Ahad, Februari 15, 2009

Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah


RM 28.00 / RM 31.00 (Sabah & Sarawak),
983-3376-13-4;
9799833376130
Tarikh Terbit: 30 April 2005 ;
Jumlah Muka Surat : 228 halaman


Isi Kandungan Buku

Prakata

Bahagian 1: Pengenalan
1. Siapa Kanak-kanak Prasekolah
Pendapat Tokoh Perkembangan Kanak-kanak
Peranan Guru Prasekolah
Pendekatan Developmental Counseling Therapy
Melihat Kanak-kanak Prasekolah dari Sudut DCT
Ciri-ciri Soalan Terbuka dan Tertutup
Masalah-masalah Ketika Bertanya

2. Pembinaan Jati Diri Kanak-kanak
Membina Jati Diri Kanak-kanak Prasekolah
Biarkan Kanak-kanak Bekerja
Cara Kanak-kanak Menggunakan Akal
Cara Kanak-kanak Menguruskan Masa
Cara Kanak-kanak Menjaga Keselamatan
Kemahiran Asas Kanak-kanak
Komunikasi kanak-kanak

3.Persepsi Kanak-kanak
Daya Persepsi
Merangsang Minda Melalui Bahan Permainan
Peranan Komputer kepada Pemikiran Kanak-kanak
Cabaran-cabaran yang Perlu diberi Perhatian dalam Meningkatkan Kualiti Pendidikan
Prasekolah Annex Kementerian Pendidikan

Bahagian 2: Aktiviti Prasekolah
4.Penggunaan Bongkah
Praktikal Menggunakan Bongkah
A. Kemahiran Gerakan Psikomotor
B. Konsep Pra Nombor
C. Pengalaman Awal Sains
D. Kemahiran Bahasa
E. Perhubungan Sosial dan Kreatif
F. Kesan Psikologi dan Peluang Melahirkan Perasaan yang Terpendam (Psychological and Therapeutic Effects)
G. Kemahiran Menjalankan Penilaian secara Sendiri

5.Pusat Bermain Pondok-pondok
Apakah Pusat Bermain Pondok-pondok
Contoh Pelan Pusat Bermain Pondok-pondok
Cara Menggunakan Pusat Bermain Pondok-pondok dengan Berkesan
Cadangan Aktiviti
Aktiviti Mengumpulkan Bahan Makanan
Aktiviti Pergi ke Pasar
Aktiviti Menyediakan Bahan-bahan Memasak

Aktivit Memasak Makanan
Aktiviti Menyediakan Meja, Menghidang, Melayan dan menikmati Makanan
Aktiviti Mengemas Meja Makan dan Membasuh Pinggan Mangkuk
Aspek Lain Mengenai Pusat Bermain Pondok-pondok
Bahan dan Alatan
Peranan Guru

6. Pusat Sains
Mengapa Pusat Sains Perlu Diwujudkan?
Bahan-bahan yang Digunakan
Aktiviti Mengenal Biji Benih
Aktiviti Mengenal haiwan
Aktiviti Mengenal Batu-batan
Aktiviti Mengenal Tumbuh-tumbuhan

7.Penggunaan Bahan Bergambar
Hasil Pembelajaran
Aktiviti Menggunakan Carta ataupun Kad Bergambar
Aktiviti Menggunakan Kad Padanan
Aktiviti Menggunakan Kad Perkataan
Aktiviti Kad Bergambar Perbualan
Aktiviti Menggunakan Kad Gambar Cerita Berurutan
Aktiviti Buku Bergambar

Bahagian 3: Lampiran
8.Lampiran Aktiviti
Lampiran 1: Jenis Bongkah
Lampiran 2: Cadangan Membolehkan Bongkah Diubahsuai
Lampiran 3: Alat atau Bahan Pra Nombor dan Awal Sains
Lampiran 4: Carta Atau Kad Bergambar
Lampiran 5: Rancangan Tahunan Kurikulum Prasekolah

9. Rancangan Tahunan Kurikulum Prasekolah
10. Bibliografi

Selamat Membaca




Pengurusan Kewangan Kelas Prasekolah






Pengenalan

Kumpulan Wang Sekolah merupakan sejumlah wang yang dipertanggungjawabkan kepada Pengurus Sekolah untuk diuruskan secara cekap, berkesan dan amanah. Wang yang dipertanggungjawabkan ini adalah berpunca daripada sumber kerajaan dan sumber-sumber lain. Wang tersebut hendaklah diuruskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Jenis-jenis Kumpulan Wang Sekolah
Boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan:
a. Kumpulan Wang Kerajaan
b. Kumpulan Wang SUWA (Sumbangan Wang Awam)
c. Kumpulan Wang Asrama ( bagi sekolah yang ada asrama )

