Isnin, April 06, 2009

Suaikan Abjad

Assalamualaikum,
Saya masih lagi mencari bahan untuk aktiviti suaikan abjad. Tujuan saya mencari bahan-bahan seperti ini adalah sebagai satu kajian untuk projek saya yang akan datang. Hmm projek apakah itu? Oh, kenalah tunggu. Nanti tidak menjadi kejutan pula. Apapun saya sebenarnya seronok berkongsi idea ini dengan anda. Sebagai guru kita kena cuba dahulu aktiviti yang ada di internet ini untuk disesuaikan dengan objektif pengajaran kita. Menarik bukan aktiviti permainan ini. Kerap-keraplah menggunakan internet di kelas sekiranya ada kerana apa yang saya dengar asekolah yang tinggi penggunaan internetnya akan ditambah lagi talian oleh Kementerian Pelajaran.

Ahad, April 05, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Assalamualaikum,
Jom kita ramai-ramai ke PBAKL 2009 di Putra World Trade Centre. Pada 21 April 2009 mulai pukul 2.00 petang di Pentas Legar PWTC akan ada persembahan kanak-kanak prasekolah yang akan menyanyikan lagu-lagu dari CD interaktif Cerlang Minda Prasekolah. Insyaallah saya akan berada di sana. Hehe siapa yang nak sign autograf bagi cd yang dibeli, bolehlah kita bersua ya. Cewah perasan jadi glamour la pulak.

Poster Pesta Buku 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009)
Kategori Pameran
Peringkat Antarabangsa
Tarikh 17 April 2009 - 26 April 2009
Masa 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Tempat Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC)
Penganjur Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
Nota Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 17– 13 April 2008
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur (PWTC)
Masa : 10.00 pagi – 8.00 malam (Isnin–hamis)
10.00 pagi – 9.00 malam (Jumaat –Ahad & cuti am)
Tema : BUKU: LAKARAN MASA DEPAN

Majlis Perasmian PBAKL 2009 akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 18 April 2009, jam 10.00 pagi di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 7019/22 atau layari laman web PBAKL : http://www.klbookfair.com

Untuk makluman anda ada borang rombongan di http://www.moe.gov.my/index3.php?fail=23&y=1&kategori=kalendar_program Kalau nak buat rombongan Cik Kiah, cepat-cepat isi borang dan hantar 14 hari sebelum tarikh lawatan ke nombor fax ini 03-8888 6296. Layari laman web sebagaimana link yang sudah diberikan di atas dengan mengisi butiran seperti berikut. Anda perlu cetak terlebih dahulu borang rombongan tersebut.

Anjuran:
MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA
Aras 14, Blok E12, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutruan
62604 Putrajaya, Malaysia.
Tel: +603 88847019 Fax:+603 88886296
E-mail: mbkm@mbk.moe.gov.my
mbkmmoe@yahoo.com
Website: www.klbookfair.com

BORANG LAWATAN SEKOLAH
Sila kembalikan melalui faks kepada: 03-8888 6296
Sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh lawatan.

A. Sila tanda X di ruang yang berkenaan:
Ya, saya akan melawat pameran ini pada …………. APRIL 2009, jam ………….. pagi/petang.
Ya, rombongan sekolah kami akan melawat pameran ini pada ………… APRIL 2009,
jam ………….pagi/petang.
B. Bilangan peserta delegasi yang akan hadir dari sekolah kami:
Pelajar :…………………. orang.
Guru :………………… orang.
C. Butiran mengenai ketua delegasi:
Nama: ……………………………………………………………………………………………………………………
Jawatan: .........................................................................................................................................................
Alamat pejabat: ………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
Telefon pejabat: ………………………… Telefon bimbit: …………………….. E-mel: ………………….
Sekian, terima kasih.

Tandatangan: Cop Sekolah:
Nama:
Jawatan: Tarikh:

Bagi yang tidak dapat ke pesta itu dan mahu mendapatkan cd interaktif saya, bolehlah sms di 014 2785668. Saya akan beli beberapa set cd tersebut di sana dan akan mengeposkan kepada anda.




Permainan Abjad

Assalamualaikum
Pagi Ahad ini saya ingin mengumpulkan seberapa banyak permainan dalam talian yang berkaitan dengan mengenal abjad untuk memudahkan rujukan saya di masa akan datang. Ia juga diharap akan dapat membantu ibu bapa murid-murid saya yang mencari-cari program seumpamanya untuk membantu anak-anak mereka di rumah. Yalah biasanya kanak-kanak mudah bosan kalau asyik disuakan dengan buku sahaja. Jom ajak mereka bermain bersama anda di meja komputer. Pastikan anda sentiasa ada di sisi untuk membimbing mereka.

Baiklah program pertama yang saya temui adalah Alphabet Letter Puzzle. Minta kanak-kanak klik pada huruf kecil pada petak yang disediakan.


Klik sini untuk alamat laman web tersebut. Program seterusnya ialah Welcome To The Alphabet Zoo. Di sini kanak-kanak akan diminta klik pada abjad besar yang disediakan. Kanak-kanak juga akan dapat mempelajari nama-nama haiwan yang bermula dengan abjad tertentu. Saya kira anda semua pasti teruja untuk mendapatkan program seperti ini di kelas. Sayangnya semua permainan ini adalah secara dalam talian. Dapatkan ia di sini.

Tahukah anda, saya juga sangat teruja dengan permainan seperti ini. Ianya bukan sahaja memudahkan tugas seharian, malah sangat membantu semasa pengajaran Bahasa Inggeris. Alangkah seronoknya kalau di setiap kelas prasekolah dilengkapi dengan layar skrin dan projektor untuk semua kanak-kanak berkongsi keseronokannya. Sebenarnya di kelas saya sendiri pun masih belum ada alatan ini. Talian internet juga masih dalam proses penyambungan. Guru IT di sekolah saya sangat sibuk sekarang ini. Mudah-mudahan kalau Guru Besar saya membaca catatan ini dapat menyegerakan projek ini untuk membantu murid-murid saya mencapai kemahiran Bahasa Inggeris dengan lebih mantap dan seronok untuk datang ke sekolah.






Saya juga menemui permainan untuk digunakan oleh guru Pendidikan Islam. Ianya juga permainan mencari pasangan abjad bahasa Arab. Alahai seronoknya. Klik link ini untuk ke permainan tersebut...

Saya kira cukuplah setakat ini dahulu. Ada banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama anda. Oleh itu sering-seringlah ke sini atau bookmark blog saya ini untuk memudahkan anda ke sini lagi. Selamat mengajar.

Sabtu, April 04, 2009

Susun abjad


Ini pula game yang boleh kanak-kanak guna untuk menyusun abjad a hingga z. Klik link ini.

Mengenal Abjad

Assalamualaikum,
Malam ini saya terjumpa permainan online yang menarik ini untuk membantu kanak-kanak mengenal abjad besar. Anda boleh klik link di sini ... Selamat mencuba. Pastikan kelas anda dilengkapi talian internet. Aha macam mana nak dapatkan talian? Rayulah bos anda untuk mengeluarkan peruntukan kelas untuk mendapatkannya. Adios.

Jumaat, April 03, 2009

Majlis Pelancaran CD Cerlang Minda Prasekolah

Assalamualaikum,
Semalam saya menerima berita paling gembira. Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengembalikan surat perjanjian lesen penerbitan CD interaktif Cerlang Minda Prasekolah yang saya usahakan bersama suami. Bersama-sama itu juga disertakan kad undangan yang sangat saya nantikan. Menurut Puan Maznun Arifa selaku pengurus projek cd ini pada tarikh dan masa tersebut cd akan dilancarkan. Seronoknya.

Bagi rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan cd tersebut bolehlah mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 mulai 17 hingga 26 April 2009. Terus ke booth Dewan Bahasa dan Pustaka tau. Saya akan memohon cuti dari pihak sekolah hanya pada 21 April 2009. Biasalahkan... mana boleh cuti lama-lama. Bagi anda yang ada di Kuala Lumpur... kita jumpa di sana!...

Rabu, April 01, 2009

Kriteria pemilihan ruang dan peralatan di prasekolah

1 Apr 09, 20:14
nuri: salam..sisG..dik nak ty apakah kriteria2 yg bkaitan dg kesesuaian ruang dan peralatan didlm /luar prasekolah? dik x faham lerr


Waalaikumsalam Nuri.
Rasanya soalan ini soalan untuk assignment. Tapi tak apalah sekadar untuk membantu apa salahnya menjawab setakat yang mampu. Baiklah cuba lihat pada soalan yang diajukan iaitu kriteria. Maksud kriteria ialah ciri-ciri.

Apa yang perlu difokuskan di sini ialah ciri-ciri yang patut difikirkan atau diadakan sewaktu merancang ruang dan bahan-bahan yang perlu di kelas prasekolah agar sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi kondusif atau selesa atau lancar bagi guru dan kanak-kanak. Fokuskan kembali kepada diri anda. Apakah yang anda perlukan untuk membuatkan anda rasa seronok ketika berada di sesuatu ruang yang baru? Apakah bahan yang anda mahu supaya boleh anda gunakan sewaktu belajar atau mengajar.

Kalau bahan yang anda ingin adakan / beli / buat, ciri bagaimanakah yang anda fikir dapat membantu anda menyampaikan pengajaran dengan mudah dan seronok. Letakkan diri anda sebagai murid pula; bagaimanakah bentuk bahan yang anda perlukan untuk membuatkan anda mudah faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh guru. Kaji keperluan kanak-kanak. Biasanya mereka suka atau mudah tertarik kepada:
1. warna
2. bentuk
3. saiz
4. kuantiti

Begitulah juga dengan ciri-ciri ruang yang kondusif. Anda kena fikirkan bagaimana mahu membentuk ruang yang selesa. Kedudukan kerusi meja, kedudukan murid, aliran pergerakan murid, susunan bahan-bahan dan kaedah penyusunan bahan. Dalam penyusunan ruang, kita kena pastikan bahan yang akan diletakkan di ruang tersebut adakah mencukupi untuk setiap kanak-kanak atau terhad. Kalau bahan yang diletakkan amat terhad, maka akan wujud masalah disiplin di kalangan kanak-kanak. Mereka akan berebut-rebut. Oleh itu kita kena fikirkan pula bagaimana cara untuk mengatasi masalah perebutan bahan terhad ini.

Rasanya setakat ini sahaja yang mampu saya jelaskan. Nuri kena cari maklumat tambahan lain. Sebagai tambahan maklumat berikut disertakan artikel yang bersesuaian:

How to Manage a Preschool Classroom

Instructions
  • Step 1:
    Keep your classroom organized. Keeping your classroom orderly makes materials easy to find, makes clean up easier for the children and it optimizes your effectiveness as a teacher.
  • Step 2:
    Create and follow a schedule. Knowing what to expect from day to day gives preschoolers a sense of security and enables them to thrive. Your schedule should be age-appropriate, and allow plenty of room for flexibility.
  • Step 3:
    Gather and prepare materials for lesson plans ahead of time. Expecting preschoolers to sit diligently and wait for you to cut out patterns, and collect supplies for an art activity is unrealistic. Having all of your materials prepped and ready to go will prevent the kids in your classroom from getting bored and participating in disruptive behaviors.
  • Step 4:
    Plan for transition time. Never underestimate the importance of planning for transition time. Simple activities such as games, stories, songs, and coloring sheets will reduce bedlam, and keep the kids in your preschool class entertained as you prepare to move them from one activity to the next.
  • Step 5:
    Take a look at your classroom set up. Classroom arrangement has a lot of influence on kids' behaviors. For instance, a lot of open space may encourage kids to run indoors or partake in horseplay. Take the time to arrange your pre-school environment to minimize behavior problems.
  • Step 6:
    Take care of your health. Being a preschool teacher can also take a toll on your mental and physical well-being. There's no way you can effectively manage a classroom if you're a wreck, so eat right, exercise, monitor your stress levels, and ask for help when you need it.
  • Step 7:
    Ask for help when you need it. Even the most efficient preschool teacher needs help from others. If you from others. Your coworkers won't time to time. You're only human, and you're going to need help from time to time--so don't be afraid to ask.
Link lain:

Teaching Resources: Be Prepared!

The criteria for selecting materials, advise on accessing teaching resources and ... Will there be suitable seating arrangements, a projector, flipcharts, ...
www.pubmedcentral.nih.gov/articlerender.fcgi?artid=1705897

How to Set Up a Preschool Classroom

How to Set Up a Preschool Classroom. A preschool classroom is more than blocks and sand. An effective classroom incorporates elements such as well-rounded ...
www.ehow.com/how_2387631_set-up-preschool-classroom.html

Key Factors in Setting Up a Preschool Classroom

Key Factors in Setting Up a Preschool Classroom. When setting up a preschool classroom, first consider safety, eliminate any blind spots, create a common ...
www.expertvillage.com/video/165549_key-factors-setting-up-preschool.htm

Worksheets