Kotak tema sangat sesuai diwujudkan di kelas prasekolah. Ia memudahkan guru menyimpan dan mengambil bahan-bahan yang telah disiapkan lebih awal. Saya juga di dalam proses mengemaskini kotak tema yang ada di dalam stor kelas. Banyak juga bahan yang telah disiapkan selama ini. Antaranya ialah:
1. Lembaran kerja yang telah siap dibinding menggunakan ring binding mengikut komponen. Semua bahan disusun mengikut sukatan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
2. Kad gambar tunggal yang boleh disesuaikan dengan soalan yang ada di dalam lembaran kerja.
3. Kad perkataan berdasarkan soalan di lembaran kerja.
4. Buku mini

Setiap tahun saya masih menyiapkan bahan-bahan. Ramai rakan sekerja yang pelik melihat saya dan PPM asyik menyiapkan bahan. Entahlah setakat ini belum ada istilah bosan menyiapkan tugasan itu. Hari ini sahaja selepas kanak-kanak balik, saya dan PPM melaminate kad-kad gambar yang telah kami siapkan dari tahun lepas. Yalah, kerja beransur-ansur bak kata orang tua-tua, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Gambar-gambar yang ada biasanya kami gunakan untuk ditampal di dinding kelas. Jadi bahan-bahan itu akan dikumpul semula dan digunakan lagi. Ada juga rakan-rakan yang mengecek untuk diberikan kepada mereka. Bukan lokek, cuma rasa sayang hendak melepaskan bahan-bahan tersebut. Maklum tema prasekolah sama sahaja setiap tahun. Kini saya sedang menyiapkan kad-kad pratulis yang dilaminate untuk disimpan dalam kotak dengan label Kemahiran Pratulis. Saya menggunakan huruf-huruf titik bagi kad-kad ini. Kad-kad surih penting bagi kanak-kanak yang baru mengenal alam persekolahan. Saya tetap menyiapkan untuk 25 orang kanak-kanak. Pada kad-kad ini akan ditebuk lubang dan diletakkan ring besi untuk mengelakkannya bercampur aduk.
Saya turut menyiapkan kad-kad permainan bersaiz A4. Semua bahan bantu ini saya laminate supaya ianya tahan lama. Kad-kad huruf dan kad sukukata bermula dari KV, KVK, KVKK juga telah saya sediakan sebelum ini akan dikumpul dan dipakaikan gelang besi. Untuk ketahanan saya bercadang memotong papan plywood mengikut saiz-saiz kad sebagai tapak asas. Pendek kata sekiranya saya bertukar ke sekolah lain kelak, guru yang bakal mengambil alih kelas ini akan "cuci kaki" sahaja masuk ke kelas. Prinsip saya ialah saya suka melakukan yang terbaik sebagaimana motto agen jualan langsung @ MLM " Buat sekali guna berkali-kali". Entahlah memang pantang saya melihat bahan-bahan yang dibuat sembrono yang akhirnya dibuang ke tong sampah. Sayang duit peruntukan yang diberi kalau dibuat tanpa kualiti. Saya memang cerewet dalam bab buat bahan bantu mengajar. Kalau nak beli buku pun saya akan melihat dari banyak aspek - tulisan, susunan, warna dan gambar. Kalau salah satu ciri ini tidak menepati saya tidak akan membelinya. Pujuk macam mana sekali pun memang saya tidak akan layan. Begitu juga bila penjual menjual di kelas. Memang jarang saya membelinya sebab saya merasakan bahan-bahan itu saya boleh membinanya sendiri tambahan pula bahan yang dijual itu memang mahal. Dengan harga sebegitu, banyak benda boleh saya buat atau manfaatkan. Pendek kata penjual bosan untuk berurusan dengan saya di kelas. Hehehe.... kecerewetan melampau. Saya tidak peduli kalau dimarahi jurujual kerana itu hak murid saya, saya berhak juga untuk membuat pembelian yang munasabah. Kalau ikutkan rasa malas memanglah bagus dibeli sahaja tetapi amanah itu adakah sudah kita laksanakan? Belilah bahan secara berhemah.

OKlah malam semakin larut. Esok saya akan ke pejabat pos (kalau dibukalah) untuk menghantar bahan kepada Cikgu Noorizam dan Cikgu Norzila. Ada banyak perancangan esok. Antaranya nak siapkan bahan bantu untuk Matematik, melaminate bahan dan ..... ada macam-macam nak buat sampai tak tahu nak mulakan yang mana dulu. Esok juga nak balik ke kampung jumpa emak saya yang akan ke Terengganu menunggu anak-anak adik yang menetap di Kem TUDM Gong Kedak. Alahai teringat pula rakan lama saya di Institut Perguruan Sultan Mizan ( guru Cik Nurilham ) yang hanya beberapa meter sahaja khabarnya dari kem tersebut. Oklah... adios. Hingga bertemu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan