Saya suka blog ini

Ahad, Januari 04, 2009

Lagu Kanak-kanak

Beberapa orang guru telah menghubungi saya bertanyakan lagu kanak-kanak. Sebenarnya di internet terdapat banyak koleksi lagu kanak-kanak. Hanya yang perlu anda buat ialah rajin membuat pencarian. Gunakan enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan beberapa lagi enjin pencarian yang wujud di internet. Saya tidak mampu menyediakan semuanya kerana kesuntukan masa. Maklumlah kini saya sedang dalam proses menyiapkan cd lembaran kerja mengikut tema-tema awal. Antara cd yang telah siap adalah bertema Anggota Badan, Keluarga dan Pakaian. Tema pakaian mengandugi 2 cd kerana saiz gambar yang ada sangat besar iaitu hampir 2 gigabait. Tema yang sedang diusahakan adalah Rumah dan Sekolah. Tema Rumah juga menunjukkan penggunaan kapasiti yang tinggi kerana banyak gambar diperlukan. Anda boleh memikirkan apakah benda-benda yang ada di rumah yang perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak.

Berbalik kepada lagu kanak-kanak sebagai permulaan, anda boleh merakamkan lagu-lagu yang ada di blog ini dengan merakam ke dalam radio kaset. Apa yang perlu anda buat adalah mengklik ikon lagu pilihan dan meletakkan radio kaset di tepi speaker untuk merakam. Mudah bukan?

Selamat Mencuba!.


0 ulasan: