbendaharaan kata merujuk kepada:

  • perkataan yang kita mesti tahu untuk berkomunikasi secara efektif.
  • Oral Vocabulary merujuk kepada perkataan-perkataan yang digunakan di dalam perbualan atau memahaminya semasa mendengar.
  • Reading Vocabulary merujuk kepada perkataan yang kita kenal atau tahu atau kita gunakan di dalam penulisan dan pembacaan

Perbendaharaan kata penting kerana

  • pembaca awal perlu menggunakan oral vocabulary untuk memahami perkataan yang mereka lihat atau baca.
  • pembaca mesti tahu makna perkataan sebelum mereka faham keseluruhan bahan yang sedang mereka baca.

Perbendaharaan kata boleh dibina secara

  • tidak langsung, apabila kanak-kanak gunakan di dalam perbualan seharian, mendengar orang dewasa membaca untuk mereka dan membaca sendiri secara extensive.
  • langsung, bila kanak-kanak diajar secara eksplisit makna setiap perkataan dan melalui strategi pembelajaran mengenal perkataan. Misalnya memahami maksud perkataan seerti dan berlawan atau menamakan benda-benda yang ada di sekeliling mereka.

Helping Your Child at Home with Vocabulary Building

SUMBER: http://www.childdevelopmentinfo.com/learning/vocabulary.shtml

Parents are the first "language models" for children. The language children use is modeled, or based, on what they hear from their parents. Parents need to create an environment that enriches what a child hears. The words he hears, he will use with encouragement.

To start, take a look for a moment at the words you use-and how you use them, Children who repeatedly hear, "I seen it" will imitate that language. And the probability is great that if they speak that way, they will write that way.

Encourage family discussions. Turn off the TV and talk. One of the best places is the dinner table. That's one of the few times an entire family is together. In a sense, it's a "captive" audience. Set up some ground rules, such as "No eat and run," and "Everyone will have something to talk about" during and after supper. It's a kind of "hear and tell" time. What to talk about? Things going on in the neighborhood, what happened at school, events that are coming up, family plans, family decisions, et cetera. But remember the conversation should be pleasant and relaxing. This is NOT the time to bring up sins of omission or commission.

If your child has started formal spelling at school, post the list on the refrigerator door. Use those words with your child as discussions arise. Encourage him to use them in his responses.

If you have a cassette recorder, make a tape of words. Say the word, define it, and then use it in a sentence. (Select words that he will find interesting.) Better yet, have the child do the taping. Encourage regular use of the tape. (If he's studying for a spelling test, he can also spell it on the tape.)

"Word of the Week" is a family game-like activity. Each person selects a word taking turns each week. For example, the first week it might be Mother who writes a word on a card and puts it on the refrigerator door. Everyone must use that word as much as possible that week. The next week it's Dad's turn, and then the children's turn, and so on until it is Mother's turn again. As the words are used, they are posted on a cabinet door to stimulate continued Usage.

"Ten Questions" is a game that promotes several teaming skills, chief of which is reasoning with words. One family member thinks of something, which the other players must guess with no more than ten questions. The first question always is "Is it animal, vegetable, or mineral?" This covers virtually every possible thing the child could think of. Then, question by question, the field is narrowed to likely possibilities. After the first questions, the following questions must be asked so that they can be answered by "yes" or "no."

For some youngsters, "Ten Questions" might be too demanding, so make it "Twenty Questions. " One of the values of the extension is that additional reasoning and logic can be expressed. Stretch the game as much as possible. You can show, for example, the process of moving from broad-based questions to more discrete ones. In this way, your child will team to ask questions such as, "Is it located in the Northern Hemisphere?" "Is it in the Western Hemisphere?" "Is it in the United States?" "Is it land based?" and so on. This becomes an exercise not only in vocabulary development but also in geography.

Encourage the use of a "log" or "diary. " And Pen Pal Clubs are easy to find and join.

Enter a subscription to a child's magazine. There are many of these, and they cover practically every interest area of children: cars, sports, computers, the out-of-doors, et cetera. (Information from the articles makes an ideal subject for family discussions.)

If distant family members have cassette players, send "letters" on tape. Each family member has his or her "say," and then the tape is mailed to the distant relative to listen to on his tape recorder. That person then adds some comments and either returns it or passes it on to another family member.

Play games with homonyms - words that sound alike but are spelled differently and mean something different, as in "sun" and "son." For example, on the versatile refrigerator door, post train rain- or "reign-rain" or" pray-prey" or "flower -flour." Ask family members to add to the list. You'll be surprised at how many homonyms they will uncover

Another way of encouraging vocabulary development is the penny game," which can be played even if your child is having difficulty with reading. You might use a comic book, the comic strips or sports pages in your local newspaper, or a magazine article- To play the game, the child must know that some words start with a consonant followed by a vowel-for example, "say, look, go, pay," et etc. that other words begin with two consonants (called a blend) such as "grow, plate, tray, brush," etc. (Note: Some words do start with two or three consonants but are not true blends because one letter is silent, as in "white". gnat, pneumonia," etc.) Tell the child you'll give him a penny for every word he underlines that starts with a blend.

A follow-up to the "penny game" is to list words in "teams," such as fog/frog, bake/brake, pay/play, say/stay," et cetera.

A guessing game can be fun. "I'm thinking of a word that starts with "br" that is something you use to paint a house." (Brush) "I'm thinking of a word that starts with "tr" that is something we do to the bushes when they get too large." (Trim)

A traditional game that most children enjoy is "My father owns " Example: "My father owns a grocery store, and in it he sells something that begins with the letter B. " If the child does not know the alphabet, letter sounds can be used.

Revolving blend- is another family game in which someone gives a common blend-for example, "tr"--and, in sequence around the table or room, everyone must think of a word that begins with that blend-"train, truck, truffle, try, tray, trumpet, truce." et cetera. When the list is exhausted, the last person begins another blend, such as "st"--"stay, start, stick, stuck, star," etc.

Word origins or facts about words can be fascinating family fare. For example, the word "salary" had its origin in "salarium," which is Latin for salt. Roman soldiers received their pay in salt. Ask your librarian to help you find books that will provide other interesting examples of the origin of common words.

Suffixes are clues to word meanings. For example, "er" or "or" at the end of a word suggests "one who." Example: conductor-one who conducts; trainer-one who trains, etc. Each week a new suffix can be selected to create words.

The "Take a Walk" game is an activity that brings family members together in an enjoyable, relaxing way. It takes at least two people. A walk is taken around the neighborhood or perhaps around a local shopping area. On one trip the thrust may be, "Let's name everything we see that begins with the letter B." On another walk, it might be naming everything that begins with the letter G. Or everything that is the color purple. You might add an element of fun by saying, "We'll get one point for every word we name. Let's see how many points we can get." (Involves arithmetic as well as vocabulary.)

