Rabu, Januari 28, 2009

Kenal Huruf

Assalamualaikum...
Saya rasa seronok melihat blog Kelas Prasekolah Bestari SK Bedong. Mungkin anda ramai yang belum pernah ke blog itu. Saya merasakan Puan Azianti yang memiliki blog ini sudah semakin bersemangat untuk belajar dan membantu rakan-rakan guru sekelian. Biarpun baru di bidang ini, beliau nampak gigih sekali. Sebagai sahabat, beliau sering menghubungi saya untuk membantunya serba sedikit dalam mengemaskini blog beliau. Malah saya turut dijemput untuk menulis di laman blognya. Memandangkan saya juga punya blog sendiri dan tugasan lain, saya tidak dapat memenuhi permintaan itu. Maaf ya Yanti. Saya hanya bersedia membantu dalam penyelesaian masalah teknikal sahaja.

Baiklah mari kita lihat apa yang dibuat oleh Cikgu Azianti. Kalau anda ingin maklumat lanjut sila ke blog beliau dengan klik http://permatabestariskb.blogspot.com/


Assalamualaikum..rakan2 guru pra dan semua..semalam dalam dok 'explore' bahan2 kat dalam internet ni..terjumpalah saya satu laman web tentang bagaimana nak memperkenalkan huruf kepada kanak-kanak prasekolah supaya lebih menarik dan menyeronokkan. Sebenarnya aktiviti mengenal huruf ni boleh membentuk pelbagai lagi kemahiran lain dalam pembelajaran. Sebelum tu kita lihat dulu bagaimana kemahiran yang kita ajar dapat membantu anak2 didik kita jadi pandai dalam banyak hal. Contohnya macam ni la...

1. Dalam Kemahiran Seni/arts, kita ajar murid kita membuat gosokan huruf (huruf yang kita buat dengan kertas pasir), kolaj huruf dan membentuk huruf dengan doh. Kemahiran2 ini sudah membolehkan murid kita mengembangkan kemahiran awal seni mereka.

2. Dalam Kemahiran menulis pula murid belajar menulis menggunakan cat/warna yang diletakkan pada jari mereka, melakar huruf pada pasir, menulis menggunakan crayon/pensil/pensel warna. Ini semua dapat membentuk otot2 kecil mereka dalam usaha mereka untuk belajar menulis.

3. Dalam kemahiran membaca pula, kanak2 belajar melalui aktiviti padanan huruf, ketinting huruf, bunyi2 huruf dan mengenal huruf kecil & besar. Gabungan bunyi dan huruf ni dapat membantu mereka menguasai bacaan dengan cepat.

4. Dalam kemahiran koordinasi mata tangan pula, sebagai contoh, murid belajar membentuk huruf dengan membengkokkan wayar2 (yang dah tak pakai la), memegang pensil dengan cara yang betul, membentuk huruf dengan pergerakan tubuh badan(ala bagi depa melentukkan tubuh2 yang keras tu). Ini secara tidak langsung dapat membantu murid membuat pergerakan menggunakan postur yang betul ye tak?

5. Untuk kemahiran menyelesaikan masalah pula, murid boleh belajar menyusun huruf dengan betul dan memadankan huruf. Jadi mereka kena berfikir dahulu sebelum buat sesuatu.

6. Untuk kemahiran sosial, murid belajar mengenal huruf melalui nama2 mereka serta rakan2 dan ini secara tidak langsung membolehkan mereka mengenal dan tahu nama2 rakan mereka, murid juga boleh tahu hakmilik rakan2 melalui nama2 itu. Ini dapat membentuk kemahiran bersosialisasi dengan rakan2.

t. Untuk kemahiran muzik pula, murid belajar menyanyi lagu2 huruf dan ini secara tidak langsung dapat membantu mereka mengenal irama dan melodi dengan betul.

Maknanya apa yang kita ajarkan di sekolah sememangnya telah dapat membentuk muri2 ke arah semua kemahiran yang diperlukan dalam persediaan mereka menempuh alam persekolahan yang lebih formal dan bergaul dengan masyarakat. Cumanya..antara kita buat dengan betul atau tidak..itu jer..

Di bawah ni antara aktiviti yang boleh kita lakukan supaya murid lebih seronok mengenal huruf pada awal2 pembelajaran mereka ni..

1- Mengenal huruf melalui nama mereka sendiri

Buatkan kad nama mereka, biar murid sebutkan huruf yang ada pada nama mereka, letakkan nama pada barang2 mereka supaya murid sentiasa bermain dengan nama mereka, nyanyikan lagu menggunakan nama2 mereka (ceduk jer melodi mana2 yang sesuai dan ubahla)

2- Huruf2 magnet

Beri peluang kepada murid mengambil huruf2 yang ada pada nama mereka. Pastikan murid mengambil kedua2 huruf kecil dan besar. Selepas itu, biar mereka susun semula hurf2 tersebut membentuk nama mereka...mesti mrk seronok..

3- Menekap nama/teknik gosokan

Aktiviti ni rasanya mesti menarik..tp cikgu kenalah korban masa buat sat...he..he, buatkan nama/huruf pada kadbod, gamkan huruf2 tersebut pada kadbod yang lebih besar. Letakkan sehelai kertas diatas kadbod tadi (yang dah digamkan dgn huruf2 @ nama tu) dan gunakan krayon untuk menggosok kertas tersebut...dan...haaa pasti nama mereka @ huruf tadi tertera semula pada kertas tu..mesti murid seronok kan....

4- Gelang nama

Untuk memudahkan murid mengingati nama dan menulis nama mereka dengan mudah, buatkan gelang tangan yang mempunyai nama mereka...Tuliskan nama pada sekeping kertas yang dipotong lebih kurang saiz pergelangan tangan budak...(lebar dan panjang tu bergantung pd cikgu la nak potongnya). Pakaikan gelang tersebut dan lekatkan hujung kertas dengan gam. Kalau mau ceria lagi..biarkan murid warna @ corakkan gelang mereka jika mahu...jom kita cuba nak..

5- Jom cari huruf

Di atas sehelai kertas, tulis @ taip seberapa banyak huruf yang boleh (janganlah kecik sangat nanti murid x leh cam..bagi besar2 laa...) dan biarkan murid mencari huruf2 yang berkaitan dengan nama mereka dan bulatkan..mesti syok x kira...

6- Huruf pasir

Biasalah yang ini memang kita dah buatkan...minta murid menulis huruf2 di atas pasir..ala kat sudut main pasir tu la..tak pun bawa pi pantai..he..he

7. Huruf di pinggan

Yang ini kita perlukan pinggan kertas/ pinggan polysterin dan penyepit kain. apa perlu kita buat..dengan menggunakan marker pen, bahagikan pinggan tersebut kepada 4 hingga 8 bahagian dan tulis huruf2 di atasnya. Selepas itu, tulis jugaklah huruf2 pada penyepit tu..dan mintaklah murid2 tu cari penyepit yang mempunyai huruf yang sama seperti pada pinggan mereka dan sepitlah pada pinggan tersebut mengikut huruf yang tertera...(kira macam padankan huruf yang sama daa)

Tiada ulasan:

Worksheets