Setiap kumpulan wang diselenggarakan secara berasingan dan satu akaun bank dibuka bagi setiap kumpulan wang tersebut. Bagi sekolah yang bilangan muridnya kurang daripada 100 orang dan urusniaganya terlalu sedikit, hanya perlu mempunyai satu akaun bank bagi menguruskan semua Kumpulan Wang Sekolah.

Kumpulan Wang Kerajaan
Kumpulan wang ini mengakaunkan semua terimaan yang diperolehi daripada Pemberian Bantuan Kerajaan ( termasuk terimaan dari Badan Berkanun, Yuran Peperiksaan Kerajaan dan faedah bank ) kecuali bagi bantuan kerajaan yang berkaitan dengan asrama.

Antara punca kewangan yang diperakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Kerajaan adalah Pemberian Bantuan Prasekolah dan Geran Pelancaran / Launching Grant untuk kelas prasekolah yang baru dibuka sahaja. Maklumat lain boleh anda baca di dalam Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah terbitan Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya Edisi Keempat - Tahun 2005.

Sebenarnya saya lebih suka menumpukan kepada maklumat yang berkaitan dengan prasekolah sahaja untuk panduan kita bersama.

Pemberian dan Bantuan
Pemberian bermaksud wang atau barangan yang diperuntuk dan diagihkan kepada sekolah untuk menampung keperluan pembelajaran dan pengajaran misalnya Bantuan Per Kapita. Pemberian juga termasuklah wang atau barangan yang diperuntuk dan diagihkan kepada sekolah untuk menampung pembekalan makanan bermasak atau bahan makanan mentah kepada murid prasekolah iaitu Pemberian Bantuan Makanan Pelajar.

Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )
Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.

Geran Pelancaran
Peruntukan ini diberi oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan Kementerian Pelajaran kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi. Ia bertujuan membantu pengurusan sekolah bagi memulakan operasi pentadbiran kelas. Kadar adalah ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis panduan yang disediakan oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggarakan Akaun Subsidiari. Pengurus sekolah boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian bahan yang telah disenaraikan oleh BPP, KPM semasa peruntukan diberi.

Pemberian Bantuan Makanan Pelajar
Kadar bantuan makanan adalah sama di semua kelas prasekolah seluruh negara.

Maksud Perbelanjaan Bantuan Per Kapita Prasekolah
a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
b. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
c. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
d. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan ( misalnya melawat Zoo pada hari persekolahan semasa tema Haiwan Liar, melawat Muzium semasa tema Masyarakat, Negeri dan Negara, melawat Taman Bunga semasa tema Bunga atau melawat ke dusun buah-buahan semasa tema Buah-buahan )
e. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

Maksud Perbelanjaan wang LPBT Kelas Prasekolah
a. Bayaran bil telefon, air, eletrik, telegram, internet dan pembentungan.
b. Pembaikan kecil kelas.
c. Penyelengggaran perabot dan peralatan kelengkapan kelas termasuk komputer.
d. Perkhidmatan percetakan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran.
e. Perkhidmatan pengiklanan ( misalnya membuat banner bagi memaklumkan kepada khalayak tentang pendaftaran dan kemasukan murid prasekolah pada tahun berikutnya )
f. Pengangkutan barang-barang
g. Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat ( misalnya kelas anda kehabisan gas dan anda perlukannya segera maka tambang teksi untuk mengambil gas boleh dituntut kepada sekolah )
h. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan rasmi.
i. Perolehan harta modal melebihi RM10,000 perlu mendapat kelulusan Ketua PTJ, manakala pembelian komputer mesti mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian.
j. Bayaran yuran kursus bagi guru prasekolah.
k. Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid dan keselamatan kelas.
l. Bayaran teksi bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi.
m. Pengangkutan murid dan bayaran insuran untuk murid dan guru pengiring untuk aktiviti sukan dan karnival prasekolah.

Panjar Wang Runcit (PWR)
Ia merupakan sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat pembayaran kecil dengan segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran perbelanjaan. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada guru yang memerlukan untuk membayar perbelanjaan aktiviti kelas.

Belian dengan bil tidak melebihi RM100.00 boleh dituntut menggunakan PWR.

Penutup
Demikianlah serba sedikit yang boleh saya turunkan apa yang telah saya baca dan fahami berkaitan urusan kewangan kelas. Oleh itu sekiranya anda ingin membuat pembelian, perhatikan apakah jenis bahan yang boleh anda beli. Jika kurang dari RM100 dan anda perlukan bahan itu segera, berbincanglah dengan Guru Besar untuk mendapatkannya dan ia boleh dituntut menggunakan Panjar Wang Runcit. Apa yang penting, berbelanjalah dengan berhemah dan jujur kerana Allah memerhatikan apa yang anda lakukan. Setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya.


Khamis, Februari 12, 2009

Mari Mengira

Lagu ini seronok untuk dinyanyikan. Pasti kanak-kanak sukakannya. Sambil mengira mereka boleh mengeja. Ingat lagi entri saya tentang peranan muzik dalam pendidikan awal kanak-kanak? Mereka akan mudah mengingat setiap apa yang diajar dengan kaedah menyanyi.



Kalau tidak silap saya, lagu ini telah dicipta oleh KASDIM iaitu seorang guru yang pernah mengajar di Kota Tinggi juga iaitu di SK Sri Setia Jaya. Sudah agak lama saya tidak mendengar kisah beliau. Di mana dia sekarang ya?

Bercakap tentang lagu, hari ini saya sudah pun memberikan carta lagu kepada setiap kanak-kanak. Program nyanyian yang saya namakan Cerlang Minda ini juga merupakan bahan yang telah dimasukkan ke dalam kajian tindakan. Sebenarnya carta lagu ini telah saya mulakan sejak 3 tahun sebelum ini dan ianya memang memberikan impak kepada pencapaian murid-murid saya. Kali ini saya sudah kemaskini carta tersebut dengan memberikan nama khusus. Sebelum ini ada yang mencadangkan untuk dicalonkan sebagai projek inovasi tapi saya tidak yakin dengannya. Bagi saya biarlah saya syok sendiri di kelas bersama kanak-kanak. Apa yang penting kanak-kanak gembira belajar. Ingin tahu lebih lanjut? Saya akan berikan kepada anda bila Pakej Ketiga saya siap kelak. Berniaga? Tidaklah... semuanya saya buat untuk berkongsi idea. Kalau saya hendak berniaga sudah lama saya menghubungi mana-mana syarikat penerbitan untuk mengaut keuntungan yang lebih lumayan. Tunggu ya... Sebelum itu jom layan bak kata Fara Fauzana dan Wahid dalam Melodi. Panazzzz....

Statistik Seminggu

Assalamualaikum
Hari ini saya melihat statistik blog ini di Nuffnang. Apa yang saya perolehi adalah:

Nampaknya ramai yang sedang mencari bahan bantu mengajar. Kalau berminat dengan bahan yang saya buat, jangan segan untuk sms saya. Hehe sempat promosi pulak dah!... Selama seminggu hingga ke saat entri ini dibuat ada seramai 1770 orang telah datang ke blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Saya juga sangat mengharapkan agar dapat membantu anda sebaik mungkin. Kita sama-sama berkongsi idea dan pengalaman. Semoga kita juga sama-sama dapat meningkatkan mutu pendidikan prasekolah KPM. Bagi guru-guru tadika KEMAS dan Perpaduan, janganlah pula berasa hati. Kita juga boleh berkongsi idea. Setakat ini saya baru mengenali beberapa orang guru tadika KEMAS dan Perpaduan seperti Hanita di Rembau, Normala di Penang dan Siti Fairuz di Puchong. Semoga lebih ramai lagi yang sudi menjadikan blog ini sebagai sumber inspirasi. Saya seronok mengenali anda semua.

Rabu, Februari 11, 2009

Soalan Kawan-kawan

Soalan 1
11 Feb 09, 21:26
cikgu Razak: Assalamuaikum... Maaf la sebab nak mencelah sikit. sebenarnya nak minta tolong. Saya seorang guru sekolah menengah. boleh tak email kat saya contoh model ASSURE

Jawapan:
Waalaikumsalam. Model ASSURE yang saya masukkan dalam entri terdahulu adalah kerana ingin membantu kawan saya yang mengikuti program pensiswazahan prasekolah di IPIS Bangi. Kami di prasekolah ini menggunakan model konseptual. Cikgu kenalah rajin menjelajah internet. Banyak search engine yang ada di internet boleh membantu. Keywordnya : ASSURE Model. Saya minta maaf kerana tidak mempunyai contoh model tersebut. Cikgu kenalah belajar menguasai Bahasa Inggeris ya untuk memahami model ini. Sebenarnya kalau baca sekali imbas pun ianya tidaklah sesukar mana. Cuma cikgu kena kembangkan idea yang ada yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan di negara kita. Apapun jawapan cikgu kenalah logik dan meyakinkan pensyarah yang akan menanda jawapan kerja kursus cikgu itu. Apa yang penting di sini cikgu kena usaha lebih keras. Bukan saya tidak mahu membantu tetapi saya juga punya beban kerja yang masih belum dilunasi. Maaf saya minta kalau jawapan saya ini mengecewakan cikgu. Singkatan ASSURE:

Analyze learners
State objectives
Select instructional methods, media, and materials
Utilize media and materials
Require learner participation
Evaluate and revise

Cikgu huraikan ya maksud ASSURE tu baru cikgu boleh mendapat jawapannya. Kaitkan dengan maksud singkatan itu dengan corak kaedah pengajaran yang ada. Boleh terima?

11 Feb 09, 21:41
cikkiut: k.g...tq lah pasal lagu 2...cyg die.mcm hadri 2, kt perak ni nak wat lak pemantauan fail dan pengambaran mikro teaching...mslhnye... bl ada org tgk ky ngajo,mula la rasa serba x kena...

Jawapan:
Wah ada penggambaran micro teaching. Hebatnya JPNP. Tapi takkanlah orang JPN pakai terjah je masa nak buat program ni. Mesti dah dimaklumkan... kalau tak maklum parahlah jawabnya. Cikkiut gunakanlah pengalaman masa dipantau oleh pensyarah dulu. Takkanlah dah lupa semua benda tu. Masa di maktab biasanya student mesti pandai ambil hati pensyarah. So there is no big deal kan? Buatlah apa yang termampu. Nak buat 100% excellent memanglah tak mampu. Masa micro teaching tu rangkumkanlah pengalaman dahulu dan pengalaman sekarang. Jadilah hasil yang terkini. Kita ni bukanlah artis yang pandai berlakon. Bagi saya, kalau tidak tahu berterus-terang sahajalah. Tugas pegawai yang datang memantau itu bukan untuk mencari kesilapan. Apa guna mereka dilantik ke PPD atau JPN kalau sekadar nak panaskan kerusi yang ada. Pastinya mereka adalah guru yang berpengalaman dan hebat satu ketika dulu. Masa inilah mereka berperanan membantu guru-guru untuk memartabatkan pendidikan di negara kita. Kalau sekadar nak tambah duit poket membuat tuntutan perjalanan pemantauan, itu tidak betul. Pengarah Pendidikan Negeri pun boleh naik minyak juga kalau begitu sikap pengawai-pegawai yang ada di PPD atau JPN.

Memang tidak dinafikan ada segelintir pegawai yang datang ke sekolah sekadar mahu tunjuk kuasa konon akulah pegawai. Tidak dinafikan situasi ini. Ada tu yang saja-saja datang untuk claim elaun perjalanan. Ada yang datang sengaja nak cari salah orang lain. Pegawai-pegawai beginilah sebenarnya merosakkan pendidikan negara. Mereka ini sebenarnya tidak layak berada di PPD atau JPN. Bidang tugas seorang pegawai adalah sebagai konsultant. Mereka juga sebagai pembimbing dan pemudahcara. Kata orang kalau ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. Pegawai yang baik pasti akan dikenang oleh orang bawahan. Pegawai yang digeruni bukan baik sebenarnya. Lihat artikel di bawah ini dan hayatinya.

A LEADER CAN BE…


Selasa, Februari 10, 2009

Mentol Sudah Menyala

http://www.gfn.com/sowhatsyourpoint/wp-content/uploads/2008/09/great_idea.jpg
Hari ini saya sudah boleh senyum lebar sebab tengah hari tadi akhirnya dapat juga menyerahkan kertas cadangan Kajian Tindakan yang dikehendaki oleh sekolah. Tentang apa ya? Kajian tentang cara meningkatkan pencapaian kanak-kanak dalam mengenal abjad dan sukukata. Sekarang ini saya sedang menyiapkan bahan-bahan yang boleh digunakan. Dalam pada itu saya juga telah berjaya menghasilkan koleksi lagu-lagu kanak-kanak yang telah pun di"bakar" dalam cakera padat. Ada yang hendakkah? Nantilah akan saya masukkan dalam pakej ketiga siri CD lembaran kerja saya. Biar saya uji semua lagu-lagu itu di sekolah dahulu. Setakat ini nampaknya ada kejayaan bila ujikaji dijalankan. Jangan risau bagi anda yang berminat sila ikuti blog saya dari masa ke semasa untuk berita selanjutnya. Cewah... macam ramai saja bunyinya peminat blog saya ini ya. Hahaha...perasan sekejap tidak mengapakan? Saya sebenarnya malam ini semakin teruja kerana ada di kalangan rakan saya telah dilantik sebagai guru cemerlang prasekolah khabarnya walau baru setahun mengajar!... Eh... siapa itu? Biarlah rahsia. Saya ada cuba memohonnya tahun lepas tetapi bila diumumkan kenaikan ke gred DG44 yang sememangnya saya layak (lulus PTK kali pertama, berkhidmat dalam DG29 selama 10 tahun dan DG41 selama 9 tahun), borang itu saya simpan sahaja di kelas. Ada yang mencadangkan saya memohon Guru Penolong Kanan... tapi kurenglah minatnya ke situ. Saya lebih seronok di kelas sahaja dan tidak berangan pun untuk menjawat jawatan Guru Besar. Harap selepas dapat DG44 kelak, khabarnya dalam berita malam ini selepas 3 tahun boleh ke gred DG48... baru nak mohon guru pakar kot. Eh... layakkah? Kalau guru yang baru 1 tahun mengajar prasekolah boleh dapat guru pakar, takkanlah tak boleh ya tak? Cuba sahajalah. Manalah tahu tuah ayam nampak di kaki...tuah saya nampak di blog kot? Hahaha....memang bertuah pun sebab di sini saya dapat ramai kawan yang memberikan perangsang buat saya terus mencari idea-idea baru. Memang bestlah soalan-soalan korang yang masuk ke email saya itu. Hari-hari saya akan mengadap komputer....hai macam orang menagih pula jadinya. OKlah saya nak siapkan kerja yang tergendala tadi. Adios... jumpa lagi... he...he...he... sekadar nak bagi tahu korang je yang saya dah dapat idea kajian tindakan itu. Tata...

Kisah Hari Ini

Assalamualaikum
Hari ini murid saya menyanyikan lagu Rain, Rain Go Away di kelas. Pada peringkat awal saya memperkenalkan ahli keluarga sambil mengira sambil menyanyi. Saya menjalankan sesi pengajaran dengan menggunakan dwi bahasa. Saya turut memberikan maksud lagu. Kanak-kanak seronok menyanyi beramai-ramai. Kemudian saya menuliskan perkataan father, mother, sister, brother dan baby di papan putih. Saya turut melukis gambar-gambar bagi setiap ahli keluarga tersebut. Lagu akan diulang dengan ahli-ahli yang ada dalam keluarga. Setelah selesai menyanyi mereka melukis gambar ahli keluarga dan perkataan yang ditunjukkan di papan putih. Akhir sekali saya menampal senikata lagu di bawah kertas lukisan mereka untuk dipraktikkan di rumah bersama ibu bapa. Saya turut menampal senikata lagu di luar kelas untuk kanak-kanak mudah melihatnya di awal pagi sewaktu meletakkan kasut di rak yang ada di situ. Apa yang membuatkan saya puas hati ialah apabila semua kanak-kanak berjaya mengenal kedudukan ahli keluarga menggunakan Bahasa Inggeris. Walaupun sebutan senikata lagu tidak berapa fasih namun mereka boleh menyebut perkataan father, mother, sister, brother dan baby secara betul. Seronoknya 100% objektif pengajaran saya hari ini berjaya.

10 Feb 09, 17:30
cikkiut: leh k.g bg senikata lagu rain2 go away 2?...x dpt tangkap la dia sebut ape...hehe...

OK di sini disertakan senikatanya....

RAIN, RAIN GO AWAY
Rains, rain go away
Come again another day
(father, mother, sister, brother, baby ...pilih salah satu ) wants to play
Rains, rain go away.

Worksheets