Rabu, Julai 06, 2011

Selamat Tinggal Kad Imbasan Retro

Assalamualaikum
Inilah kad imbasan versi jimat dakwat. Kad imbasan begini sebenarnya sangat mengujakan kanak-kanak untuk mencuba atau menggunakannya. Kad begini membantu kanak-kanak mengira dengan cara yang menyeronokkan. Mereka boleh membuat kuiz dengan menggunakan kad ini kerana di belakang kad akan menunjukkan jawapan. Jadi apa tunggu lagi... jom kita sama-sama membuatnya kerana caranya sangat mudah.
Langkah 1:
Cetak gambar asas dengan menggunakan kertas warna hijau atau kertas yang anda sukan.

Langkah 2:
Cetak bahagian yang akan ditampal pada badan katak menggunakan kertas kuning.

Langkah 3:
Warnakan tompok-tompok di badan katak dengan menggunakan krayon.

Langkah 4:
Tampal kertas operasi tambah pada badan katak. Gunting bahagian yang menunjukkan operasi tambah dan jawapan. Lekatkan dikedua-dua belah badan katak.

Selasa, Julai 05, 2011

Hasil Kerja Kreatif Rakan-rakan Guru di Preschool Shoppe





Ada banyak bahan-bahan yang telah dihasilkan oleh rakan-rakan guru yang mendaftar di dalam kumpulan Preschool Shoppe di Facebook. Ada yang diberi percuma dan ada yang dijual dengan harga yang sangat murah. Pendek kata berbaloi-baloi. Alhamdulillah akhirnya penubuhan kumpulan ini sudah banyak mengubah minda rakan-rakan guru...ramai yang sudah mula rajin membina bahan sendiri. Tidaklah asyik mahu membeli pada pembekal-pembekal yang datang ke sekolah yang ada kalanya harga amat mencekik darah. Kepada yang baru mengetahui kewujudan kumpulan ini dipersilakan untuk menyertainya. Pertandingan mencipta bahan bantu mengajar turut dijalankan. Tarikh tutupnya hujung minggu ini. Apa tunggu lagi?

Jumaat, Jun 24, 2011

Kad Huruf Titik Pooh

Assalamualaikum
Lama juga tidak menulis di ruangan ini. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya lebih seronok berada di laman sesawang Facebook. Kumpulan Preschool Shoppe yang saya tubuhkan sejak Mac 2011 sehingga ke saat entri ini ditulis telah mencatatkan sejumlah 2811 ahli berdaftar . Di sini jugalah saya membantu sedikit sebanyak rakan-rakan guru untuk membina bahan bantu mengajar mereka sendiri di samping menjana pendapatan yang boleh digunakan di kelas masing-masing. Sila klik gambar untuk ke pautan laman tersebut.

Hari ini saya telah cuba menyediakan cara-cara membina kad huruf titik yang tidak memerlukan dakwat berwarna. Maklumlah warna pencetak sekarang ini agak mahal. Bahan ini bukan sahaja memberikan kepuasan kepada guru, tetapi mendidik jiwa guru untuk sabar dan tekun membuat bahan berkenaan,

Langkah 1:
Cetak gambar Pooh pada kertas berwarna jingga.


Langkah 2:
Cetak bahagian baju Pooh menggunakan kertas berwarna biru. Cetak juga bahagian topi menggunakan kertas berwarna merah.



Langkah 3:
Gunting bahagian-bahagian baju dan topi. Tampal pada kertas asas berwarna jingga tadi. Maka terhasillah kad secomel ini. Laminate bahan ini supaya boleh digunakan berulangkali. Anda hanya perlu menyediakan whiteboard marker dan pemadam. Latih anak-anak seawal usia 3 tahun untuk menulis huruf-huruf titik ini. Anda boleh pelbagaikan gambar dengan menggunakan gambar yang anak-anak suka.


Untuk mendapatkan template di atas sila klik di sini. Percuma... hadiah buat pembaca blog ini.

Selamat mencuba.

Selasa, Mei 31, 2011

14 ways to draw animals from an early hand



Fish





Snail

Butterfly

Butterfly

Nag

Dwarf

Dinosaur

Spider

Rabbit

Camelopard

Kitten

Elephant

Dog

Peacock

Sabtu, Mei 21, 2011

How to Save Any File as a PDF File

Office 207 has PDF support, letting users save files in PDF. But what if you want to save Office files in PDF now. Or, better yet, save any type of file in PDF (OneNote, Journal, Internet Explorer, etc). You can and it is free!

All you need to do is install a virtual pdf printer on your computer. A virtual printer acts like a real printer but it is all software. It shows up under “Printers and Faxes”, has page properties, etc. If you can print something, you can make it into a PDF file.

There are a number of virtual pdf printers. My favorite is CutePDF Writer and best of all, it is free. Getting PDF support is a two step process.

  1. Download and install the Free Converter (converts the data in your application).
  2. Download and install CutePDF Writer (creates the actual PDF file).

When you want to create a PDF file, go to “File“, “Print“, select the “CutePDF Writer” from the list of printers, and click “Print“. That’s it! CutePDF automatically acts you to name the file and where to save it. Below is an example from my computer. I am saving my recitation notes from my Digital Signal Processing class to PDF so I can share with my friends.

Printing..

CutePDF.JPG

Saving…

save as.JPG

How the PDF looks like…

pdf.JPG

CutePDF is a very easy way to share files and collaborate when everyone in the group does not own the program. This is especially true for OneNote and Windows Journal. Later on this week, I wil write about how I use CutePDF to share my OneNote and Windows Jounal files.

CutePDF Link

Preschool Shoppe

Assalamualaikum
Dengan berbesar hatinya saya ingin menjemput rakan-rakan guru prasekolah 1 Malaysia, guru-guru tadika KEMAS dan Perpaduan, guru-guru Pemulihan, guru-guru Pendidikan Khas dan guru-guru Tahun 1 untuk menganggotai kumpulan Preschool Shoppe ini.

Untuk makluman, kumpulan ini telah ditubuhkan Mac lalu dan sehingga kini telah mempunyai ahli seramai 2488 orang. Banyak info prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak disiarkan di sini. Semoga kewujudan PS di laman sesawang Facebook ini dapat membantu rakan-rakan untuk mendidik anak bangsa. Sila klik gambar untuk ke laman ini.


Berikut adalah contoh perkongsian ilmu yang boleh rakan-rakan lihat di laman ini.

Ahad, Mei 08, 2011

Bahan Mei 2011

Kad cantum sukukata ini hampir 4 inci bila siap dicetak sepenuhnya.

Puzzle yang boleh dicetak di belakang kad puzzle pakaian

kad puzzle pakaian

Antara kad cantum sukukata

Kad nombor manggis yang telah saya siapkan

Template kad nombor manggis

Kad cantm sukukata

Kad cantum sukukata yang sudah saya siapkan ikut sukukata kv + kvk

Antara kad nombor dan kad abjad yang telah saya siapkan menggunakan kertas warna

Nota:
Hanya RM10 sahaja untuk softcopy bahan-bahan ini.
Hubungi saya di talian 019 755 6032 atau email : fauziah.arahim@gmail.com

Worksheets