Sabtu, Januari 10, 2009

Aktiviti Bahasa Inggeris

Mengajar Komponen Bahasa khususnya Bahasa Inggeris amat mencabar bagi guru-guru prasekolah. Maklumlah bukan semua boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Di daerah saya sendiri ramai guru yang mengeluh untuk mengajar bahasa ini. Kenapa ia berlaku? Jawapannya mudah sahaja kerana di maktab perguruan, kita bukan belajar secara mendalam. Bukan major subjek. Ia hanya sisipan yang mesti dipelajari tidak sebagaimana guru-guru Bahasa Inggeris (TESL). Guru tidak seharusnya dipersalahkan kerana mereka gagal menguasai kemahiran bahasa ini dengan baik. Setakat yang saya tahu pelajar lepasan Universiti Malaya wajib lulus matapelajaran Bahasa Inggeris (kerana saya juga lepasan Universiti Malaya) untuk membolehkan mendapat ijazah sarjana muda dengan kepujian. Ketika mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak, kami wajib lulus kertas Bahasa Inggeris Universiti yang mengandungi kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Malah saya gagal dalam ujian pertama dan terpaksa mengulang subjek tersebut dalam Semester Khas. Puas juga saya menangis di hadapan Professor Nisamala. Malah menurutnya dia juga tidak menyangka saya gagal dalam ujian itu. Memang amat mencabar ketika itu kerana di dalam sejarah persekolahan saya dari sekolah rendah hingga menengah, saya tidak pernah gagal dalam subjek ini. Kegagalan itu juga memberikan saya inspirasi untuk membantu rakan-rakan yang lain untuk mengatasi kelemahan yang ada.

Bagi memudahkan anda mengajar Bahasa Inggeris, berikut adalah laman web yang boleh dicuba. Nasihat saya, anda jangan mudah menyerah kalah. Bangunlah demi masa depan anda dan anak-anak didik serta anak didik anda sendiri. Tanamkan minat yang mendalam dalam diri anda dan saya percaya anak didik anda juga pasti akan dapat merasai aura kesungguhan anda itu.

1. Building Vocabulary Skills - Learn vocabulary words while sorting items that belong in each building.
Ini paparan games yang ada di laman web ini. Alangkah seronoknya kalau di kelas anda memiliki internet yang boleh diakses oleh kanak-kanak.

2. Colors - Each color has its own separate interactice page for the children to click on the objects to learn to recognize colors. Shapes, letters and numbers are also available here.
3. Color Room - Select the Mixing Room for the students. This is more of a class activity as the mouse skills may be above some students. Click and drag two colors into the machine and see what new color is made. Great site for discovering primary color mixes.
4. Color Room - Select the Sorting Room for the students. A class activity that gives critical thinking questions and asks students to find the combination colors of red and yellow, blue and yellow, etc.
5. Color Room - Select the Coloring Room for the students. Introduce site as whole class activity, then it can be used at Center Time. When students click on a primary color and paint a particular area, then click on another primary color and paint that same area, the color on the picture will show as the combination of those two primary colors.
6. Colors - The Shop of Colors - Story of colors, students select color that is named in the story.
7. Letterella - Meet the letters of the alphabet. Listen as Letterella sings each letter and pronounces each phoneme in words beginning with the letter
8. Listen and Learn English - Increase vocabulary with these basic concepts. Listen and match objects after learning their names. Great for ELL students!
9. Loosey Goosey Rhymes - Loosey Goosey letters keep falling off the words. Try to guess what letters are missing.
10. My Picture Dictionary - Pictures to help students recognize objects around them.

Antara paparan yang terdapat di laman web tersebut

11. Nursery Rhymes - listen to the poem, sequence the poem, sing the poem
12. Patterning - Color Sequencing - Find the picture to match the one shown.
13. Patterning - Color Sequencing - Color the picture to match the one shown.
14. Patterning - Copy the Bead pattern to match the one shown.
15. Poems - Listen to poems online.
16. Rhyme Time - two lines are read, students click an object to hear the rhyming word at the end of line two
17. Same and Different - Two cards are shown. If they are the same, then click the SNAP button. If they are different, do not click. Great activity to introduce same and different.
18. What's in the Bag? - Audio directions to listen to clues and then decide what is in the bag.

1 ulasan:

JuneR berkata...

assalamualaikum cikgu, saya mencari permasalahan guru-guru prasekolah Dalam bab mengajar murid-murid pra membaca bahasa inggeris. saya bersetuju dengan pendapat cikgu.malahan ini saya sedari apabila saya menghantar anak sulung saya ke tadika kemas selama 2 tahun, anak saya tidak boleh lagi membaca dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. saya jadi risau apabila guru-guru pra jugak mengeluh tidak mempunyai pendekatan terbaik dalam mengajar membaca terutamanya bahasa inggeris... akibat daripada itu, guru-guru mengambil jalan mudah siapa pandai dia lah yang Berjaya...ini satu ketidakadilan kerana anak-anak mempunyai kebolehan yang pelbagai.saya mengikuti kursus sehari Readnetwork.dan kesimpulannya, saya mencuba kaedah Pn NIk ke atas anak saya.hasilnya cukup membanggakan..dalam 2 minggu, dia sudah boleh memaca ayat pendek. tidak perlu kaedah lama, penghafalan KV...saya harap agar cikgu dapat menyelitkan kaedah yg saya rasa Berjaya ke dalam blog cikgu dan P&P di kelas...

Worksheets