Isnin, Jun 29, 2009

Boling Kapal

http://school.discoveryeducation.com/clipart/images/oldship5.gif

Assalamualaikum
Khusus buat Zarina Yaakob dari Gemas yang minta idea dari saya. Jom kita main boling kapal.

Bahan-bahannya:
10 botol kosong air mineral
templat kapal ( boleh klik, salin dan cetak gambar di atas )
pensel warna
double-sided tape
gunting
kad manila
bola getah sedang

Cara:
1. Cetak templat
2. Minta kanak-kanak warnakan sambil mengeja ejaan kapal
3. Gunting gambar yang sudah diwarnakan dan lekatkan pada kad manila
4. Lekatkan double-sided tape di belakang gambar yang sudah digunting
5. Susun 10 botol air mineral yang sudah dilekatkan gambar kapal dalam bentuk susunan boling.
6. Murid akan meleret bola getah untuk menjatuhkan kapal-kapal yang ada.
7. Kira berapa banyak jatuhan kapal.

Catatan:
Aktiviti ini boleh dijalankan untuk kemahiran kognitif (mengira, menambah dan menolak), kemahiran estetika dan kreativiti (mewarna), kemahiran psikomotor halus (menggunting), bahasa (mengeja) dan lain-lain yang difikirkan sesuai... bak kata Nabil... Lu Pikirlah Sendiri... hehehe. Sambil tu tolonglah klik iklan kat bawah tu ye... bantu untuk bayar bil internet. Terima kasih.



Tiada ulasan:

Worksheets