A rhyming game is always fun, particularly for young children because they can say any "word," nonsense or sense. Start with things the child knows, such as parts of his body, and say, "I'm thinking of something on your face that rhymes with (sounds like) rose." From this point, once your child gets the idea, you can play it just by saying words, such as "what's a word that rhymes with car?" (jar, bar, star, far, et cetera) "How about a word that rhymes with junk?" (bunk, skunk, trunk-but even runk lunk zunk as nonsense words). Nor only does this quick little game build vocabulary, but it also teaches the child some fine-tuning for the sounds of words.

Children listen, then use words, then read them, and, finally, write them. What they team at home about words supports success in school. A great deal of the learning that takes place at home is effective because it isn't a repeat of school. Once it becomes too formal and too "school-like," it will lose its appeal.

Parents who talk to their children, and who encourage interaction win lay a healthy platform for academic success. And children will quickly realize that words need not be drudgery but can be exciting and interesting.

Kenapa perbendaharaan kata penting kepada kanak-kanak?

Saya sambung kembali perbincangan mengenai penguasaan perbendaharaan kata kanak-kanak. Kenapa perbendaharaan kata penting kepada kanak-kanak? Anda perlu baca artikel di bawah ini dengan lebih mendalam agar anda faham kenapa ianya sangat mustahak dalam kehidupan murid-murid dan anak atau generasi anda sendiri. Biarpun banyak kajian dilakukan di Barat namun ia boleh kita tiru dan lakukan di sini untuk mengubah nasib bangsa. Lakukanlah sesuatu dari sekarang kerana inilah tugas kita sebenarnya kerana tanpa kanak-kanak prasekolah ini kita sudah pasti tidak mendapat pekerjaan. Semoga anda yang masih terlena atau terleka dapat bangun dan memperbaiki usaha yang ada. Hanya Allah sahaja bakal memberi ganjaran yang setimpal. Jangan harapkan ihsan manusia tapi harapkan ihsan Allah yang kekal abadi. Selamat membaca.

Early struggles in vocabulary development can hamper economically disadvantaged children

University Park, Pa. -- When socioeconomically deprived children fall behind in spoken vocabulary development during their first three years of life, they are very likely to have lifelong struggles in all their studies in school. Even current early intervention programs such as Head Start may not be enough to close this learning gap, says a Penn State researcher.

"Those children in our society who grow up in poverty or near poverty are adversely affected by their mother's own vocabulary deficit during their earliest years when they are learning to speak at home," says Dr. George Farkas, professor of sociology.

"Social class differences in vocabulary growth emerge at the very earliest ages among both Black and White Americans, and they attain a substantial magnitude by 36 months of age," Farkas notes. "These social class differences widen during the fourth and fifth years of life, although this occurs more strongly among African-Americans than among Whites. Half of the social class differences in vocabulary growth rates can be traced to the differences in family linguistic instruction provided by mothers of varying social classes."

By the time children reach age 6 and the first grade, they are learning to read, and from that point their vocabulary development, regardless of class or race, proceeds roughly at the same pace. Unfortunately for disadvantaged children, their earlier deficiencies in vocabulary learning will continue to have long-term repercussions in their teenage years, especially in the areas of vocabulary, reading and mathematics.

In adult years, the consequences are often low-skill and poorly paid jobs that perpetuate the cycle of poverty, according to Farkas, a faculty member in Penn State's College of the Liberal Arts and a faculty associate with Penn State's Population Research Institute.

Farkas and Dr. Kurt Beron of the School of Social Sciences at the University of Texas at Dallas, presented their findings, "Family Linguistic Culture and Social Reproduction: Verbal Skill from Parent to Child in the Preschool and School Years," recently at the annual meeting of the Population Association of America in Washington, D.C.

Between 1986 and 1996, data were collected from several thousand children between the ages of 3 and 14, including the Peabody Picture Vocabulary Test (PPVT), comprised of 175 increasingly difficult words. The tester read the word to the child, who then pointed to one of the 4 pictures that best described its meaning. When the child failed to identify 6 out of 8 consecutive items, the test ended, and the child was assigned a score or "ceiling."

"By analyzing these data according to the child's month of age, beginning at 36 months, we were able to examine the trajectory of oral vocabulary growth by social class in unprecedented detail," Farkas notes.

The researchers also compared the child's progress in vocabulary development with the mother's "linguistic cultural capital" as determined by the Armed Forces Qualification Test (AFQT). Given to this particular sample of women in 1980, the AFQT measures skills and habits of vocabulary and speech.

"It is not enough that the mother herself have a good vocabulary," the Penn State researcher says. "It is also necessary for mothers to teach letters to their babies, talk out loud to them and read books to them regularly and consistently. "This is much less likely to happen when the mother is trapped on the bottom rungs of the socioeconomic ladder and is consumed by financial and emotional pressures or stresses, he adds.

The authors conclude that federal and local programs and policies must be aimed at improving the early vocabulary development and school readiness skills of children from low-income households. In particular, the Bush administration's emphasis on improving the letter, sound, word recognition and pre-reading skills instruction provided by Head Start and similar programs is well-targeted on an important instructional area, which is vital to the schooling success of low-income children, Farkas notes.



Kisah seminggu

Assalamualaikum
Apa khabar di pagi Ahad ini? Seminggu ini kesihatan saya kurang baik... sakit kepala sejak awal minggu dan memuncak sehingga Jumaat bila mana terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Biasanya tekanan darah saya rendah sahaja tapi stress melampau ditambah dengan kepenatan dan kurang tidur membuatkan ia mendadak naik. PPM saya pula sekeluarga diserang demam panas dan selesema dan dia turut tumbang pada hari Rabu. Cuaca panas dan sinar terang melampau antara punca saya sakit kepala... biasalah bagi penghidap migrain macam saya ni.

Semalam, sekolah mengadakan LDP. Saya terlewat 20 minit tiba kerana kepala masih berdenyut sakit namun digagahkan juga ke sekolah dengan dihantar suami. Biarpun duduk di makmal komputer yang dingin, namun tetiba cahaya dari luar bersinar terang.... macam nak pecah rasa kepala. Migrain tiba lagi. Rasa jam tu juga nak baring. Aduhai. Mujur ada ustazah yang bawa vicks dan saya tenyeh ajelah di kening. Alhamdulillah ok. Dalam pada itu apa yang disampaikan oleh guru besar sebelum itu memang tidak banyak saya ingat sebab menahan rasa sakit. Apa yang saya ingat bila dia minta saya dan rakan-rakan lain untuk siapkan laman web sekolah. Hmmm.... berat juga tugas itu kerana membina laman web perlu komitmen. Perlu mengadap komputer sedang saya juga perlu menyiapkan tugasan lain yang amat penting iaitu membuat persediaan bagi mewakili daerah Kota Tinggi ke pertandingan kelas terbaik negeri Johor.

