Isnin, Februari 14, 2011

Cara Muat Turun Bahan Softcopy

Terima kasih kepada semua yang telah membeli bahan-bahan yang telah saya hasilkan. Bagi anda yang masih baru dalam dunia komputer dan mendapati sukar untuk memuat turun bahan-bahan tersebut, di sini saya akan memberikan panduan bagaimana anda boleh melakukan operasi ini dengan mudah.

Setelah menerima kod untuk memuat turun file, sila klik pautan tersebut. Anda pasti akan menemukan paparan seperti di bawah.

Klik pada ikon Regular Download. Kemudian paparan di tetingkap monitor anda akan menunjukkan paparan seperti di bawah.

Seret paparan anda hingga ke bahagian paling bawah di mana anda akan melihat anak panah berwarna merah yang akan berkelip-kelip. Klik pada bahagian Download dan anda akan ditanya sama ada mahu membuka terus dari program atau menyimpannya ke dalam komputer. Sila pilih untuk menyimpan bahan ke dalam komputer supaya memudahkan anda membuat penambahbaikan pada bahan tersebut.

Selamat mencuba dan berjaya...





Tiada ulasan:

Worksheets