Ahad, Mac 01, 2009

Persoalan Fail Prasekolah

28 Feb 09, 22:14
kak t: mak datuk ...! banyaknye fail. kite ke yang kene wat semua tu?
28 Feb 09, 22:33
kak t: sistem fail baru ni same ke di semua jpn?Setahu saya yang gi kursus sistem fail ni, gb dan kerani sekolah. Kalau depa tak ajaq kita camne nak wat sistem fail yg betul, jawabnya kite wat sistem fail
28 Feb 09, 22:37
kak t: kalu depa tak ajaq kite wat sistem fail yang betul, jawabnya kita wat sistem fail sendiri...he he..
28 Feb 09, 23.45
su: kak g ,semua no rujukan sama ke setiap negeri?su pun tercalon pertandingan pra berbintang


Assalamualaikum
Izinkan saya menjawab soalan-soalan rakan-rakan di sini. Hehe sekurang-kurangnya adalah benda yang boleh saya tulis hari minggu begini. Kak T, memang semua ini kita kena sediakan di kelas. Saya dapatkan maklumat fail ini dari pejabat sekolah yang juga telah dapatkannya dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Untuk makluman, PPDKT sedang mendapatkan ISO. Oleh itu banyak sistem fail telah disemak semula dan dikemaskini. Semua kaedah dan penulisan sistem fail adalah sama seluruh negara. Oleh itu rakan-rakan guru bolehlah merujuk sistem penulisan dengan bertanya kepada kerani sekolah.

Bila lihat semua fail tu memang tidak terbuat rasanya. Mujurlah kita ada Pembantu Pengurusan Murid. Makanya bolehlah kita minta mereka membantu kerja-kerja pengkeranian ini. Mahu atau tidak kita kena buat. Nak buat macam mana? Ramai orang ingat guru prasekolah ini senang kerjanya. Tidak ada kerja selepas murid pulang. Beban kerja pengkeranian terpaksa kita pikul. Mujur pembantu saya tidak cerewet orangnya. Dia akan membantu saya menanda dan menghantar buku kedatangan dan sistem fail kelas. Maklumlah guru agama hanya masuk ke kelas saya pada hari Isnin dan Jumaat sahaja. Itupun hanya 1 jam seminggu. Baki 1 jam lagi terpikulkan ke bahu saya. Saya akui yang saya tidak akan mengajar Pendidikan Islam yang berbaki 1 jam lagi itu. Kalau pengarah datang sekalipun sewaktu jadual Pendidikan Islam ada dalam jadual kelas, saya akan mengajar komponen lain. Salahkah saya bertindak demikian? Saya rasa tidak salah kerana saya tiada tauliah untuk mengajar Pendidikan Islam. Jadual yang ada itu sepatutnya ada guru agama masuk mengajar. Kenapa mesti dibebankan kepada saya? Saya berkira? Saya peduli apa. Itu hak saya. Malah ketika guru agama masuk ke kelas dan saya bersarapan di kantin sekolah pun ada rakan yang berbunyi. Aik... guru prasekolah tak boleh ke kantin ke? Hanya 2 hari itu sahaja yang saya boleh makan dengan aman di kantin. 3 hari lagi saya hanya akan makan selepas pukul 11 pagi...sarapan ke makan tengah hari? Itupun kalau ada rezeki lauk pauk sisa guru-guru lain. Inilah hakikatnya sejak 2004 saya berada di kelas prasekolah.

Berbalik pada sistem fail, nasihat saya kepada rakan guru, buatlah seberapa mampu. Kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Bos marah tak siapkan kerja? Kita ni bukan robot. Mesin pun ada masa boleh jamn. Ribut pun ada masa berhenti. Kalau bos nak marah, marahlah. Tadah ajelah telinga. Kalau tidak buat langsung apa macam? Lagi sakit hati ya tak? Macam kata omputih... Better late than never... budak kecik lagikan merangkak... tak ada yang terus berlari...hahaha...

Untuk makluman nombor awal itu sahaja yang perlu anda tukar... JBA3057 itu adalah kod sekolah SK Datuk Usman Awang. Contohnya:
KBA3008 SK BEDONG
TBA3023 SK WAKAF MEMPELAM
NBA4041 SK TAMAN SEMARAK

Bagi sekolah di atas anda boleh tulis KBA3008/PRA/01/001 begitulah seterusnya. Saya harap anda semua jelas. Setakat informasi yang saya tahu semua kod fail adalah sama seluruh negara. Kalau anda kurang jelas atau masih ragu, sila hubungi Ketua Unit Prasekolah di Jabatan Pelajaran negeri anda. Mungkin Puan Hajah Nik Asiah di JPN Kelantan boleh bantu anda atau Puan Kholishah di JPN Selangor atau Encik Azman Kosenan di Unit Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia boleh bantu anda. Hehehe...itu adalah nama rakan-rakan sekelas saya dahulu yang dapat saya senaraikan. Kalau di PPD Sabak Bernam, hubungi Puan Zakiah Mat Rabee, PPD Hulu Langat, Encik Robert Bong, PPD Kota Bharu, Puan Hajah Ruhana Musa, Encik Zamri - PPD Gua Musang dan lain-lain lagi nama yang saya lupa bertugas di mana. Maklum sudah lama terputus hubungan sejak tamat pengajian. Saya harap rakan-rakan guru rajin-rajinlah mendekati pegawai-pegawai yang saya sebutkan ini kerana sepanjang 3 tahun di Universiti Malaya...mereka adalah bekas kawan sekelas saya. Pendek kata sikit-sikit rahsia mereka adalah dalam tangan saya...hehehe... tak boleh korek lebih-lebih rahsia mereka.

OKlah setakat itu dahulu dapat saya tulis pagi minggu ini. Kalau ada soalan lain, rajin-rajinlah menaipnya di ruang sembang saya tu. Kalau rajin menjawabnya, saya akan jawab menjela-jela seperti hari ini. Jumpa lagi. Kalau yang minat iklan kat bawah ni...bolehlah klik.




Tiada ulasan:

Worksheets