Entahlah... makin hari makin rasa tak siap-siap saya menghias kelas. Minggu lepas saya menyiapkan hiasan pentas dan meja murid. Tak canggih mana pun tapi perlu ketelitian sedangkan PPM saya sakit. Faham-faham ajelah budak-budak.... baru dipasang skirtting di meja sudah ditarik-tariknya. Huh.... saya dah mula macam Tarzan dibuatnya. Dahlah tu... semua murid aliran perdana menjalani peperiksaan....murid-murid saya bising sakan. Puas dimarah tapi mereka tetap buat muka selamba. Maka untuk atasi semua itu... apa lagilah saya pun membuat fotokopi yang banyak buat murid-murid saya. Dari sehelai ke sehelai saya mahu mereka siapkan. Lepas kelas saya terbaring kepenatan. Kepala sentiasa berdenyut-denyut. Masa tu dah tak fikir kalau ada pelawat datang. Saya baring di lantai kelas kerana badan juga rasa berbahang dan kepala bagai nak pecah. Hari Khamis, saya berikan booklet latihan... aduh....10 muka tak sampai 10 minit habis disiapkannya. Peninggggggg...... maka Jumaat saya pun tumbang. Isnin ni pasti kerja murid berlambak untuk ditanda. Apa tidaknya setiap hari saya pasti bekalkan kerja rumah kepada murid-murid. Kalau tak buat begitu...bila di Tahun 1 nanti mereka pasti ramai bermasalah di kelas. Tujuan saya adalah untuk melatih mereka bersedia dengan alam persekolahan formal. Fenomena memberi kerja rumah ini saya dapati dari sekolah-sekolah aliran bahasa Cina. Hasil pemantauan saya dulu sewaktu bertugas di PPD, guru-guru sekolah Cina memang sering memberi kerja rumah kepada murid mereka. Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa setakat ini murid saya sudah menghabiskan 5 buah buku tulis setebal 80 mukasurat.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah rasionalnya saya memberikan latihan yang banyak kepada murid-murid saya. Sebenarnya kalau mengikut kajian penguasaan perbendaharaan kata kanak-kanak di peringkat umur 4-5 tahun....

Your preschooler's vocabulary will have expanded to around 1,500 words by now, and it will grow by another 1,000 or so over the course of this year. She can now tell elaborate stories using relatively complex sentences of up to eight words. And she will tell you not only about things that happen to her and things she wants but also about her dreams and fantasies.

Rujuk di sini untuk maklumat lebih lanjut. Kebanyakan latihan telah saya masukkan ke dalam cd yang saya edarkan kepada anda yang telah memilikinya. Untuk pengetahuan anda saya telah membuat tesis berkaitan penguasaan perbendaharaan kata ini pada tahun 1993 sewaktu mengikuti Kursus Khas Dalam Perkhidmatan selama setahun di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru di bawah bimbingan Encik Kulundasamy dan tesis saya itu masih boleh didapati di perpustakaan Institut Perguruan Tun Hussien Onn, Batu Pahat. Di dalam kajian itu saya telah memasukkan semua perkataan yang patut dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat umur 4-6 tahun. Berdasarkan kajian ilmiah inilah saya telah membina bahan-bahan yang saya muatkan di dalam cd tersebut. Saya akan sambung perbincangan ini di dalam entri selanjutnya. Teruskan membaca ya.

Selasa, Mei 19, 2009

Cara muat turun slide yang ada


Assalamualaikum
Di sini saya ingin jawab soalan cikgu Murni yang pening lalat macam mana nak download atau muat turun slaid yang telah saya sediakan.
1. Klik pada ikon Muat Turun Di sini yang saya letakkan di dalam entri.
2. Pada paparan baru akan muncul laman web sendspace.com seperti di atas.
3. Tunggu seketika dan akan terpaparlah paparan seperti di atas.
4. Klik di bahagian yang beranak panah merah yang bertulis : Download Link: Apa nama saya.ppt.
5. Dah jumpa?
6. Simpan slaid ke dalam dokumen anda dan ianya telah boleh digunakan.

Susah ke? Kalau susah, telefon saya di 014 2785668... nanti saya ajar secara individu. Jangan buat missed called pula sebab saya tidak akan melayannya. Hehehe... bajet larilah kalau ramai yang buat begitu. Anda yang nak belajar kenalah berkorban sikit kredit telefon ya. Jangan risau saya ajar percuma... bayaran saya minta pada Allah sahaja.... hehehe... sumbangan saya khusus buat anda yang setia melayari blog ini.

Ahad, Mei 17, 2009

Apa Nama Saya?


Assalamualaikum
Seharian ini saya mencuba mengasah ingatan tentang pembinaan slaid yang telah lama saya tinggalkan. Selama ini saya buat slaid ala kadar sahaja kerana banyak ilmu yang dipelajari telah banyak yang saya lupa. Oleh itu hari ini memandangkan cuti hujung minggu, saya mencuba membuat slaid yang menggabungkan bunyi dan latihan ejaan.

Sebenarnya kami di sini sangat kurang didedahkan dengan kursus berkaitan pengajaran dan pembelajaran secara insentif. Malah masih ramai di kalangan guru masih belum dapat menguasai kemahiran komputer dengan sebaiknya. Ramai di kalangan rakan meminta saya menjalankan bengkel P&P namun apalah daya saya untuk bertindak. Nak memandai nanti lain pula jadinya. Mungkin dengan pendedahan terbuka ini saya mewakili rakan-rakan guru mengharapkan pihak JPN dan PPD dapat memberikan ruang kepada kami untuk berkursus. Janganlah kursus yang 5 tahun lalu diulang kembali sehingga menyebabkan rakan-rakan guru ada yang tidur di dewan kuliah. Saya kira dengan adanya perancangan yang teliti oleh pegawai yang berkenaan dapat membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kami juga jarang bertemu menyebabkan wujudnya jurang kemesraan di kalangan kami.

Oklah...lupakan kisah di atas. Jom layan je slaid yang saya buat ni.

MUAT TURUN




Jumaat, Mei 15, 2009

Terkenang semasa dulu...

