Saya suka blog ini

Isnin, Mac 30, 2009

Mari Fikirkan

Minggu lepas murid Tahun 1 sehingga Tahun 6 menduduki peperiksaan semester 1. Saya sempat meninjau bentuk soalan Bahasa Melayu Tahun 1. Memang amat mengejutkan apabila melihat soalan-soalannya. Bayangkan bagi murid prasekolah yang baru 3 bulan berada di Tahun 1. Soalan yang ditanya amat tinggi arasnya. Ada soalan yang meminta murid memberikan perkataan seerti dengan gotong-royong. Tiada langsung soalan yang mudah misalnya menyuaikan huruf awal, menyuaikan huruf besar / kecil, menulis huruf awal atau menulis sukukata awal. Soalan kefahaman turut dimasukkan ke dalam kertas peperiksaan. Pada pendapat saya, soalan ini langsung tidak menguji pengetahuan murid Tahun 1. Malah menerbitkan rasa kebimbangan sebagai guru prasekolah terhadap pencapaian bekas murid saya yang rata-rata baru mencapai tahap membaca ayat pendek. Bagaimana mereka ingin menjawab soalan kefahaman? Kedengaran juga rungutan guru Tahun 1. Nampak gaya apa yang diajar di kelas prasekolah kena diubah segera untuk memenuhi sasaran Headcount sekolah. Guru-guru semakin hilang arah. Nak ikut kurikulum atau kehendak penulis soalan?

Fikir-fikirkanlah.


0 ulasan: