Rabu, Januari 14, 2009

Jururawat Datang

Semalam jururawat dari Hospital Daerah Kota Tinggi dan pelajar kajian pemakanan dari Universiti Malaysia Sabah datang ke kelas kami. Mereka mengukur ketinggian kami. Siapa yang paling tinggi? Sudah tentulah Aliah. Umur Aliah masih 4 tahun. Belum masuk 5 tahun lagi tau. Aliah suka pergi ke sekolah. Sekolah best katanya.

Sebahagian lagi menimbang berat. Sudah pasti yang paling berat ialah Teddy Bear cikgu. Mana dia teddy bear cikgu? Eh... lupa nak ambil gambarlah. Apapun yang paling ringan ialah Noramanina dan yang paling comel adalah Norhasanah.


Norhasanah pandai berposing depan kamera. Hasanah budak yang riang walaupun mengidap athma yang agak kronik. Minggu lepas Hasanah tidak datang ke sekolah kerana serangan athma dan balik ke rumah opah di Shah Alam. Sebelum abah datang, Norhasanah sempat bergambar dengan sepupunya Arif Muhaimin dan kawan barunya Najwa. Sebenarnya Hasanah dan Arif adalah cucu saudara cikgu Fauziah.


Cikgu pula sempat bergambar di pintu kelas dengan jururawat dan bakal dietician dari UMS.

2 ulasan:

missrivebell mumun berkata...

cikgu, sy grab gambar taw..
hehe..
t insyaAllah kami akan followup lg di pra sekolah skdua..
Tunggu jer.. =)

Fauziah berkata...

ok la tu... thanks sb rajin follow kitorang kat sini. hehehe... len kali kena minta autograf tau dtg ke kelas...hehehe.
kalu ada nota2 ttg diet kanak2 leh la bg kat saya utk dimuatkan di sini k.

Worksheets