Assalamualaikum
Buat semua bekas-bekas guruku meskipun ramai di antaranya telah kembali ke Rahmatullah (Maklumlah aku telah meninggalkan alam persekolahan terakhir iaitu tamat Tingkatan 5 sejak Disember 1979) bermakna sudah 30 tahun berlalu. Namun aku masih dapat mengingati beberapa nama guru-guruku di sekolah rendah dahulu....Allahyarham Cikgu Hashim ( Darjah 1 - SK Bukit Lintang - 1969 - Guru Bahasa Melayu ). Beliau juga adalah Guru Besar di sekolah aku dahulu. Aku masih ingat perkataan pertama yang boleh aku eja dahulu adalah ENAM. Maklum dulu ada e pepet dan e taling. Konfius aku dibuatnya. Tidak banyak yang aku dapat ingat zaman ini kerana aku mendapat asma yang teruk juga dahulu namun aku masih berkeras memasuki acara sukan di sekolah. Selesai setiap acara pasti aku akan kebiruan kerana sukar bernafas. Mak cukup cemas waktu itu. Apa yang paling sedih waktu itu walaupun aku menang dalam banyak acara semua hadiah aku telah diambil rakan kerana aku akan dipapah oleh mak ke tepi padang selepas acara dijalankan. Zaman persekolahan aku waktu itu tidak semewah sekarang. Memandangkan aku sering sakit, nenek telah memastikan makcik Naemah menghantar dan mengambil aku balik dari sekolah. Pernah terjadi kami mendapat kemalangan kecil dan aku hampir jatuh ke dalam anak sungai apabila basikal yang ditunggang menuruni bukit sukar dikawal oleh makcik. Sepanjang tahun itu aku akan diambil dan dihantar oleh makcik ke sekolah.

Aku berpindah ke Melaka selepas setahun di SK Bukit Lintang kerana mengikut abah yang ditugaskan di Kem Terendak. Aku telah disekolahkan di pekan Masjid Tanah. Sering aku dimarahi konduktor bas kerana aku akan menyimpan tiket bas yang dibeli sewaktu pergi. Aku tidak membayar tiket balik kerana duit sekolah habis aku belanjakan untuk membeli buku. Hehe... aku rela tidak makan asalkan dapat membeli buku cerita. Aku sering menangis bila dimarahi konduktor bas. Satu hari kakak dan abang yang sering bersama aku ke sekolah menjalani latihan sukan di sekolah menengah bersebelahan sekolah aku. Kalau tak silap aku nama sekolah itu SK Pokok Beringin. Hiss aku dah tak ingat nama sekolah itu. Aku sudah ketinggalan bas. Memang menggelabah. Aku terpaksa menunggu kakak-kanak dan abang-abang yang ada itu. Rupa-rupanya abah dan mak sudah risau di rumah kerana aku tidak pulang sejak tengahari. Abah dan kawan-kawannya datang mencari aku di padang. Aku benar-benar kelaparan waktu itu. Bila nampak abah datang, aku terus sahaja berlari dan memeluknya. Aku cemas sekali sebab macam mana nak balik sebab aku tidak ada duit sesen pun!.

Akibat kejadian itu, aku telah dipindahkan ke SK Kem Terendak. Di sana aku berasa sangat seronok kerana mempunyai perpustakaan yang berhawa dingin. Aku sememangnya ulat buku memang sering ke perpustakaan. Sekolah itu ketika itu mempunyai dewan dan makmal sains. Di hadapan kelas aku terdapat kolam ikan yang besar. Memang cantik sekolah itu. Aku cuma ingat Cikgu Rokiah ( Darjah 3 - SK Kem Terendak Melaka ) kerana dia adalah guru kelas aku. Cikgu Kamaruzaman (Guru Besar) dan Cikgu Zainal Abidin, GPK. Lihat gambar... kami bergambar di hadapan blok dewan besar sekolah. Memang aku kagum dengan sekolah ini kerana ianya lengkap serba serbi. Ada bilik seni, bilik muzik, padang yang luas dan yang paling aku suka sebab ada water-cooler kat depan dewan besar. Memang aku jakun sangat masa tu. Maklumlah aku berasal dari kampung yang tiada bekalan eletrik. Jalan pun masih tanah merah. Kepada rakan-rakan yang pernah melihat gambar ini dalam album ibu atau ayah mereka... hubungi aku kerana aku sangat ingin mengetahui keberadaan rakan-rakan sekelas aku dahulu.

Aku berpindah semula ke SK Bukit Lintang ketika di Darjah 4. Aku telah dipelihara oleh datuk dan nenek kerana abah sering berpindah randah. Masalah yang abah hadapi ketika itu ialah bila sahaja pindah sekolah semua buku bacaan tidak seragam seluruh negara. Abah pula kerja seorang dan mak sebagai surirumah sahaja. Aku dan adik ditinggalkan berdua dengan nenek dan datuk. Rutin setiap Jumaat dan Sabtu ialah pukul 8.00 hingga 10.00 pagi akan duduk di anjung rumah untuk membaca buku. Kalau ada rakan-rakan yang datang semua akan dihalau pulang oleh datuk dan nenek. Untuk memastikan aku dan adik membaca, kami diminta membaca dengan kuat supaya datuk dan nenek yang berada di dapur atau belakang rumah mendengarnya. Aduh... naik perit tekak. Memang nenek dan datuk amat pentingkan pendidikan. Kalau ingat waktu itu memang bosan sebab aku dan adik kena duduk selama 2 jam tanpa henti untuk membaca. Namun akibat dari tindakan mereka inilah juga aku sering mendapat kedudukan yang baik di sekolah. Allahyarham Cikgu Jaafar Adam merupakan guru Bahasa Inggeris yang mengajar aku di darjah 4. Aku sering mendapat markah yang tinggi di dalam kelas menyebabkan aku menjadi murid kesayangannya. Bila tiba hari guru, dia akan memberikan aku hadiah melebihi rakan-rakan yang lain. Mungkin kerana dia guru yang aku sayang, membuatkan aku terbawa-bawa dalam pemilihan pakwe di zaman remaja.... hahaha....rupanya mirip arwah cikgu aku tu.

Tidak lama tinggal bersama nenek, datuk di serang angin ahmar dan pak ngah sering datang merawat datuk. Cita-cita arwah pak ngah untuk ke England mengikuti bidang kedoktoran tidak berjaya kerana nenek ketika itu takut kalau-kalau pak ngah masuk Kristian. Oleh itu pak ngah hanya menjadi seorang peneroka di Felda Pasir Raja. Namun apa yang membuatkan aku tabik pada pak ngah ialah ketaatannya sebagai seorang anak. Dia akan mengayuh basikal sejauh kira-kira 40km dari rumahnya ke rumah datuk usai solat Zohor dan akan mengayuh kembali ke rumah usai solat Isyak. Itulah rutinnya setiap hari sehingga datuk menghembuskan nafas terakhir ketika aku di Darjah 6. Pak ngah juga seorang yang tidak lokek mengajar aku. Setiap hari selepas solat Maghrib, aku akan duduk bersama pak ngah untuk menyiapkan kerja rumah. Matapelajaran yang sering aku tanyakan kepadanya adalah Bahasa Inggeris kerana pak ngah biasanya akan membaca akhbar New Straits Times dan Newsweek setiap hari selepas memandikan datuk. Pernah aku lihat pak ngah menangis sebab sedih terkenangkan anak-anaknya sendiri tidak pernah ingin bertanya tentang pelajaran yang mereka pelajari khususnya Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, anak-anak pak ngah juga ramai yang berjaya ke menara gading. Aku rasa seronok belajar dengan pak ngah sebab dia seorang yang lembut. Dia sabar mengajar aku dan adik. Apa yang buat aku seronok ialah aku akan mendapat markah 100% setiap kali menghantar latihan kerja rumah. Hehe... bangga bila dipuji oleh cikgu Jaafar!

