Saya suka blog ini

Rabu, Januari 28, 2009

Melukis

Assalamualaikum
Saya baru sahaja bercerita dengan Yanti tentang usaha saya mencari perisian yang boleh tukar foto kepada lukisan. Tup tup ada kenalan yang masuk ke blog saya di Kelab Sahabat dan saya pun jalan-jalan ( blog hopping ) ke blog dia. Apa yang saya jumpa memang sangat menarik. Boleh jadi bahan untuk digunakan di kelas untuk tarik minat murid saya. Ia juga boleh jadi bahan yang saya boleh gunakan untuk membuat BBM. Seronoknya!!!!!..... Lihat hasil yang saya dapat ini. Gambar Udin sudah boleh dijadikan sebuah lukisan yang cantik.

Bunga okid ini pula boleh dijadikan clipart yang boleh dimuatkan di dalam lembaran kerja. Nampaknya saya akan sering mengusung kamera ke mana sahaja selepas ini. Bunga ini saya rakam di hadapan Bank Islam di Kota Tinggi beberapa minggu lalu.

0 ulasan: