Selasa, Mei 06, 2014

Ubahsuai dapur kelas


Ada yang komen di facebook bila saya muatnaik gambar dapur kelas yang diubahsuai. Paling pedih bila ada yang kata apa guna kelas cantik kalau mengajar tak cantik. Alahai inilah dunia saya 5 hari seminggu sepanjang hari persekolahan. Di sinilah saya bekerja mencari nafkah. Apa yang saya buat adalah untuk kepuasan sendiri. Saya tidak meminta pujian dari sesiapa. Apa yang dilakukan ini adalah untuk murid-murid yang saya sayang. Biar apa pun kata-kata yang diberi bagi saya inilah dunia saya sebelum saya melangkah meninggalkan dunia perguruan untuk bersara dari perkhidmatan di bidang prasekolah. Saya gembira di sini melihat anak-anak didik saya gembira melangkah masuk ke kelas. Gembira melihat senyuman pembantu saya yang ceria apabila ruang bertugasnya saya hias sebaik mungkin.
































6 ulasan:

zaharonizal berkata...

Saya menyokong cikgu. Sebab saya ada pengalaman mengajar prasekolah selama tiga tahun. Kepuasan kita ada tercapai sekirannya anak-anak didik kita berjaya. Itulah hadiah yang terindah buat kita. Kelas cantik memainkan peranan yang penting kepada anak-anak kita.

siti saniah berkata...

assalamualaikum.kak gee...cantik dapur akak...;-) tahniah...

Unknown berkata...

Hias kelas bukan setakat nk cantikkna kelas. Itu sebenarnya main peranan penting utk tarik minat murid utk datang ke sekolah.. peduli kn je kata2 nista tu...dia terlupa dia juga belajar dgn sorang guru..

razsayang berkata...

He3...
Itu jeles namanya.
Janji niat... Cara ni menggalakkan perkembangan murid menjadi seorang yg cintakan kekemasan n keindahan

menx2 berkata...

Tahniah....kelas n dapur nampk bersih n ceria....

menx2 berkata...

Tahniah....kelas n dapur nampk bersih n ceria....

Worksheets