Maaf kerana gambar di bawah ini kurang memuaskan mutunya. Scanner saya ada masalah sedikit. Gambar di dalam kamera pula sudah tidak boleh diimport ke blog kerana virus yang dibawa dari sekolah. Geram betul dibuatnya. Sudah habis ikhtiar macam mana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ada sesiapa boleh bantu saya cara-cara untuk mengatasi masalah ini? Hehehe... saya tahu mesti ada yang kata... buang je ke laut!. Hahaha... itulah juga bahan lawak yang selalu saya sebut pada kawan-kawan bila tidak dapat bantu mereka selesaikan masalah. Lawak sekali sekala apa salahnya.
Cuba lihat kad imbasan di bawah. Rasa-rasa andalah, adakah kad itu dibeli? Cikgu Fauziah nak belikah kad imbasan begitu? Memang jurujual tidak dapat cari makan kalau hendak menjual bahan bantu mengajar di kelas saya. Alahai benda semudah itu buat apa bazirkan duit untuk membelinya. Semua boleh dibuat sendiri tau.
Cuba lihat kad imbasan di bawah. Rasa-rasa andalah, adakah kad itu dibeli? Cikgu Fauziah nak belikah kad imbasan begitu? Memang jurujual tidak dapat cari makan kalau hendak menjual bahan bantu mengajar di kelas saya. Alahai benda semudah itu buat apa bazirkan duit untuk membelinya. Semua boleh dibuat sendiri tau.
Bagaimana caranya? Eh mudah sangat. Kalau cikgu-cikgu dapat sampul hadiah jangan dibuang. Semua pembalut hadiah itu boleh dijadikan bahan kitar semula tau. Mudah sangat hendak membuat kad seperti ini. Baiklah hari ini saya akan turunkan ilmu yang saya tuntut di Gunung Ledang ini sejak turun temurun. Huh puas bertapa tau untuk dapatkan ilham begini. Hahaha... temberang je tu... saja nak sedapkan ayat petang-petang yang mendung begini. Jom kita buat sama-sama. Kalau cikgu-cikgu sudah buat kad imbasan cikgu kelak, jangan lokek untuk kongsi bersama ya. Kirim ke email saya untuk saya paparkan di sini.
1. Potong pembalut hadiah dengan ukuran 1 inci tingginya. Lebar pula sepanjang kertas pembalut itulah. Apa daa... tak kan itu pun nak tanya?
2. Gunakan gunting kraf untuk membuat bentuk berbiku-biku mengikut cita rasa cikgulah. Ada yang tanya nak beli di mana gunting kraf macam di bawah ini?
Ish...ish...ish... beli di kedai bukulah. Melambak gunting-gunting yang sewaktu dengannya. Craft punch pun ada. Craft punch? Ish...ish...ish... ada-ada je Cikgu Fauziah ni ek bagi cikgu-cikgu geram.
3. Gunakan craft punch macam ini untuk buat bentuk yang cikgu suka sebagai ganti gunting berbiku. Pasti cikgu rasa seronok buat kerja begini waktu cuti sekolah minggu depan ni.
4. Cikgu boleh guna lebihan gambar yang sudah ditebuk sebagai pembilang untuk aktiviti matematik. Saya pasti selepas ini tiada sehelai kertas reja pun tinggal di kelas cikgu. Semua habis digunakan semaksimum mungkin. Tengok gambar katak di bawah ini. Tentu cikgu-cikgu teruja untuk memilikinya. Nak tahu beli di mana? Kalau ke Johor Bahru ada dijual di Plaza Angsana di Kiang Trading bersebelahan kedai Reject Shop. Haha... dah tak jauh tu dari sekolah Cikgu Zainal di SK Taman Perling tau. Sambil bershopping cikgu-cikgu boleh melawat ke kelas Cikgu Zainal pula. Kalau ada banyak duit lagi bolehlah bershopping sakan di Jakel Trading atau ke Butik Arini untuk membeli tudung-tudung Arini yang femes tu.
Oklah dah puas Cikgu Fauziah berceloteh petang ni. Kalau cikgu sudah siapkan kad imbasan itu jangan lupa kirim gambar kepada saya ya. Boleh kita lihat bagaimana hasil kerja tangan dan titik peluh cikgu sepanjang minggu cuti sekolah. Khamis, 12 Mac ini saya tidak akan bersiaran di blog kerana akan ke SM Sains Muar untuk mengambil keputusan SPM anak kedua saya. Doakan ya anak saya lulus dengan cemerlang. Cikgu-cikgu di Muar kalau nak jumpa saya untuk sign autograf bolehlah jumpa di Tanjung Agas nanti. Hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan