Jumaat, Mei 21, 2010

CD Cerlang Minda Prasekolah Diri Saya

Assalamualaikum
Setelah beberapa bulan projek cd interaktif saya bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dibekukan, baru hari ini saya mendapat khabar gembira yang cd tersebut akan diulang cetak. CD pertama yang berjudul Cerlang Minda Prasekolah Diri Saya akan dapat diperolehi akhir bulan ini. Sempena hari lahir saya yang ke 48, inilah hadiah paling bermakna buat saya. Projek cd ini akan diteruskan sehingga selesai. Alhamdulillah bersyukur sangat kepada Allah atas limpahan rezeki ini.

Bagi anda rakan guru dan ibu bapa yang sering mengikuti blog ini sila maklum sekiranya ingin menempah cd tersebut, sila bertindak segera kerana saya hanya mampu memesan 100 set cd ( hehe tak cukup bajet nak beli banyak dari DBP ). Sila hubungi saya di talian 019 755 6032. Untuk makluman, cd ini belum ada dijual di kedai-kedai buku. Memandangkan stok yang terhad, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan cd yang dapat membantu anak-anak anda dan murid anda menguasai kemahiran 3M ini.

Saya juga berasa sangat gembira kerana bahan ini telah dimasukkan di dalam data Perpustakaan Negara Malaysia...klik di sini Anda dipersilakan untuk membuat rating dan review bahan ini.

Tiada ulasan:

Worksheets