Sewaktu di darjah 6, aku diajar oleh Cikgu Jariah Jaafar. Dia guru Bahasa Inggeris yang tegas. Waktu ni aku kurang minat untuk belajar sebab aku sering disisihkan. Sejak itu aku lebih suka kalau guru Bahasa Inggeris aku adalah guru lelaki kerana aku boleh mendapat perhatian mereka. ( Aha.... ada yang ingat aku gatal ni.... tak de lah... aku suka guru lelaki sebab mereka biasanya suka dengan murid perempuan.... tu je. Biasalah kan. Aku bukan gadis sunti yang cantik ketika tu tetapi aku adalah murid yang sangat aktif di kelas.

Aku menamatkan sekolah rendah dan ke sekolah menengah di SMK Tun Habab. Antara guru yang aku ingat namanya adalah Allahyarham Cikgu Kassim Baba. Dia sering senyum dan orangnya berbadan kecil sahaja. Guru kelas aku semasa di Tingkatan 1 dan 2 adalah Encik Siow Ee Ching. Hehe... gambar terpaksa aku sensor sebab waktu tu aku berada di zaman jahilliah. Ramai rakan-rakan aku yang ada tidak dapat aku hubungi. Apa yang aku pasti, Kalsom sudah pun bercucu!. Wazilah kini bertugas sebagai Penyelia KEMAS, Zaleha isteri tokoh koperat kat Kota Tinggi... siapa tak kenal Mamat Tayar... ha... tu kedai suami dialah. Mereka bercinta sejak di Tingkatan 1. Fuyo... hebatnya cinta.


Apabila berada di Tingkatan 3, guru kelas aku adalah cikgu Wong Pau Chee. Boleh tahan garangnya cikgu aku yang satu ni. Walaupun aku bukan pelajar bermasalah, tension gak bila kawan-kawan buat perangai dan dimarahi oleh cikgu. Huh buang masa aku je nak belajar bila masa diambil untuk mendengar bebelan. Walaupun begitu tidaklah lama sangat sebab kelas aku waktu tu adalah kelas pertama di sekolah. Hehe... kira-kiranya aku termasuk dalam top 10 di sekolah. Rakan yang selalu suka mengusik aku adalah Jailani. Eh...Jai kat ne ko sekarang ek? Dia berdiri no 5 dari kiri di barisan belakang. Zaman tu biasanya top 10 student kalau bergambar akan duduk di barisan depan. Hehe... perasannya!... Lihat aksi Miss Wong macam artis Hong Kong kan... Hehehe...


Semasa di Tingkatan 4, aku dapat guru kelas bernama Mr Gelard Otte. Dia seorang guru yang dibawa khas dari Amerika tapi boleh berbahasa Melayu. Dia ajar Mathematik Tambahan. Hiss pening kepala aku sebab aku tak faham-faham apa yang diajar. Pernah aku dimarahi kerana sering bertanya kerana tidak faham. Memang bebal betul kepala aku bila belajar Matematik. Bila dah habis sekolah baru aku dapat ikuti matapelajaran ini. Aiseh... masa form 4 ni markah aku menjunam jatuh. Lagi pun sebenarnya aku tak minat dengan kelas Sains... aku lebih suka kalau dimasukkan ke kelas aliran Sastera. Minat aku waktu tu buat sajak dan menulis cerpen. Aku ni kiranya jiwang karat gak tapi waktu tu aku memang tidak ada seorang pun pak we. Maklum sebab aku dikategorikan sebagai seorang yang panas baran. Aku tidak suka dengan pelajar yang huha-huha dalam kelas. Lagipun waktu tu aku adalah pengawas sekolah... ayo...strait semacam la...


Masa di Tingkatan 5, aku dapat guru yang baik, Encik Zakaria Othman namanya. Dia ajar Matematik Tambahan. Masa ni aku mula minat belajar Matematik sebab dia sering memberi peransang kepada aku untuk belajar. Yalah dia guru muda yang baru ditukarkan ke sekolah ini. Wajahnya mirip pemain bolasepak, Mokhtar Dahari. Kebetulan pula aku bersaudara dengan pelajar yang diminatinya. Hehe... ada udang sebalik mee ni. Kali terakhir aku jumpa cikgu Zakaria di JPN Johor sewaktu dia bertugas di sana sebagai penyelia pembangunan dan aku sebagai pegawai khas prasekolah di PPD Kota Tinggi.



Sempena Hari Guru ni aku ingin mengucapkan "TERIMA KASIH cikgu atas jasa baik cikgu mendidik aku sehingga berjaya menjadi insan yang berguna. " Hanya itu yang mampu aku lafazkan kerana bagi aku sendiri sebagai guru, lafaz terima kasih adalah hadiah paling berharga. Semoga cikgu-cikgu semua hidup aman damai bersama anak cucu. Bagi yang telah meninggal dunia, semoga Allah ampunkan dosa-dosa cikgu dan menempatkan cikgu di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin.

Sebelum terlupa, aku teringat pensyarah-pensyarah di Maktab Perguruan Pasir Panjang. Terima kasih buat pensyarah yang pernah mendidik aku untuk menjadi guru yang sanggup berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ustaz Abdullah, Encik Abdullah ( tutor aku ), Encik Wan Ibrahim ( la ni di IPG Sultan Mizan... ke dah pencen Che Wan?), Mr Paul, Puan Tik, PuanWan Azizah, Puan Nas dan yang lain-lain. Maaf kerana memori sudah mula pudar ni.

Buat pensyarah-pensyarah di Universiti Malaya, Prof Chiam Heng Keng, Dr Syarifah, Dr Mogana, Ustaz A. Ghani Shamsuddin, Encik Khairuddin, Dr Azizah Lebai Nordin, Dr Zainon, Prof Ishak Haron dan semua yang ada di Fakulti Pendidikan khususnya yang pernah mengajar saya dahulu... Terima kasih semuanya. Didikan anda semua telah berjaya menjadikan saya pendidik yang suka membantu sesama insan. Ilmu yang anda berikan telah dapat saya sampaikan kepada yang memerlukan.

Buat rakan-rakan semua, Selamat Hari Guru. Semoga anda menjadi guru yang sudi meluangkan masa mendengar rintihan dahaga ilmu anak-anak. Ikhlaskan hatimu mendidik anak bangsa kerana ganjarannya pasti akan tiba kepadamu jua. InsyaAllah.

Mouse Puppet Pattern for a Felted Sweater

Assalamualaikum
Saya terjumpa laman web ini yang pasti menyeronokkan bagi guru-guru pelatih. Hehe biasalahkan waktu praktikum ni semua kena buat atau beli. Tapi kalau nak beli semua mahu kempis perut tak makan sebab kocek pokai. Kalau guru-guru lama ni berbeza sedikit sebab ramai yang banyak duit. Lagipun duit kelas ada boleh digunakan.

Jom cuba membuat puppet ini. Maaf ya sebab malas sangat nak terjemahkan artikel ini ke dalam Bahasa Melayu. Alah... ayatnya simple dan mudah faham. Baca je banyak kali pasti bolehlah buat benda ni. Selamat mencuba...

************************************************************

This puppet pattern for a felted sweater is so simple you'll want to make a whole family of sweater mouse puppets in no time! Using a felted wool sweater is ideal because the edges won't unravel so minimal sewing is required.

homemade toy puppet mouseMaking a Felted Sweater: Go to your local thrift store and find a 100% wool sweater. Bigger is better because you get more fabric that way so be sure to hunt in the men's section. You can often find incredible deals if the sweater has holes or stains, which won't matter to you since it is just for the fabric! Garage sales are also a good place to hunt for them, especially during the hot summer when nobody is interested in buying sweaters.

Wash the sweater in a top loading washing machine with a little laundry soap on HOT water with a towel or two...or even a full load of laundry. The extra items create more friction which will help felt it. If you have a front loader you still can felt it, just throw in a towel and a few clean tennis balls. When the load is finished throw it into the dryer, also on hot. The result will be a tightly felted tiny sweater! An XXL men's sweater that I felted recently shrunk more than 50% and became a woman's size small. The tightly bound fabric though is perfect since now you can cut it and the sweater won't unravel.

Mouse Puppet Pattern & Instructions:

Cut off one sleeve of the felted sweater at an angle. The point of the angle will become the mouse's nose. The great thing about this puppet pattern is that the sweater sleeve is the perfect size to fit your hand through and the edge is already finished.

mouse puppet tutorial

Turn inside out and then stitch up the angle. Hand stitching is just fine but you can use a sewing machine if you want for this puppet pattern.

felted sweater instructions

Cut out two circles with flat bottoms for the mouse ears. Make these as large or as small as you like! Each mouse puppet you do will have his or her own personality due do the slight variations.

mouse puppet pattern

Turn puppet right side out and place on your hand with your sewn seam in the mouse's mouth. Pin on the ears until you are happy with the placement and then sew on the ears.

You can sew on felt circles for the eyes & nose, embroider them or use plastic google eyes or buttons! These items can be sewn on or simply glued on with a hot glue gun for older children. Please note, for small children, embroidery or felt is better since buttons could pose a choking hazard.

Now come up with some silly voices and you are all set for puppet play!

free mouse puppet pattern

Jom buat kereta

wooden toy

Assalamualaikum
Saya masih ingat permainan ini biasa dibuat sewaktu kecil bersama abang sepupu. Ianya sangat mudah dibuat. Hanya perlukan gelendung benang, batang aiskrim, getah gelang dan kayu kecil. Hanya putarkan getah gelang yang ada menggunakan batang aiskrim dan walla... roda kecil ini akan berjalan dengan sendirinya. Jomlah cuba alat ini bersama adik-adik atau anak-anak anda dahulu. Kemudian tunjukkan kepandaian anda itu di kelas pula... hehe budak-budak tu mesti suka punya...

Maaf entri hari ini pendek-pendek sahaja sebab kepenatan menghias pentas kelas. Aha... tunggulah bila kelas saya sudah siap sepenuhnya dihias, pasti akan saya tunjukkan di sini. Kami juga sedang menampal ladybird sekeliling kelas.... ianya kelihatan sedang menjalar di dinding dan di beam kelas. Tunggu!!....

Making Rocket Tube


For this craft, students will need a paper towel tube. They can paint or decorate it however they want; it will be the main part of their rocket. They will also need a conical shaped item for the nose of the rocket. This can be construction paper, part of a paper snow cone cup, or whatever else you can find around. Then, students will also need construction paper for the bottom of the rocket. You need to slit the bottom of the paper towel tube in four places. Your students will slide two triangular pieces of construction paper in the slits to form the base of the rocket. Encourage students to write their names on the rockets or distinguish it however they wish.

Khamis, Mei 14, 2009

Ikan Oh Ikan


Assalamualaikum
Hari ini saya siapkan slaid berjudul Ikan Oh Ikan. Mengapa saya buat slaid ini? Semasa mula mengajar dahulu saya sering beranggapan bahawa ikan itu mesti berwarna kelabu atau hitam. Murid-murid yang mewarnakan ikan dengan warna yang berbagai memang selalu menjadi bahan marah saya. Memang waktu itu saya tidak tahu langsung bahawa ikan ini ada berbagai warna. Kasihan murid-murid saya dahulu. Kini murid-murid saya itu sudah dewasa semuanya. Maklum semuanya sudah berumur 30 tahun!. Saya mengajar mereka ketika berumur 7 tahun. Kalau murid sewaktu saya praktikum pertama dahulu di SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu dan SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu sudah pun berumur 37 tahun. Semua tentu ingat saya maklumlah guru yang garang. Kalau bertemu saya sudah pasti tidak dapat mengenali siapa mereka. Hmm... ada di kalangan murid saya telah menjadi guru juga dan mengajar di sekolah lama saya di SK Pusat Bandar Lok Heng. Malah ketika di universiti saya juga seasrama dengan bekas murid!. Hai tuanya diri ni ya...

Oklah jom layan kisah ikan-ikan saya ini. Hehe... saya sendiri pun tidak mengenal sangat nama-nama ikan yang ada di pasar kerana sejak kecil, tugas ke pasar dibuat oleh abah dan bila sudah berkahwin, suami yang menguruskan urusan pasar. Bila membuat slaid begini barulah saya kenal nama-nama ikan yang ada. Tak apalah sekurang-kurangnya nanti saya boleh menerangkan kepada cucu-cucu saya kelak. Sekarang ini pun sudah 3 orang cucu yang saya ajar di kelas.

