Isnin, Oktober 25, 2010

Penjagaan Kesihatan

Assalamualaikum
Hari ini saya mengingatkan semula murid-murid tentang kepentingan menjaga kesihatan. Saya telah menayangkan video di bawah ini untuk mereka melihat sendiri betapa teruknya jika tidak menjaga kebersihan diri. Memang agak melucukan bila mereka kelihatan menutup mata dan menunjukkan reaksi geli geleman melihat apa yang ditayangkan. Mudah-mudahan dengan cara ini murid-murid saya akan lebih yakin dengan setiap amaran yang saya berikan tentang keburukan tidak menjaga kebersihan diri.

Bagi anda yang mempunyai anak-anak yang agak liat untuk membersihkan diri, tayangkan video ini. Saya yakin mereka akan berubah ke arah yang baik selepas ini. Maklumlah anak-anak sekarang ini sangat mempercayai fakta yang ditayangkan di media massa. Selamat mencuba.




Tiada ulasan:

Worksheets