Ahad, Julai 20, 2008

Sesi Mengeja

Saya seronok bila bersama Ahmad Dzarif. Dia seorang kanak-kanak yang berani mencuba. Cuba lihat bagaimana dia mencuba mengeja "rambutan". Puas juga membetulkan sebutan huruf n. Hari Rabu lepas dia telah didenda kerana tidak tahu mengeja perkataan "bear" dengan membawa pulang cebisan kertas bertulis ejaan tersebut. Pada awal pagi Khamis dia menunjukkan kemahirannya mengeja "bear". Seronok melihat kesungguhannya. Selepas waktu pulang pagi Khamis, saya membekalkan sekeping kertas bernombor 1 hingga 10. Ada perkembangan dalam pengiraan. Nampaknya saya perlu teruskan teknik ini untuk mengukuhkan kemahiran mengenal angka dan mengeja.

Rabu, Julai 09, 2008

Ahmad Dzarif


Ahmad Dzarif merupakan kanak-kanak yang riang. Walaupun badannya gempal, dia seorang kanak-kanak yang berani mencuba dan aktif. Biar salah jawapan yang diberi, dia tidak malu mencuba. Saya yakin suatu hari Ahmad atau Mad yang biasa saya panggil di kelas akan menjadi kanak-kanak yang berjaya. Sebenarnya Mad menghadapi masalah pertuturan. Khabarnya dia baru belajar bercakap masa umurnya 4 tahun. Ini bermakna baru 2 tahun dia dapat bercakap namun masih pelat. Setiap hari saya lihat perkembangan Mad. Kalau dulu dia sukar menyebut perkataan "blok" atau bongkah. Bila disuruh dia menyebutnya berulang-kali kini dia sudah boleh meyebut blok. Cuma perkataan cikgu masih belum dapat dibetulkannya. Dia panggil saya Cikdu. Dia penghibur saya di kelas. Dia tidak jemu bertanya. Bulan pertama sekolah memang memeritkan. Dia tidak pernah ke tadik sebelum ini. Satu bentuk huruf pun dia tidak kenal. Melukis bentuk pun tidak dapat dilakukan. Semuanya kena dipegang. Kini Mad sudah boleh menulis setiap huruf. Dia akan cuba menyiapkan tugasnya secepat mungkin sebab bila sudah siap, dia akan bermain blok dan kereta kecil yang ada di sudut permainan. Walaupun tulisan Mad masih belum secantik rakan-rakan yang lain, ia tetap menunjukkan perkembangan yang baik. Hingga kini Mad masih menghadapi masalah mengira. Dia mudah lupa. Apa pun saya tetap yakin dengan kesungguhannya, dia boleh berjaya walaupun mengambil masa yang lambat. Sejak menyambut hari lahir ke enam, dia semakin menampakkan kemajuan.

Rabu, Julai 02, 2008

Cepat Membaca

Bagaimana ya supaya kanak-kanak cepat membaca? Banyak sangat teknik dan kaedah di pasaran. Ramai yang mendakwa program mereka baik tapi sejauh mana keberkesanannya? Tidak semua teknik sesuai dengan kanak-kanak. Anda perlu lihat minat kanak-kanak. Rujuk pendapat Howard Gardner supaya anda mudah mengenal corak pembelajaran kanak-kanak. Adakalanya minat mereka ini boleh membantu anda mendisiplinkan kanak-kanak dengan cara menahan minat mereka untuk mencorak tingkahlaku di kelas. Selamat mencuba.

The Seven Types of Intelligence

Psychologist Howard Gardner has identified the following distinct types of intelligence in his Multiple Intelligences Theory ("MI Theory") in the book "Frames of Mind." They are listed here with respect to gifted / talented children.photo of Howard Gardner from www.ed.psu.edu

1. Linguistic
Children with this kind of intelligence enjoy writing, reading, telling stories or doing crossword puzzles.
2. Logical-Mathematical
Children with lots of logical intelligence are interested in patterns, categories and relationships. They are drawn to arithmetic problems, strategy games and experiments.
3. Bodily-Kinesthetic
These kids process knowledge through bodily sensations. They are often athletic, dancers or good at crafts such as sewing or woodworking.
4. Spatial
These children think in images and pictures. They may be fascinated with mazes or jigsaw puzzles, or spend free time drawing, building with Leggos or daydreaming.
5. Musical
Musical children are always singing or drumming to themselves. They are usually quite aware of sounds others may miss. These kids are often discriminating listeners.
6. Interpersonal
Children who are leaders among their peers, who are good at communicating and who seem to understand others' feelings and motives possess interpersonal intelligence.
7. Intrapersonal
These children may be shy. They are very aware of their own feelings and are self-motivated.
MI Theory teaches parents and educators to look for signs of innate precociousness in children and then to help develop them.

When asked for advice on how parents could rear successful children, Gardner replied that we should not try to make our children good at what we ourselves were good at, or what we ourselves were not good at. Gardner says that our job is to help our children become who they are supposed to be, not what we think they should be. Some parents find it difficult to follow this course.

Since publishing his original list of seven intelligences, Gardner has added Naturalist and Existential to bring the total number to nine Intelligences.

