Khamis, April 15, 2010

Buku Mini Edisi Kedua






Assalamualaikum
Alhamdulillah akhirnya siap juga bahan bantu mengajar berbahasa Inggeris ini yang mengandungi lebih daripada 200 mukasurat untuk membantu kanak-kanak menguasai perbendaharaan kata yang bermula dengan abjad A hingga Z dan disertai dengan latihan yang mudah.

Buku mini ini hanya perlu dicetak dan dilipat 4. Saya menggunakan program Publisher untuk menampakkan kekemasan buku ini. Gambar-gambar yang dipilih juga menepati maksud perkataan yang ditunjukkan malah ianya sangat disukai oleh kanak-kanak. Walaupun bahan ini digunakan di prasekolah, ia boleh juga digunakan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak yang sudah bersedia untuk belajar seawal usia 3 tahun sehingga ke usia 9 tahun.

Hanya inilah bahan yang sehingga saat ini yang mampu saya siapkan dalam usaha memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak. Harapan saya semoga usaha kecil ini bakal membuahkan hasil yang besar di mana kanak-kanak akan lebih berminat untuk meneroka alam sekitar mereka dan bersedia menjadi pelajar yang cemerlang di masa akan datang.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan bahan ini silalah menghubungi saya di email fauziah.arahim@gmail.com atau di talian 019 7556032. Untuk makluman anda, cd ini hanya berharga rm30 termasuk cd permainan interaktif matematik dan abjad. Ia juga termasuk kos pos ekspress ke seluruh negara. Semoga anda dan anak-anak sentiasa gembira untuk mengajar dan belajar menguasai bahasa Inggeris.

Selamat mencuba.

Jika ada komen, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah. Semoga komen-komen anda ini kelak akan dapat menambahbaik usaha saya di masa yang akan datang. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

Salam 1 Malaysia

Isnin, April 12, 2010

Buku Stiker

Assalamualaikum
Hari ini saya membelikan setiap murid buku 555. Buku kecil ini sangat popular sejak saya bersekolah rendah lagi di tahun 70an. Saya menjalankan aktiviti mengeja sukukata kvkv di mana setiap murid akan menulis 5 perkataan yang saya sebutkan berdasarkan perkataan yang telah dipelajari di awal pagi tadi. Setelah berjaya menulis 5 perkataan tersebut, saya akan menghadiahkan mereka stiker-stiker yang cantik-cantik seperti di bawah. Memang menyeronokkan dan ada juga yang menangis kerana tidak berjaya mendapatkan stiker cantik ini.


Tahukah anda apakah yang tersurat dan tersirat di dalam aktiviti ini? Ya, antara objektif yang ingin saya capai ialah menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan kanak-kanak, melatih daya ingatan, melatih kemahiran menulis dengan cepat dan mengeja dengan betul.

Apakah alternatif lain selain menggunakan buku 555? Anda boleh menggunakan kertas-kertas warna yang dipotong kecil dan digunting menggunakan gunting kraf lalu distapler. Di bahagian mukasurat akhir buku kecil ini kelak anda boleh memberikan komen tentang pencapaian kanak-kanak dan ibu bapa diminta menandatanganinya sebagai bukti keprihatinan mereka terhadap pembelajaran anak mereka. Selain menjadi buku stiker, ia juga menjadi buku perbendaharaan kata yang pasti mengujakan kanak-kanak.

Tambahan lain: Anda boleh buat buku-buku kecil mengikut tema dan memberikan stiker mengikut tema yang sedang anda jalankan.

Selamat mencuba.

Latihan Kebakaran

Assalamualaikum
Hari Jumaat lepas. sekolah kami telah mengadakan latihan kebakaran. Kelas prasekolah tidak terkecuali mengikuti latihan ini. Sewaktu loceng kecemasan dibunyikan, saya dan pembantu sedang berehat di kantin sekolah dan waktu itu kelas dikendalikan oleh ustaz. Oleh itu saya menunggu mereka berkumpul di kantin sahaja kerana padang terletak di sebelahnya.

Memang agak melucukan setiap kali diadakan latihan kebakaran yang melibatkan murid prasekolah. Kalau murid-murid lain berpusu-pusu menuju ke padang, murid saya pula berpusu-pusu ke sinki kantin untuk mencuci tangan. Sangkaan mereka sudah tiba waktu makan. Alahai anak-anak. Inilah akibatnya kalau di dalam minda mereka tersemat perkataan kantin mesti ada kaitan dengan makan...

