Ahad, November 09, 2008

Haiwan

Aktiviti ini sudah lama dibuat. Ianya siaran tertunda. Murid-murid mencantum kad-kad bentuk yang ada untuk dijadikan haiwan tertentu. Mereka seronok membuat aktiviti ini yang sesuai untuk tema haiwan. Bahannya boleh dibeli di kedai-kedai alatulis. Saya mendapatkannya di Kaher, Plentong.


Kuih Raya

Walaupun hari raya sudah lama berakhir, kami tetap seronok untuk mencuba acuan-acuan kuih raya yang ada di dalam kelas. Lihatlah kuih-kuih yang kami hasilkan. Seronoknya!

Khamis, Oktober 30, 2008

Tawaran Pakej Membina Blog Kelas Prasekolah

Anda ingin membina blog kelas prasekolah? Saya ingin menawarkan perkhidmatan membina blog kelas anda dengan harga yang sangat murah. Pakej ini hanya RM20.00 sahaja. Ia mengandungi:
1. Chatroom
2. Kiraan Pelawat
3. Radio
4. Lain-lain gadget yang anda boleh tentukan
5. Nota panduan lengkap untuk anda menguruskan blog tersebut selepas servis diberikan.

Sekiranya berminat sila hubungi email saya : fauziah.arahim@gmail.com dan bayaran boleh dibuat menggunakan akaun maybank.






Rabu, Oktober 29, 2008

Kursus Pembinaan Blog Terkini


Seramai 66 orang guru prasekolah dari seluruh daerah Kota Tinggi telah menghadiri kursus yang saya kendalikan. Baki 14 orang lagi tidak dapat hadir kerana tidak dapat dihubungi, sakit dan bercuti Deepavali. Sebanyak 32 buah blog telah berjaya dihasilkan dalam kursus yang telah saya kendalikan sejak semalam. Syukur Alhamdulillah peserta kursus berjaya menghasilkan blog masing-masing. Sebahagian lagi tidak dapat melakukannya kerana masalah teknikal. Antara masalah teknikal yang berlaku adalah:
1. Komputer riba yang dibawa tidak mempunyai kemudahan wireless.
2. Perjalanan wireless internet connection yang agak perlahan.
3. Guru masih belum mahir menguasai istilah komputer.
4. Guru mendapat maklumat kursus lewat dan sekolah pula bercuti sempena Deepavali menyebabkan guru-guru tidak dapat membawa komputer riba yang disimpan di sekolah.
5. Kemudahan Gmail yang agak lembab sepanjang masa kursus menyebabkan gangguan kepada konsentrasi guru-guru.

Kursus ini masih banyak kekurangannya kerana tidak semua ilmu dapat diturunkan disebabkan kesuntukan waktu dan tenaga. Saya tidak berupaya mengendalikannya sendirian sepanjang 2 hari tersebut kerana jumlah peserta yang terlalu ramai iaitu 64 orang. Saya benar-benar keletihan ditambah dengan kemudahan internet yang agak lembab dan masalah komputer yang dibawa. Apapun saya merasa gembira kerana guru-guru memberikan kerjasama dan menunjukkan kesungguhan untuk menghasilkan laman blog kelas masing-masing. Kepada rakan-rakan guru yang menghadapi masalah untuk "menyolek" blog masing-masing, jangan segan untuk menghubungi saya. Saya berharap rakan-rakan akan rajin mentelaah modul yang telah saya berikan. Sekembalinya saya ke rumah, saya telah berjaya menghasilkan laman blog Unit Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Sila ke laman berikut untuk maklumat blog-blog yang berjaya di senaraikan.


Akhir kata dari saya, Selamat Mencuba.

Jumaat, Oktober 24, 2008

Mutakhir

Pengumuman Penting:

Kepada semua guru prasekolah daerah Kota Tinggi
( bagi yang belum menerima surat panggilan kursus )

Nama Kursus:
Kursus Pembinaan Blog

Tarikh :
28 dan 29 Oktober 2008

Hari :
Selasa dan Rabu

Tempat :
Hotel Tropical Inn Johor Bahru

Bilangan peserta :
80 orang

Pendaftaran :
12.30 hingga 3.00 petang

Taklimat :
3.00 petang

Penceramah:
Puan Fauziah A. Rahim
SK Datuk Usman Awang

Keperluan Kursus :
Laptop yang mempunyai internet wireless.
Extention wire
Thumb drive
Koleksi gambar kelas digital
Bahan kursus akan dibekalkan pada waktu pendaftaran

Worksheets