Saya suka blog ini

Selasa, Mac 10, 2009

Gam Fesyen Lama

http://www.tsl.state.tx.us/ld/projects/trc/2006/manual/illos/glue.jpg

Jom kita buat gam yang mudah yang biasa mak kita buat dahulu. Kita boleh gunakan tepung jagung atau tepung kanji.

Bahan-bahan
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar air sejuk
2 cawan air mendidih
1 botol kosong
  1. Campurkan hingga sebati tepung jagung dengan air sejuk ke dalam mangkuk.
  2. Tuang campuran bahan ke dalam periuk yang mengandungi air mendidih.
  3. Kacau sehingga sebati.
  4. Apabila ia telah menjadi jernih dan likat alihkan dari dapur. Sejukkan.
  5. Apabila bahan telah sejuk, masukkan ke dalam botol dan ianya boleh digunakan.
  6. Ia boleh disimpan beberapa minggu di dalam suhu bilik. Sekiranya warna gam sudah berubah, buang.
  7. Gantikan dengan gam yang baru.

0 ulasan: