Lagu ini sesuai untuk tema Keluarga. Ianya mudah diikuti. Ayuh kita nyanyikan di kelas.
Isnin, Februari 09, 2009
Ahad, Februari 08, 2009
Demam Selsema
Sejak Isnin minggu lepas demam selsema menyerang kami sekeluarga. Saya berjaya ditawan oleh virus ini mulai semalam dan hari ini saya masih demam. Blog tetap ditatap cuma tidak keraplah macam biasa.

Khamis, Februari 05, 2009
Kajian Tindakan
Assalamualaikum
Hari ini saya dapat surat yang meminta saya menyiapkan kertas proposal kajian tindakan untuk kelas prasekolah. Ia mesti dihantar sebelum 12 Februari 2009. Aduh macam nak pecah kepala memikirkan apa yang perlu dibuat. Semasa di universiti dulu saya tidak membuat thesis tetapi kami semua dikehendaki menjalankan praktikum. Aduh!.... nak buat apa ya? Tolong kepala hamba tengah bengang ni. Mentol tak juga menyala ni... Kalau bos baca entri ni boleh tak saya dikecualikan? Please.... Badan rasa macam nak demam ni.

Rabu, Februari 04, 2009
Keluarga
Assalamualaikum
Minggu ini temanya ialah Keluarga. Kanak-kanak melukis gambar keluarga masing-masing. Biasanya kanak-kanak akan memberi alasan mereka tidak tahu melukis. Alahai... takkanlah cikgu kena lukiskan satu persatu. Ada yang suka melukis di meja dan ramai juga yang suka melukis di lantai sambil meniarap. Apa yang penting kerja beres.
Walaupun temanya keluarga, saya masih mengulang tentang anggota badan. Ia sebagai pengukuhan. Lucu juga bila saya menyatakan yang saya mahu murid-murid membuat persembahan di dataran kejat sewaktu perhimpunan mingguan. Mereka sangat teruja sekali. InsyaAllah saya akan minta guru bertugas mingguan untuk membenarkan murid-murid saya mempersembahkan bakat mereka kelak. Lagu yang mereka nyanyikan adalah:
Put your hand up
Put your hand down
Put your hand up
And shake, shake, shake.
This is my eyes,
This is my nose
This is my mouth
And yum, yum, yum.
Put your hand down
Put your hand up
And shake, shake, shake.
This is my eyes,
This is my nose
This is my mouth
And yum, yum, yum.
Isnin, Februari 02, 2009
Berita Gembira
Assalamualaikum
Hari ini saya dan suami mendapat berita yang paling menggembirakan. Alhamdulillah. Usaha kami selama ini bakal diterbitkan. Sebagai permulaan CD interaktif berjudul Diri Saya bakal menemui anda semua dalam masa terdekat. Sesi pengujian telah pun dijalankan di kelas saya pada tahun lepas. Saya mengharapkan agar CD ini kelak dapat membantu guru-guru dan kanak-kanak untuk belajar dan mengajar dengan lebih seronok. Tunggu....
Ahad, Februari 01, 2009
Kad Lipat
Kad lipat ini boleh dibuat sendiri. Sungguh mudah. Ianya akan dilaminate untuk tahan lebih lama. Langkah yang perlu dibuat adalah:1. Cetak bahan.
2. Gunting mengikut gambar. Jangan ceraikan gambar dengan perkataan kerana ianya akan dilipat selepas ini.
3. Laminate.
4. Pastikan semasa menggunting anda memberikan basi pada setiap kad supaya kad anda kelak tidak mudah terkopek.
5. Susun kad anda itu mengikut tema atau untuk memudahkan tugas anda kelak, asihkan kad berpandukan sukukata misalnya KV + KV, KV + KVK, KVK + KV, KYK + KVK, KVKK+ KV, KV + KVKK, KVK + KVKK.
6. Tebuk lubang di hujung kad supaya anda boleh memasukkan gelang besi untuk memudahkan penyimpanan.
Selamat Mencuba.
Kerja Hujung Minggu
Inilah antara bahan yang sedang saya buat sepanjang hujung minggu ini sejak hari Jumaat sehingga Ahad. Ada lagi yang belum siap tau. Maaf kerana mutu gambar kurang jelas sebab diambil waktu tengah malam. Malam ini laminate bahan tapi sayangnya plastik laminate sudah habis pula. Kena beli lagi esok. Esok juga saya nak cetak gambar-gambar pula untuk aktiviti pengelasan objek mengikut saiz. Kesemua bahan in telah saya masukkan ke dalam CD. Anda yang membelinya hanya perlu mewarnakan sendirilah ya!...Sepanjang minggu depan saya dan pembantu akan mewarnakan gambar-gambar yang telah lama diperam sebelum cuti sekolah tahun lepas. Kami buat berperingkat-peringkat. Sepatutnya ia sudah siap masa cuti sekolah tapi memandangkan saya sibuk di IPTHO dan membuat persiapan majlis pertunangan anak, kerja-kerja itu terpaksa disimpan. Sebelum sakit hari tu juga saya mengecat dan membaikpulih taman permainan. Seronok melihat kawasan yang berwarna-warni. Cukup ceria. Kerja mengecat dinding belum sempat saya buat maklumlah saya tidak boleh membongkok, berdiri dan duduk terlalu lama sekarang ini. Malah terpaksa lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan. Biarpun tiada tanda pulih, saya harap akan dapat mengatasi rasa sakit ini kerana saya sedang menyesuaikan diri untuk menahan kesakitan yang datang tanpa menelan sebiji pun lagi pil penahan sakit. InsyaAllah saya akan terus bertahan. Doakan saya. Amin.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Bib makan kanak2 prasekolah dan tadika serta taska. RM5 sehelai. Www.wasap.my/60197556032/bibmakan







