Saya suka blog ini

Selasa, Mac 17, 2009

Cuti Sekolah

Assalamualaikum
Cuti sekolah sudah bermula. Walaupun cuti, tidak bermakna cuti juga buat saya. Banyak perkara yang mesti diselesaikan. Talian internet pula meragam sejak keputusan SPM diumumkan. Saya terpaksa berebut dengan anak yang sibuk mengisi borang kemasukan ke pusat pengajian tinggi selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu. Tahniah buat puteriku Ain-Nur Amalina kerana berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam keluarga. Tahniah juga buat semua pelajar SPM 2008 yang telah mengharumkan nama SAMURA selama 4 tahun berturut-turut menjadi sekolah terbaik dalam pencapaian SPM. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru di Sekolah Menengah Sains Muar kerana usaha cemerlang anda mendidik anak bangsa. Sebagai ibu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas perhatian yang guru-guru berikan kepada anak saya sepanjang beliau menuntut di sana. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang mendoakan kejayaan anak saya.

Sepanjang cuti sekolah, saya juga sering ke sekolah untuk menyiapkan tugasan yang masih menunggu. Lagipun kampung saya hanya 14km dari rumah, jadi tiada istilah balik kampung buat saya dan anak-anak. Kami boleh balik ke kampung bila-bila masa sahaja. Khamis ini pula peperiksaan PTK akan diadakan. Buku PTK pun belum dibaca. Hehehe...

0 ulasan: