Pemberian  dan Bantuan 
Pemberian bermaksud wang atau barangan yang diperuntuk dan  diagihkan  kepada sekolah untuk menampung keperluan pembelajaran dan  pengajaran  misalnya Bantuan Per Kapita. Pemberian juga termasuklah wang  atau  barangan  yang diperuntuk dan diagihkan kepada sekolah untuk  menampung pembekalan  makanan bermasak atau bahan makanan mentah kepada  murid prasekolah iaitu   Pemberian Bantuan Makanan Pelajar.
Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )
Peruntukan ini  hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi  10%  daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang   dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah  diakaunkan  ke dalam Buku  Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.
Geran Pelancaran
Peruntukan ini  diberi oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan Kementerian  Pelajaran  kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi.  Ia bertujuan membantu pengurusan  sekolah bagi memulakan operasi  pentadbiran  kelas. Kadar adalah  ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis  panduan yang  disediakan oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam  Buku Tunai  Kumpulan Wang Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan  menyelenggarakan   Akaun Subsidiari. Pengurus sekolah boleh menggunakan 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan