Mendengar dan menyatakan perkataan yang mengandungi awalan yang sama. Contoh:
Kuda laut – kura-kura
paus - pari
Menjawab soalan secara kreatif Murid membaca berpasangan atau kumpulan kecil. Menekap nombor,menggunting gambar dan menulis nombor mengikut bilangan. Mengandingkan huruf vokal dan konsonan untuk membentuk sukukata. Mencantum kad sukukata menjadi perkataan berdasarkan gambar.
Bahasa Inggeris
Teacher gives instruction and children carry them out. Read story about animal in water. Labeling and read aloud. example
Perkembangan Sosio Emosi Membersih dan menukar air di dalam akuarium
Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti Membuat mobile ikan daripada reben Membuat pergerakan kreatif sambil menyanyi dengan iringan muzik. Membuat atau mencantum gambar suai pasang haiwan di air
Perkembangan Kognitif Meramal apa yang berlaku.Contoh: Ikan dalam air,ikan tanpa air, bulu burung- timbul/tenggelam, basah/kering
Perkembangan Fizikal Meniru pergerakan ikan Permainan dart haiwan di air Membaling dart ke arah haiwan pilihan.
5 little Monkeys Sitting in the tree. Teasing Mr. Alligator, "You can't catch me!" "You can't catch me!" Along comes Mr. Alligator Quiet as can be… SNAP! that monkey right out of that tree!
4 little Monkeys Sitting in the tree. Teasing Mr. Alligator, "You can't catch me!" "You can't catch me!" Along comes Mr. Alligator Quiet as can be… SNAP! that monkey right out of that tree!
3 little Monkeys Sitting in the tree. Teasing Mr. Alligator, "You can't catch me!" "You can't catch me!" Along comes Mr. Alligator Quiet as can be… SNAP! that monkey right out of that tree!
2 little Monkeys Sitting in the tree. Teasing Mr. Alligator, "You can't catch me!"
"You can't catch me!" Along comes Mr. Alligator Quiet as can be… SNAP! that monkey right out of that tree!
1 little Monkeys Sitting in the tree. Teasing Mr. Alligator, "You can't catch me!" "You can't catch me!" Along comes Mr. Alligator Quiet as can be… SNAP! that monkey right out of that tree!
No little Monkeys Sitting in the tree. Away swimming Mr. Alligator As full as can be.
Pendidikan Islam
Menghafaz kalimah untuk Azan dan Iqamah dan melakunya dengan bimbingan guru.
Menceritakan peristiwa tahun Gajah.
Membaca surah Al-Fil.
Menceritakan latar belakang keluarga Rasulullah yang terdekat dan terpenting contohnya : Abdullah, Siti Aminah, Abdul Muttalib,Siti Khadijah.
Mengulang bacaan surah yang diperdengarkan sehingga dihafaz.
Pendidikan Moral
Melihat gambar atau VCD tentang pencemaran dan kepupusan haiwan seperti harimau, badak, gajah.
Bersoljawab tentang kepentingan mejaga hutan untuk kehidupan haiwan liar.
Membuat buku skrap haiwan dan tumbuhan.
Lawatan ke zoo dan hutan simpan.
Berbual tentang pencemaran dan kepupusan.
Perkembangan Sosio Emosi
Menyatakan sebab dan akibat dari tingkah laku yang tidak menurut nasihat ibu bapa dan guru terutama ketika melawat ke zoo.
Lakonan lawatan ke zoo, mematuhi peraturan semasa di zoo dan menjaga keselamatan diri.
Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti
Membuat gambar dengan cara kolaj pelbagai bahan.
Menyanyi dan membuat gerakan.
Mewarna gambar haiwan
Perkembangan Kognitif
Menyusun model haiwan mengikut saiz, panjang dan tinggi dalam bilangan dua, tiga, empat dan lima.
Menggunting gambar haiwan dan menampalkannya mengikut saiz yang ditetapkan pada kertas dasar.
Memadankan nombor dengan bilangan haiwan yang disediakan.
Melukis gambar haiwan mengikut angka yang ditetapkan.
Memadankan gambar haiwan dengan anaknya.
Perkembangan Fizikal
Menggunting gambar haiwan.
Gerakan melompat seperti haiwan liar contoh kangaroo.
Berlakon main peranan sebagai seorang doktor.
Bercerita dan bersoaljawab tentang tempat-tempat yang berbahaya.
Sebelum tidur ni saya nak kongsi bahan ini dengan anda semua iaitu Circle Time Games dan Activities. Klik pautan di bawah ini ya. Ia dalam bentuk pdf file. Awas ianya dalam bahasa Inggeris. Kalau nak fahamkan boleh je... nanti saya tunjuk cara macamana korang boleh alihbahasa bahan ini. Siapa nak tahu angkat tangan ya... hehe... kalau nak tahu hubungi saya melalui email. Hahaha saja nak bagi korang kerja sikit.
Assalamualaikum Jom nyanyi lagu Day of the Week ini sewaktu circle time.
There's Sunday and there's Monday, There's Tuesday and there's Wednesday, There's Thursday and there's Friday, And Saturday ends the week. Days of the Week (Clap, Clap) Days of the Week (Clap, Clap)
Klik pautan di bawah untuk mendapatkan tune lagu ini:
LISTEN/PLAY
Lagu ini pun boleh dinyanyikan tapi ubahsuailah sikit ya:
Sunday, Monday, Happy days Tuesday, Wednesday Happy days Thursday, Friday Happy Days And Saturday ends the week Leaving 7 days for you. There's 7 da-ays in a week, Yours and mine Happy Days!
Wah Fathers' Day around the corner. Naik cuti sekolah ni kita bolehlah buat aktiviti yang menarik ini dengan kanak-kanak. Hmm... kamera saya masih kong lagi ni. Hari tu anak caj bateri dan "pop" meletup... nak caj lagi sekali rasa fobia la pulak. Apapun nantilah saya nak caj juga tapi bukan di rumah ni. Sebagai langkah keselamatan kena caj kat luar rumah. Wooo... kalau caj kat dalam rumah buatnya terbakar... haru gak jadinya. Rumah baru baru siap tapak je.
Oklah korang nak tahu apa benda yang boleh korang sediakan untuk buat kraf ini? Bahan-bahannya ialah: 1. kertas pasir, 2. krayon 3. surat khabar lama ( kat kelas prasekolah kena simpan banyak barang buangan supaya boleh kita guna semula tau...) 4. kertas pendua 5. seterika ( haa yang ni cikgu kena bawa dari rumah ya. Kat kelas memang tak ada )
Cara-caranya: 1. Minta kanak-kanak melukis gambar di atas kertas pasir dengan menggunakan krayon. 2. Pastikan untuk menggunakan warna yang lebih gelap dan disental dengan kuat untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Selepas itu, letakkan sehelai kertas pendua dan beberapa helai kertas suratkhabar di atasnya. 3. Bahagian yang ketiga ni cikgu kena buat ok... kalau lepaskan murid buat mau ada yang terbakar tangan kang... hehehe... kalau cikgu takut ( hehe itu alasan orang malas tau )... minta tolong pembantulah ya... Letakkan kertas pendua di atas lukisan yang telah kanak-kanak lukis tadi. Panaskan seterika dan gosokkan di atas kertas yang telah dilapis dengan suratkhabar tadi. Biarkan sejuk. 4. Krayon yang telah cair akan membentuk lukisan di atas kertas pasir. Anda boleh letakkan lukisan ini ke dalam frame. Bolehlah anak murid hadiahkan kepada bapa mereka. Di sudut frame tadi bolehlah anda lekatkan kad kecil yang telah ditulis oleh kanak-kanak atau lekatkan sekuntum bunga atau reben. 5. Cantik ke? .... hasil kerja murid adalah unik tau... jangan pertikaikan usaha mereka.
Apa khabar semua? Tentu seronok bercuti terutamanya yang balik ke kampung. Bagi saya yang kampung dekat ni... banyak masa dihabiskan di rumah sendiri je bersama anak-anak. Seronok juga bila anak-anak berkumpul. Cuma anak kedua sahaja yang terpaksa berjauhan kerana baru sahaja selesai bercuti seminggu. Dia kini berada di Universiti Malaya kerana mengikuti persediaan bahasa Jepun atas tajaan JPA. Anak sulung pula cuti sebulan dan akan mula menjalani latihan praktikal mulai 1 Julai ini di salah sebuah klinik pergigian di Johor. Harap-harap dia dapat membuat latihannya di Kota Tinggi sahaja.
Gambar semasa raya 3 tahun lalu
Bila ramai di rumah... ( hehe ramai ke 3 orang tu? ) mulalah dengar jerit pekik terutama si adik yang mudah sangat naik angin bila diusik oleh abangnya. Kalau kak ngah ada lagilah ada sahaja yang tak kena. Mujur kakak sulung lebih banyak mengalah. Adakalanya si kakak pun menangis dikerjakan dek anak lelaki sorang tu. Badannya kecil sahaja tetapi sudahpun berusia 17 tahun. Sering gak kami gelakkan dia bila ramai yang menyangka dia baru darjah 6. Hai bilalah nak matang anak bujang aku ni?
Heh... berceloteh la pulak pasal anak-anak. Hehe... benarnya walaupun cuti saya sering teringat gelagat anak murid di kelas. Mereka sungguh comel, lasak dan ada yang nakal dan sukar dikawal. Bila dah nakal memang kenalah denda... balik lewat atau kena duduk sebelah cikgu untuk siapkan kerja atau tidak dibenarkan bermain bersama rakan-rakan. Tahun ini murid saya kurang takut kalau didenda balik lewat tidak seperti tahun-tahun sudah. Kalau tahun sebelum ini... mereka yang nakal akan meraung bila ditahan agak lama. Lucu juga bila ingat Aqil murid saya 3 tahun lalu yang menjadi tidak tentu arah dan berlari-lari keliling kelas mencari jawapan kepada soalan yang saya suruh dia eja. Biasanya saya lebih suka mendenda dengan meminta murid-murid mengeja perkataan berdasarkan kad-kad gambar yang saya tampal di sekeliling kelas.
Tahun ini saya menerima 15 orang murid lelaki. Aduhai hero-hero saya ini memang sukar dikawal. Pagi-pagi bila kelas mula dibuka dan saya pula terpaksa menulis nama di buku kedatangan, dari tingkat atas pejabat akan dilihat mereka saling menendang dan membuat aksi guling sisi atau aksi gimnastik. Memang saya akan terpekik dari atas kerana bimbang kalau-kalau sesuatu yang buruk terjadi. Tahu sahajalah budak lelaki suka menendang rakan-rakannya. Cemas kalau-kalau dia tertendang ke arah kawasan sensitif. Begitu juga bila mereka buat aksi gimnastik yang boleh mengundang kecederaan di leher. Bila melihat keadaan ini saya terpaksa menggunakan rotan. Kata orang mencegah perlu dibuat lebih awal. Saya rela merotan daripada terpaksa menjawab pelbagai soalan jika mereka cedera biarpun kecederaan itu atas kesilapan mereka sendiri. Biasanya saya akan menelefon ibu bapa untuk memaklumkan apa dendaan yang telah saya kenakan kepada anak mereka. Kalau mereka mencapai kejayaan pun akan saya maklumkan. Oleh itu ibu bapa tidaklah terkejut setiap kali menerima panggilan dari saya. Ada pro dan kontra dari setiap panggilan yang saya buat.
OKlah dah panjang cerita saya pagi ini. Jom kita buat aktiviti ini pula di kelas untuk memanfaatkan tubuh badan kanak-kanak. Kita namakan aktiviti ini Nombor Manusia atau human number. Tentu seronok kan?
1. Buat kumpulan murid seramai 5 orang dalam 1 kumpulan. 2. Minta mereka fikirkan cara untuk membentuk nombor menggunakan tubuh badan mereka. 3. Aktiviti ini boleh dibuat secara berdiri atau berbaring di lantai. 4. Enjoy your activities yaa...
Number 1:
Number 0:
Number 5
Number 6:
Number 7:
Number 8:
Number 9:
Number 2:
Number 3:
Number 4:
Cikgu boleh ubahsuai dengan membina abjad juga. Seronok tau...
Sudah 3 pagi berturut-turut saya diserang sakit kepala. Bangun tidur sahaja kepala terasa sangat berat. Migrain datang dan mata pula kabur. Pukul 9.00 baru saya boleh ke sekolah bila rasa sakit reda. Dalam kepala sebernarnya banyak benda yang ingin saya buat. Aduhai bila begini mestilah stress rasanya. Nak menulis memang tak larat sebab idea bila datang sukar untuk menulis. Saya lebih suka menaip di komputer tetapi kepala pula sakit. Cobaan!.... kata P.Ramlee. Apa yang ingin saya buat masih lagi rahsia. Hehe... Tak adalah... sebenarnya saya sedang cuba menyiapkan skrip-skrip untuk cd interaktif Cerlang Minda Prasekolah. Sebenarnya ada 15 siri lagi belum dapat saya siapkan. 10 siri sudah pun saya hantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Malah duit insentifnya pun dah lama habis saya belanjakan. Hahaha... Cd selanjutnya adalah anggota badan yang bakal diedarkan 2-3 bulan lagi. InsyaAllah. Anda semua kena bersabarlah menunggu kerana semua cd yang bakal diedarkan perlu secara berperingkat-peringkat. Maklumlah pihak DBP perlu membuat penilaian yang sangat teliti terutamanya dari segi bahasa dan persembahan. Kalau buat kerja cincai sahaja tentu saya juga tidak berminat. Saya sebenarnya sangat cerewet dalam hal ini. Hehe... teringat saya pertanyaan yang diajukan oleh Tuan PPD Kota Tinggi, Tuan Hj Mohd Zakaria.... sama ada saya jualan ini memberi untung yang besar. Sebenarnya saya tidak memikirkan sangat tentang keuntungan. Saya buat semua ini semata-mata kerana kepuasan yang datang bila melihat rakan-rakan guru dapat menggunakannya di kelas dan kanak-kanak juga suka untuk berinteraksi dengan bahan yang telah saya sediakan. Apa yang penting ialah saya dapat memberikan sumbangan kepada anak bangsa untuk membentuk generasi berilmu. Itu sahaja. Saya suka melihat bagaimana pendidik di barat berjuang untuk memajukan bangsa mereka. Lihatlah betapa banyak laman web yang dibuat secara percuma untuk mendidik. Kebanyakan mereka adalah bergantung kepada iklan-iklan yang diletakkan di laman web itu untuk meneruskan perkhidmatan. Saya juga sering ke laman web luarnegara dan membantu mengklik iklan yang ada sebagai tanda terima kasih atas usaha mereka.
Oklah kita terus kepada catatan saya petang ni. Saya ada terjumpa aktiviti ini yang sangat sesuai dengan tema haiwan air yang boleh dibuat di kelas. Jom kita lihat dan baca petikan di bawah ini... Saya salin bulat-bulat sebab malas nak mengalihbahasakannya. Hehehe... mudah je ayat dia untuk kita faham. Jadi guru prasekolah kena belajar menguasai Bahasa Inggeris ya kalau tak macam mana nak ajar murid bahasa tu.
Gather your materials. You will need some cupcake liners, markers, tape, tissue paper, googly eyes, and a piece of blue construction paper.
Start by folding your liner in half. Oh and yes these are the liners from Costco, but don't worry they just had dried mango in them nothing gooey.
Have your child color them with markers. It was interesting because my son was coloring really really carefully on these, instead of with his normal wild abandon.
While they color the liners, cut the tissue paper into thin strips.
Place the tissue paper on the back and tape down. We used tape because we need to glue the eyes on the front and glue on both sides is super messy especially when tissue paper bleeds. Double stick tape is great for this because the tissue will stay put immediately.
Glue your jelly fish onto the paper.
Now you can add the googly eyes *You can also decorate the construction paper with an under the sea theme. After Costco and a craft my son was done!