Jumaat, April 09, 2010

Stiker Oh Stiker

Assalamualaikum
Suasana pembelajaran semakin memberangsangkan. Murid-murid saya sering bertanya bila cikgu nak buat aktiviti menulis cepat. Hehe...mereka sebenarnya sangat suka kalau dapat mengalahkan rakan-rakan yang lain dan mendapat stiker yang cantik-cantik seperti gambar di atas. Saya juga berasa sangat gembira kerana murid yang berumur 5 tahun juga telah dapat menguasai abjad dengan baik. Sejak mengamalkan sistem stiker ini mata saya sering melilau di kedai buku untuk mendapatkan stiker-stiker yang cantik. Stiker ini bukan sahaja digunakan sebagai ganjaran kepada murid-murid tetapi juga dijadikan hiasan untuk tema mingguan.

Kalau ada di kalangan rakan-rakan yang ingin mendapatkan stiker-stiker di bawah harganya adalah RM2.50:

001

002

003

004

005

006

007

008

dan RM3.60 sekeping:

009

010

011

012

013

Selasa, April 06, 2010

Lawatan Klinik Kesihatan




Penggunaan stiker atau token atau star charts






Assalamualaikum
Penggunaan stiker atau token sebenarnya adalah antara cara untuk menambat hati kanak-kanak. Sila baca artikel di bawah ini supaya anda jelas dengan konsep yang sedang saya perkatakan. Corak pembelajaran murid saya telah banyak menunjukkan perkembangan dengan adanya stiker yang pelbagai. Untuk nota yang lebih ilmiah, sila baca selanjutnya....

*******************************************

Sticker and star charts are types of behaviour charts that track progress by awarding children a sticker or star when they reach a positive goal. Many parents embrace sticker and star charts because they are positive ways of encouraging children toward good behaviour and children often enjoy seeing the build up of stickers and stars which they know will result in a small reward later. Sticker and star charts tend to work best with children who understand the abstract concepts of good behaviour and can remain focused for the delayed gratification of an overall prize.

Topics for Sticker and Star Charts
The topics that should be included on sticker and star charts are usually those that a child needs to work on. Some parents prefer to keep these charts to just a few topics, which is a good idea as it focuses attention on a child’s weaker areas and makes it easier for parents to remember how many stickers or stars should be awarded at the end of the day. If a parent is willing they can also set up a chart to include multiple stickers or stars for effort, though this can often lead to much discussion and even arguments when a child believes that (s)he has put forth more effort than the parent perceived. Common tasks that are included on sticker and start charts for children include:
  • Getting up when called/the alarm sounds.
  • Getting dressed by themselves.
  • Completing assigned daily chores.
  • Tidying away toys at the end of the day.
  • Finishing dinner.
  • Getting ready for bed when asked.
Rewards for Sticker and Star Charts
Sticker and star charts do require patience as children must watch their “points” build up before they receive any sort of reward to celebrate their good behaviour. Generally a full week is a good amount of time to run sticker and star charts, and deciding on the reward at the start of the week is always a good idea. Older children may wish to hold out for longer for a bigger reward, such as a month with the promise of a day trip if they accrue enough stickers or stars, but that is something each parent can decide on their own. Rewards needn’t be expensive, and in fact treats that have little monetary value can often be the most memorable. Examples of rewards include:
  • Allowing the child to select what is for dinner one night during the next week.
  • A game of football in the park with a parent.
  • A trip to the library for a selection of new books or DVDs.
  • Allowing the child to stay up an hour later than normal a weekend night.
  • Taking the child on a visit to a local museum.
  • Agreeing to host a special play date in the upcoming week.
Using sticker and star charts is a good way for parents and children to remain positive about the children’s behaviour. Before beginning a chart, parents should decide how many stickers or stars will be required for a reward and they must communicate this number – and how stickers and stars will be awarded – to their children to avoid any confusion later. When children are successful and achieve the desired number, parents and children should celebrate in a meaningful way that allows them to spend time together since this is the best reward of all.


Isnin, April 05, 2010

Lagu Kanak-kanak


Assalamualaikum.
CD ini berharga RM25. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di talian 019 7556032 atau email fauziah.arahim@gmail.com. CD ini adalah terhad.

Terima kasih

Worksheets