Selasa, Mac 31, 2009
Kenapa saya suka mengajar di prasekolah?
Kini saya merasakan kerja-kerja saya lebih mudah kerana setelah sekian lama berkongsi idea dengan rakan-rakan, saya dapat mengaplikasikan semua idea yang ada. Kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah juga membuatkan saya seronok berada di sini. Kepercayaan pihak pentadbir dalam mengurus kewangan kelas juga banyak membantu di mana kini saya telah mempunyai koleksi Bahan Bantu Mengajar yang banyak. Saya masih dalam usaha melengkapkan bahan-bahan yang ada supaya memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dari hari ke hari saya banyak belajar perkara baru yang boleh saya gunakan di kelas. Azam saya untuk menjadikan kelas saya seolah-olah sebuah klinik yang serba lengkap di mana bahan yang ada hanya perlu dipilih sahaja untuk digunakan bila-bila sahaja diperlukan sewaktu mendiagnos masalah kanak-kanak.
Faktor usia juga menjadi sebab kenapa saya suka berada di kelas prasekolah. Kalau dulu saya adalah antara guru paling garang di sekolah. Semakin usia meningkat saya semakin “cool” walau ada ketikanya taring terkeluar juga. Sikap kanak-kanak yang manja membuatkan saya rasa amat disayangi dan dihargai.
Di peringkat awal sesi persekolahan memang mencabar tetapi dari hari ke hari kanak-kanak mula mengenali sikap saya. Mereka semakin minat belajar. Inilah yang membuatkan saya semakin seronok. Hadiah galakan yang sering diberi membuatkan kanak-kanak semakin berani mencuba.
Saya pernah mengajar di sekolah menengah dan duduk di kerusi pentadbiran. Kepuasan di prasekolah amat dirasakan kerana di akhir tahun saya dapat melihat hasil usaha saya selama 10 bulan persekolahan. Pengalaman mengajar di Tahap 1, Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas juga banyak membantu saya meningkatkan mutu kerja. Pengalaman mengajar kanak-kanak bermasalah membuatkan saya sering mencari idea baru untuk mengekalkan minat kanak-kanak untuk belajar. Kejayaan mereka adalah kejayaan saya. Prinsip ini membuatkan saya sentiasa berusaha mencari idea-idea baru setiap hari.
Isnin, Mac 30, 2009
Mari Fikirkan
Kalau Rasa Gembira
Terima kasih kepada Nor Aziah Mohd Shuhaini
KALAU RASA GEMBIRA
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Mati nyamuk 2x
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Mati nyamuk
Kalau rasa gembira petik jari
Buat bunyi 2x
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira petik jari
Buat bunyi
Kalau rasa gembira hentak kaki
Gempa bumi 2x
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira hentak kaki
Gempa bumi
Kalau rasa gembira pukul paha
Aduh sakit 2x
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira pukul paha
Aduh sakit
Kalau rasa gembira buat semua…
Tepuk tangan (mati nyamuk), buat bunyi (petik jari),
gempa bumi (hentak kaki), aduh sakit (pukul paha)……..
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira buat semua
Tepuk tangan (mati nyamuk), buat bunyi (petik jari),
gempa bumi (hentak kaki), aduh sakit (pukul paha)……..
Puppet Daripada Sarung Tangan.
Ini pula link untuk anda buat puppet 5 Little Rodins in the Nest. Sila klik pada tajuk yang ditunjukkan.
Ini pula beberapa jenis puppet yang anda boleh buat menggunakan sarung tangan yang biasa digunakan untuk berkebun yang di dye dengan warna hitam.
Membuat Puppet Yang Mudah
Sekarang anda sudah mendapat puppet yang cantik. Ianya boleh digunakan untuk aktiviti bercerita atau digunakan semasa aktiviti circle-time. Pasti murid anda seronok dan teruja untuk menyentuh puppet ini. Selamat mencuba. Dah habis baca bolehlah klik iklan yang ada ya untuk membantu saya membayar sewaan internet. Hehe...
Jumaat, Mac 27, 2009
Aktiviti Mengira Yang Menyeronokkan
Assalamualaikum.
Semalam saya terima email dari Mary dan katanya...
Hi Fauziah,
Are you looking for ways to make learning numbers and counting fun?
Try some of these suggestions:
1. For quiet play for individuals, give each child several baggies each one marked with a number on it. (I like to start at 3 and then go higher maybe to 10 depending on the level of the children in the class.) Then give them a bag of cottonballs(ping pong balls, anything small enough to fit) and ask them to fill the bags with the correct number of cotton balls as the number on the bag.
2. Take the class on a type of scavenger hunt through the classroom. Start with trying to find out how many shoes are in the room, then go to how many jackets are in the room, windows, etc. Children could be divided into teams and limited to certain areas of the room to make it more manageable.
for this age.
Let me know your ideas! I'm always looking for more ideas.
Until next time,
Mary
Ahad, Mac 22, 2009
Try This Trick
Assalamualaikum
Saya menerima email ini 19 jam yang lalu dari Mary di USA. Katanya:
Hi Fauziah,
I have found a fun way to get the kids involved in cleaning up--not always an easy task!
At the end of the day, when the tables are pretty messy, get out some shaving cream. Spread it on the table top and let the kids "fingerpaint" the shaving cream all over the table top. They love this and it is a way to involve them in clean up time. The shaving cream cleans the table lifting off dried glue, snack crumbs, etc.
Thier hands and the tables get clean. When the table is clean, give them paper towels to wipe the table dry. Then have them rinse their hands and dry them.They have had a fun time and helped get the tables ready for the next day.I've used this for years and it never fails to make clean-up fun.
See you next time,
Mary
P O Box 132 , Stow, MA 01775, USA
-
Bib makan kanak2 prasekolah dan tadika serta taska. RM5 sehelai. Www.wasap.my/60197556032/bibmakan
-
Hanya RM10 sahaja untuk kesemua file ini untuk dimuat turun. Hubungi : fauziah.arahim@gmail.com