MUAT TURUN DI SINI







Selasa, Mei 12, 2009

Assalamualaikum
Saya telah menemui laman web yang boleh memuatkan bunyi-bunyi haiwan dan bunyi-bunyi lain yang boleh dimuatkan di dalam slaid. Huh sungguh menyeronokkan. Saya semakin teruja untuk membuat slaid-slaid yang boleh digunakan di kelas. Anda bagaimana? Sanggup menerima cabaran saya untuk menyediakan slaid anda sendiri?

Saya sangat gembira kalau anda juga bersedia meluangkan masa untuk membina slaid untuk digunakan di kelas yang boleh kita kongsi bersama di sini. Baiklah sebagai sumber rujukan bersama ini saya sertakan senarai laman web yang boleh anda akses secara percuma untuk mendapatkan bunyi-bunyi haiwan. Sebenarnya ada banyak sekali laman web khusus untuk bunyi-bunyian.

Tingatel Sound Archive's Animal Sounds
Birds, Cat, Cow, Cricket, Dog, Elephant, Frog, Horse, Bees, Lamb, Lion, Pig, Sealion, Sheep, Wasp.
Absolute Sound Effects Archive
Lots of animal sounds. One of the largest collection of free sound effects on the Internet.
U.S. Fish and Wildlife Service
The sound clips are public domain and may be used without prior permission. Birds, Amphibians, Reptiles, Mammals: Purple Martins, Ducks Landing in Water, Geese Honking, Flicker Chicks Feeding, Goldfinch, Hummingbird Feeding, Indigo Bunting, Little Blue Heron Fishing, Loons, Pelican Chick, Red-winged Blackbird, Shorebirds, Snow Geese Flock, Terns, Tufted Titmouse, Tundra Swans, Woodpecker Tapping, Wood Stork Chicks, Alligator Hiss, Alligator Bellow, Frogs, Rattlesnake, Bats, Bear Growling, Elk Bellows, Whales Spouting, Wolves Howl, Wolf Pack Howls.
Branden's Animal Sounds New
Bear, Bee, Birds, Bloodhound, Canary, Cats, Cattle, Chickens, Chimpanzee, Cobra, Cougar, Cow Mooing, Crickets, Crow, Dog Barks, Elehant, Goat, Gorilla, Horse Sounds (Eating, Snorts, Trotting, Whinnying), Lamb, Lion Growls and Roars, Peacock, Pig, Rooster, Sheep, Tigers, Wolves and more.
Cat Sounds
Meowing, Kittens, Purr, Angry, Lions, Tweety, Other.
Amazing Sounds
Dog, Cat, Horse, Birds, Wolf, Rooster, Sheep, Cow, Pig, Donkey, Duck, Turkey, Mad Cow, Goose, Lamb, Frog, Mouse, Parrot, Hawk, Crow, Owl, Jungle Bird, Kanarie, Cuckoo, Seagull, Elephant, Lion, Coyote, Panther, Snake, Monkey, Puma, Dinosaur, Dragon, Monster.
Animal Pictures Archive's Animal Sounds
Lots of animal sounds including: Owls, Goose, Hyena, Kookaburra, Woodduck, Tyrannosaurus, Bear, Tiger, Lion, Wolf, Chimpanzee, Hippopotamus, Sea Lion, Dolphin, Whale, Water Buffalo, Seal, Crocodile, Frog, Birds, Camel, Chickadee, Chicken, Chinchilla, Cow, Coyote, Cricket, Crows, Dogs, Donkey, Elephant, Duck, Gorilla, Hooves, Insects, Lamb, Mosquito, Parrot, Pigeon, Puppy, Rooster, Robin, Seal, Sheep, Turkey, and more.
Animal Sound Recordings
Professionally recorded animal sound effects: Bird, Bats, Dogs, Insects, Frogs.

Animal Sounds - Free Download
Birds, Farm, Jungle, Desert and Exotic Animal sounds free to download.
Sound & Noise
Bear, Bird, Cat, Chimp, Cow, Coyote, Cricket, Crow, Dog, Dolphin, Donkey, Duck, Eagle, Elephant, Fly, Frog, Horse, Hyena, Owl, Panther, Rattle Snake, Rooster, Seagull, Sheep, Tiger, Turkey, Whale, Wolf.
Guide to Animal Sounds on the Net
An index specially for animal sounds. Contains links to animal sounds arranged by site. Birds, Mammals, Frogs and Toads, Crocodiles, Lizards and Snakes, Fish, Insects.
Sounds of Nature
Goose, Prairie Chicken, Quail, Ringneck Pheasants, Turkey Goggle, Black Cap Chickadee, Blue Jay, Common Loon, Crow, Cardinal, Eagle, Mourning Dove, Meadowlark, Owl, Pintail, Red Wing Blackbird, Robin, Song Sparrow, Wren, Wood Pecker.
Whale Acoustics
Baleen Whales, Toothed Whales, Dolphins, Minke Whale, and other ocean sounds.
Australian National Botanic Gardens
Bird and Frog calls.

Animal Sounds New
Arf, Barking, Birds, Cat, Chimp, Cricket, Duck, Frog, Goat, Goose, Heron, Hooves, Lamb, Owl, Puppy, Quack, Ribbit, Sealion, Sheep, Skylark, Sparrow, Swallows, Tiger, Toad, Turkey, Wasp.
Frogs and Toads of Georgia
Several Frogs and Toads sounds.
I Love Wavs
Sound effects include: Bats, Bear, Cat, Cat Purr, Chickens, Cow, Coyote, Dog, Donkey, Elephant, Farm, Frog, Geese, Goat, Kitten, Lion, Monkey, Pig, Rooster, Sheep, Tiger, Turkey, Wolf.
Bird Songs
Songs and calls of some New York State birds.
Bagaimana cara untuk menyimpan bunyi-bunyi ini?
1. Klik sebelah kanan tetikus.
2. Klik Save Target As / Save Link As
3. Simpan ke dalam komputer anda

Anda perlu membuat 1 folder baru supaya anda mudah mengesan kerja anda dan secara tidak langsung anda dapat mengurus sistem fail dalam komputer anda dengan lebih teratur dan mudah untuk diakses.

Selamat mencuba.

Isnin, Mei 11, 2009

Bahaya Flourida

Saya petik info ini dari laman web Muslim Consumer buat peringatan kita semua...

APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.


Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

picdew.jpg

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:

graf3.png

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org

Bunga Mawar

Assalamualaikum
Malam ni sempat masukkan ni je. Petang tadi hujan petir. Slaid ini saya buat masa kursus dulu. Hehe... tengah mabuk upload slaid. Kepada rakan-rakan blogger lain, jomlah buat macam ni. Kan seronok ramai buat dan kita juga akan dapat banyak koleksi bahan.

