Jumaat, Mei 08, 2009

Wow, seronoknya!

let learn phonic


Jom Belayar

Apa yang ada di air?

Malas nak tulis panjang. Kalau korang nak download klik je kat bawah ni okay....

MUAT TURUN





ABC Haiwan


Assalamualaikum
Kepada cikgu-cikgu yang suka download bahan dari blog saya ni, jangan lupa ya komen. Tinggalkan catatan anda di sini. Please say something.... at least THANK YOU. Saya ingin sekali mengenali anda. Nyatakan anda mengajar di mana. Manalah tahu kalau-kalau kita dapat berkursus bersama nanti taklah berselisih bahu bertumbuk nanti. Hehe. Maaf ya kalau saya cakap begini sebab setiap kali mengajar perkataan yang sering saya tekankan kepada kanak-kanak ialah mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberi. Bukan saya minta dihargai, cuma saya sebenarnya sangat ingin mengenali anda semua. Manalah tahu kalau-kalau saya ke daerah anda boleh juga kita bertemu. Hehe... jangan lupa belanja makan gitu... Kalau anda ke Kota Tinggi, jemputlah ke sekolah saya ya. Nak ke rumah pun boleh...

Saya sudah menyiapkan beberapa slide show untuk tatapan anda. Haa... jangan lupa tinggalkan catatan anda tau....

Sayur


Tema sayur lebih sesuai dijalankan kalau kanak-kanak dapat melihat dan memegang sendiri sayur-sayur yang dinamakan. Namun begitu memandangkan kos yang agak tinggi untuk membeli sayur-sayuran maka slide showlah yang dapat membantu kita dalam mengatasi masalah ini. Guru boleh mencetak slide show ini untuk dijadikan bahan bacaan kepada kanak-kanak. Kalau kewangan kelas mencukupi, guru boleh menyalin slide show yang ada ke dalam cd-rom untuk setiap kanak-kanak memilikinya dan boleh dibawa pulang ke rumah. Tapi ramai di kalangan kanak-kanak datang dari keluarga yang kurang mampu dan sudah pasti mereka tidak memiliki set komputer di rumah. Saya juga tahu ramai dikalangan guru masih kabur dalam pengkomputeran. Tak mengapa... kita belajar bersama-sama. Kalau ada anak-anak remaja tu boleh belajar dengan mereka ok.

Ini slide sayur yang telah saya siapkan. CDnya belum lagi dapat saya siapkan sepenuhnya kerana masih mengumpul bahan. Apapun saya harap slide show ini dapat membantu anda untuk mengajar di kelas. Hehehe.... memang suka sangat membuat slide show ini cuma saya malas nak buat transitionnya atau nak masukkan suara. Suka cari gambar dan masukkan je... apa yang penting saya pasti menggunakan huruf yang berwarna untuk memenggal sukukata agar kanak-kanak mudah membacanya. Selamat melihat tayangan ini.

MUAT TURUN DI SINI







Cantiknya!

Eh apa yang cantik ni?
Oh bunga rupanya. Sejak semalam saya menyiapkan slide show ini. Cantik tak? Nak muat turun?
Jom klik di sini ya....Cantiknya!





Worksheets