Saya suka blog ini

Khamis, Januari 01, 2009

Minggu Suaikenal

Saya telah diminta oleh beberapa orang rakan guru untuk membuat entri berkaitan program yang akan dilakukan pada minggu pertama iaitu minggu suaikenal. Baiklah berikut adalah aktiviti yang boleh anda lakukan...

Bahasa Melayu
Kemahiran mendengar
HP: 1.1.1 dan 1.1.4
Aktiviti:
1. Suaikenal dengan murid-murid dengan memperkenalkan diri masing-masing.
2. Murid memperkenalkan diri kepada murid lain.
3. Menyebut kembali nama murid-murid yang telah diperkenalkan.

Kemahiran Bertutur
HP: 2.1.1 dan 2.1.2
Aktiviti:
1. Murid menyebut nama secara individu.
2. Murid bersalaman dengan rakan.

Kemahiran membaca
HP: 3.1.1 dan 4.1.1
Aktiviti:
1. Menyanyi lagu ABC
2. Menggerakkan mata mengikut corak yang dibuat di udara, di tanah dan bahan-bahan lain

English

Kemahiran mendengar
HP: 1.1.1
Aktiviti:
1. Teacher introduces each of the pupil to the class.
2. Children introduce themselves to the class.

Kemahiran bertutur
HP: 2.1.2 dan 2.5.1
Aktiviti:
1. Children use simple function e.g: Good Morning, Thank you
2. Sing a song containing greeting

Kognitif

Pengelasan
HP: 1.1.1
Aktiviti:
1. Mengelaskan bongkah yang pelbagai warna, saiz dan bentuk mengikut kumpulan.
2. Pertandingan mencari bongkah yang sama warna, saiz dan bentuk
3. Menyatakan sebab pengelasan dibuat.

Kerohanian dan Moral ( Pendidikan Islam )
Akhlak
HP: 4.2.1
Aktiviti:
1. Berbual dan bersoaljawab tentang adab makan.
2. Membaca doa sebelum dan selepas makan.
3. Latihan adab makan dan minum yang betul.
4. Menerangkan adab masuk ke tandas.
5. Latihan menggunakan tandas.

Sosio Emosi
Mengurus dan memahami emosi sendiri
HP: 1.1.1
Aktiviti:
1. Bercerita tentang pengalaman hari pertama ke sekolah dengan bimbingan guru.

Fizikal
Perkembangan Motor Halus
HP: 1.1.1 dan 1.2.1
Aktiviti:
1. Menunjukkan cara meramas dan menggentel doh.
2. Membentuk objek yang diminati.
3. Mendengar muzik dan membuat pergerakan tangan ( fingerplay)

Keselamatan
HP: 4.1.1 dan 4.2.3
Aktiviti:
1. Bersoaljawab tentang tempat yang merbahaya.
2. Menerangkan tentang peraturan keselamatan sekolah.

Kreativiti dan Estetika
Persekitaran dan Keindahan Alam
HP: 1.1.1
Aktiviti:
1. Melawat kawasan sekitar sekolah
2. Mengecam dan meneka bunyi yang kedengaran.

Muzik, Nyanyian dan Pergerakan Kreatif
HP: 3.1.1, 3.2.1 dan 3.2.5
Aktiviti:
1. Memperdengarkan pelbagai bunyi dari pita rakaman
2. Membuat pelbagai bunyi secara kuat dan perlahan
3. Menyanyi lagu-lagu yang biasa kanak-kanak dengari.

Bagi anda yang ingin membuat dokumentasi, pastikan kamera sentiasa ada di kelas. Minta bantuan Pembantu Pengurusan Murid untuk merakam setiap peristiwa yang berlaku. Pada minggu ini berundinglah dengan pihak kantin untuk membantu anda menyiapkan makanan kanak-kanak. Apa yang biasa berlaku kanak-kanak akan kerap menangis, terbuang air kecil atau air besar atau muntah. Malah kemungkinan yang lari keluar kelas pun ada. Oleh itu pertimbangan wajar oleh pihak pentadbiran sekolah amat diperlukan untuk mengecualikan Pembantu Pengurusan Murid dari memasak pada minggu tersebut. Kalau pihak pentadbiran sekolah masih enggan beri kerjasama, minta mereka sendiri membantu anda menguruskan kerenah kanak-kanak. Kalau tidak anda boleh mogok atau biarkan sahaja kanak-kanak menangis sehingga satu sekolah mendengar jeritan mereka. ( Hehehe... idea batu api saya sudah muncul. )


0 ulasan: