Jumaat, November 29, 2019

Hari pertama persekolahan.


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera.  Saya terjumpa bahan ini di internet. Menarik juga idea untuk mengabadikan kenangan anak-anak di hari pertama di sekolah. Selamat mencuba ya cikgu-cikgu. Pasti ibu bapa akan seronok untuk mengikuti program ini.   

Nota tambahan:
Ada yang bertanya macam mana nak laksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Sebenarnya pembelajaran boleh santai-santai sahaja sebab fokus utama kita adalah untuk meraikan pelajar ke sekolah. Menarik minat mereka untuk ke sekolah pada hari-hari seterusnya. Guru boleh menjadikan props ini sebagai wadah untuk pelajar memperkenalkan diri. Guru boleh menyediakan terlebih dahulu tanda nama murid bersaiz besar untuk ditunjukkan kepada rakan sekelas mereka. Secara tidak langsung pelajar belajar membaca dan mengenalpasti nama mereka. Sepanjang minggu ini boleh digunakan tema Diri Saya. Selamat bertugas cikgu-cikgu semua. 



















Tiada ulasan:

Worksheets