MUAT TURUN DI SINI




Ahad, Mei 10, 2009

Cara Muat Turun Slide

Assalamualaikum
Kepada rakan-rakan guru prasekolah atau blogger lain.
Saya sangat mengalu-alukan kesudian kawan-kawan untuk memuat turun slide show yang ada dalam koleksi korang untuk ditatap bersama. Panjang juga amal jariah tu. Cuma ramai yang tidak tahu bagaimana caranya.

Kepada yang ingin memberi sumbangan slide show supaya boleh dikongsi bersama rakan-rakan sila klik pautan di bawah ini:

Send large files easily with sendspace

Untuk makluman anda sedikit tentang sendspace.com

sendspace Wizard is a free desktop tool that lets you upload multiple files into your sendspace account!

Using sendspace Wizard, you can:

  • Upload Multiple files
  • Resume Broken Uploads
  • Drag/Drop files to upload to sendspace
  • Send file links to others by email
  • Add file descriptions etc. before uploading
  • Manage your online files, create folders etc
  • Get Automatic Updates
  • No Advertising, No Spyware, Guaranteed!

Join sendspace Max today and your Wizard can also:

  • Download Multiple files
  • Resume Broken Downloads
  • Download using built-in download accelerator

Your files can be selected for transfer, or you can use drag and drop. Your transfers will then be added to a transfer list. You can set the sendspace Wizard to start queued files automatically and begin the next file as each transfer is completed. Max members can even have simultaneous uploads and downloads as well as reach maximum downloads rates with the built in accelerator!

If you have a connection timeout, don't worry! The sendspace Wizard supports upload and download resume. You may never have to restart a transfer again!

You can see your files and folders online, edit the file names, delete files, and recover download links. You can also create new folders, rename folders and organize your files - Download the Wizard Step-By-Step User Guide

Our free software tool is completely ad-free! sendspace Wizard is available in three versions, for use with Microsoft Windows, Mac OS X (Universal binary, 10.4 and above) and Linux:


Daftar di laman web berkenaan dan setelah selesai memuat turun slide, sila emailkan kepada saya kod pautan yang diberi. Saya akan memaparkan slide sumbangan anda di sini kelak. Jumpa lagi selepas ini dengan kisah yang lain pula.





Buah-buahan 2


Ini pula hasil kerja kawan-kawan saya dari Batu Pahat. Malas nak tulis apa-apa. Jom layan...

MUAT TURUN




Buah-buahan


Ini pun hasil kerja saya pada tahun 2005.

Mari Mengenal Burung


Hari ini saya menggodak fail-fail lama di dalam komputer. Terjumpa pula slaid yang telah saya buat pada tahun 2005 sewaktu berkursus di Batu Pahat. Banyak juga bahan yang boleh saya kongsikan dengan anda di sini. Hehe dah jadi macam ketagih pula nak muat turun slaid yang ada dalam koleksi saya. Jangan terkejut sebab saya gunakan nama sekolah lama sebelum ditukar ke sekolah sedia ada.

Lagu Sukukata


Assalamualaikum
Bersama ini saya hadiahkan kepada anda senikata lagu sukukata yang biasa saya nyanyikan di kelas. Ianya juga boleh digunakan untuk mengenal abjad. Walaupun irama lagunya bukan ciptaan saya, namun ianya sangat berguna. Anda boleh nyanyikan lagu ini menggunakan irama lagu Clementine.

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum
Hari ini Hari Ibu. Namun begitu tidak semestinya hari ini sahaja kita ucapkan "Saya sayang ibu". Bagi saya di setiap solat dan doa saya tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan ayah dan ibu termasuk juga kedua mertua. Saya dikategorikan sebagai anak-anak zaman 60an. Kami jarang didedahkan dengan sambutan hari jadi dan lain-lainnya kecuali Hari Raya. Jadi kebiasaan untuk menuturkan "Saya sayang ibu / ayah " tu agak kaku. Saya tidak terkecuali. Entahlah saya rasa segan untuk menuturkannya walaupun di hati saya sentiasa sayangkan mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Saya bukan jenis orang yang mudah menunjukkan perasaan sayang kepada sesiapa jua meskipun kepada suami. Teruk betul. Mungkin rasa malu yang tebal buat saya begini. Mungkin juga kerana saya tinggal dengan nenek yang sangat tegas sejak kecil. Ketegasan nenek buat saya seolah-olah keras hati namun sebenarnya saya sangat perasa orangnya. Malah ketika menonton cerita sedih atau melihat orang lain menangis pun saya sudah pasti menitiskan airmata. First impression rakan-rakan yang bertemu saya sering menyangka saya seorang yang sombong dan garang. Hehe...garang tu memang betul. Saya telah terdidik dengan ketegasan.

Pagi ini hanya anak bongsu yang mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada saya. Menjelang tengah hari sempat juga bertekak dengan saya... hehehe... Biasalah anak-anak. Anak-anak yang lain berada di luar dan mungkin terlupa. Alah... tak kisahlah tu yang penting mereka sentiasa doakan saya dan suami sejahtera dunia dan akhirat. Amin.

Buat mak di kampung, percayalah saya tetap sayangkan mak. Begitu juga abah. Saya tidak pandai meluahkannya dengan kata-kata. Cukuplah saya bisikan di angin lalu dan di hadapan Allah Yang Esa betapa saya sangat bertuah kerana mempunyai mak yang sangat penyabar. Meskipun abah seorang yang garang dan tegas, namun saya bangga kerana sikap abah yang mahu saya sentiasa berdikari membuatkan saya seorang yang tabah menghadapi setiap rintangan yang tiba. Sikap mak dan abah yang mahukan saya menjadi kakak sulung yang bertanggungjawab untuk melindungi dan memberi juga sudah dan akan saya laksanakan bukan sahaja kepada adik-adik sendiri, malah adik-adik ipar dan biras juga serta terhadap anak-anak sendiri.

Kini giliran anak-anak saya pula bermanja dengan mak dan abah untuk menggantikan tempat saya yang tidak tertunai dahulu. Seronok saya melihat anak-anak begitu manja dan rapat dengan abah dan mak. Mereka telah saya didik untuk tidak bersikap seperti saya yang malu menunjukkan kasih sayang. Gembira melihat anak-anak memeluk dan mencium mak dan abah kerana mereka adalah bayangan saya. Setiap kali melihat situasi ini saya sering teringat alangkah indahnya kalau saya seperti mereka ketika kecil dahulu. Perpisahan waktu kecil hingga ke usia remaja buat saya agak renggang dengan kedua orangtua. Namun di hati ini saya tetap akan menyayangi mereka dunia dan akhirat. Maafkan saya kerana tidak pandai meluahkan kata-kata secara berdepan. Cukuplah di sini saya membuatkan catatan buat mereka.

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,

jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah
yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Worksheets