Jumaat, Mac 06, 2009

Buletin Kelas

Assalamualaikum
Saya telah melayari blog Cikgu Zila di SK Ulu Slim, Perak. Saya menemui bahan ini yang saya kira sangat menarik untuk kita buat di kelas prasekolah. Tahniah Cikgu Zila kerana membuat langkah pertama.

Klik gambar untuk besarkan buletin




Untuk makluman rakan-rakan, di luar negera buletin seperti ini sudah biasa dibuat. Malah di dalam buku-buku keluaran luar negara sering dimuatkan dengan bahan-bahan sebegini. Apa yang menjadi masalah kita di Malaysia ini ialah kekangan masa. Terlalu banyak kerja-kerja pengkeranian yang terpaksa dibuat sehingga adakalanya kita telah melupakan "core business" kita di sekolah. Kita sering mengejar untuk mendapatkan kemenangan kelas tercantik, kelas lima bintang dan sebagainya. Kita kepenatan mengejar kemenangan sedangkan kita ketinggalan mengejar kejayaan murid-murid untuk menguasai 3M. Bukan tujuan saya untuk melunturkan minat anda, tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Kelas dijadikan bahan pameran...sehingga adakalanya menimbulkan perasaan iri hati di kalangan guru. Persaingan yang tidak sihat membuatkan ada di antara kita yang lokek ilmu yang ada... sampai adakalanya orang lain tidak boleh mengambil gambar kelas mereka. Pergh... hebatnya rasa cemburu dan iri serta lokek haloba. Bagi saya apa yang penting ialah suasana kelas yang kondusif dan dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Kita sebagai guru juga akan berasa seronok ke tempat kerja dengan suasana kelas yang cantik. Buatlah setakat yang mampu... itu prinsip saya. Kalau kelas hanya untuk pameran, itu yang membuatkan kanak-kanak akan ditegah dengan bermacam-macam pantang larang supaya kelas "maintain". Alahai cikgu-cikguku sekelian... kesian kat budak-budak tu. Biarlah mereka meneroka apa yang ada di kelas. Kalau terlalu disekat itu yang membuatkan kanak-kanak rasa terkongkong.

Hai apa pasal pulak Cikgu Fauziah cakap macam ini ya? Khabarnya masuk pertandingan kelas mewakili daerah Kota Tinggi? Ada yang mengorek-ngorek rahsia saya. Sebenarnya tiada rahsia langsung. Sesiapa pun boleh datang melihat kelas saya. Bagi saya, kelas adalah rumah kedua. Saya suka duduk di kelas saya dan membuat kerja-kerja saya. Itu sahaja. Hobi saya mengumpulkan bahan bantu mengajar supaya memudahkan urusan kerja saya. Sehingga ke hari ini saya dan pembantu banyak membuang bahan-bahan lama. Bahan-bahan lama? Ya...lebihan kertas-kertas lembaran kerja yang banyak. Buang ke mana? Bukan ke tong sampah ya... saya memberikan kepada murid-murid saya untuk disiapkan sebagai kerja rumah. Sepanjang cuti seminggu, saya telah membekalkan pembantu dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Kami sebenarnya beransur-ansur menyiapkan kad-kad imbasan untuk dilaminate. Sebelum ini sudah ada tapi ianya ditambah lagi untuk kegunaan lain. Pendek kata ianya sebagai stok di mana bila ada mood kami akan menukar "layout" kelas macam orang menyalin baju. Hanya pilih dari kotak tema dan tampal di dinding kelas atau di atas meja murid. Seronok melihat "layout" baru. Yalah sekadar untuk gembirakan hati. Soalan saya kepada anda semua:

Seronokkah anda berada di kelas anda sekarang?

Kalau ya bermakna kelas anda cerialah tu. Kalau tidak bermakna anda kena lakukan sesuatu untuk membuatkan hati anda gembira untuk bekerja. Akhirulkalam, bak kata Dr Izi ... Renung-renungkan dan selamat beramal. Hehe... enjoy your life... Esok kena gi kursus di Johor Bahru... STAR1 Jalan Abdul Rahman Andak...Warder Trafik....huhu....malasnya nak memandu pagi-pagi ke Johor Bahru. Waaaa..

Tiada ulasan:

Worksheets