Sumber: http://professorlamp.com/ed/TAG/7_Intelligences.html


Terima Kasih

Assalamualaikum
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menghubungi saya untuk mendapatkan CD Bahan Bantu Mengajar. Saya masih di dalam proses menyiapkannya mengikut kadar tempahan. Saya akan cuba mengirimkan secepat mungkin bahan yang diminta.

Saya tidak menyangka ada juga guru prasekolah dari Brunei Darusalam yang berminat dan sering membaca blog ini. Terima kasih Nur Azirah atas respon anda. InsyaAllah selagi ada kudrat, saya akan terus menulis dan memasukkan apa sahaja bahan yang terlintas di fikiran saya. Saya gembira kerana ramai yang menyatakan blog ini memberi inspirasi dan idea kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka di prasekolah. Saya hanya menyampaikan setakat yang termampu. Saya mengharapkan bagi anda yang masih menuntut di bidang pendidikan awal kanak-kanak tidak mengambil bulat-bulat idea dari sini kerana anda perlulah membuat kajian berdasarkan buku yang pernah diterbitkan oleh ilmuan yang hebat. Apa yang saya sampaikan hanyalah cetusan idea berdasarkan pengalaman saya di sekolah. Sebenarnya saya masih baru di prasekolah iaitu sejak 2004. Sejak menamatkan pengajian, saya ditugaskan mengajar di Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran dan kemudian dipinjamkan di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi selama 4 tahun sebagai Pegawai Khas Prasekolah. Lawatan ke sekolah-sekolah seluruh Johor banyak memberi idea kepada saya sebenarnya ditambah pengalaman 10 tahun mengajar Tahap 1, Pemulihan Khas dan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Apa yang menjadikan saya teruja untuk berkongsi idea di sini ialah apabila membaca laman web yang dikendalikan oleh mat-mat dan minah saleh. Idea mereka seolah-olah sangat realistik. Saya sering mencubanya di kelas untuk menarik minat murid saya belajar. Adakalanya tidak menjadi langsung. Alahai... Saya sering memikirkan alangkah baiknya kalau saya mahir berbahasa Inggeris. Saya faham apa yang ditulis tapi agak sukar untuk menerangkan kembali. Maklumlah takut kalau tersalah terjemahan.

Apapun saya seronok kerana dapat berkongsi cerita di kelas saya. Ada banyak bahan yang perlu dimuatkan tetapi saya kesuntukan masa. Saya telah melakukan banyak eksperimen dari laman web tersebut kepada murid-murid saya. Saya telah menemui laman web yang khusus untuk membuat topeng. Cuba lihat keriangan murid saya ini... Ada banyak foto mereka. InsyaAllah akan saya muatkan dalam slide show di masa yang akan datang.


Bagi anda semua, pastikan kamera sering dibawa ke sekolah kerana banyak benda yang boleh anda rakamkan. Tentu ianya menjadi inspirasi kepada anda untuk terus berusaha.

Saya pernah menemui laman web khusus tentang mewarna tetapi dalam bahasa Perancis. Macamana nak dapatkan laman web ini? Oh, semua itu mudah sangat. Taip sahajalah keyword yang anda perlukan di Google. Semuanya pasti terpapar di depan anda. Yang penting adalah semangat ingin tahu. Selamat mencuba.

Rabu, Jun 25, 2008

Makluman

Assalamualaikum
Kepada semua pembaca blog ini, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan CD lembaran kerja sebagaimana entri terdahulu, sila email kepada saya di :


Sehingga kini saya sudah berjaya menyiapkan 5 CD bertema beserta panduan penggunaan CD:
a. Haiwan Liar (1)
b. Haiwan Liar (2)
c. Haiwan Air
d. Haiwan Jinak
e. Buah-buahan

Setiap tema mengandungi latihan:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. MS Power Point
e. Kad gambar
f. Aktiviti Kreativiti dan estetika
g. Koleksi gambar sebenar

Saya sebolehnya menyediakan semua latihan berpandukan huraian sukatan kurikulum prasekolah. Itulah sebab kenapa hanya satu tema sahaja dimuatkan dalam satu CD. Soalan latihan banyak memerlukan gambar-gambar yang pastinya membuatkan kapasiti CD sehingga mencecah 650MB. Bagi tema haiwan liar, ianya dijadikan dua CD kerana isi kandung bahan yang banyak. Biasanya tema haiwan liar akan diajar selama 2 minggu. Setiap latihan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik jika dicetak akan mencecah 16mm tebalnya jika menggunakan kertas 80 gsm. Saya mengenakan bayaran pos sebanyak RM5.00. Setiap CD dijual dengan harga RM6.00 sahaja kerana ianya lebih berkonsep perkongsian ilmu. Semua ini saya lakukan untuk mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Perkongsian ilmu sambil beramal ini diharapkan akan turut membantu anda meningkatkan mutu pengajaran. Anda boleh memasukkan wang ke akaun Maybank 101075450308 (Fauziah A.Rahim) Sekurang-kurangnya dengan penjualan bahan ini akan dapat menampung kos yang telah saya belanjakan untuk menaiktaraf kelas prasekolah saya.

Sila email maklumat anda selengkapnya yang mengandungi:
a. Nama penuh
b. Alamat tetap
c. Nombor telefon
Sekiranya anda telah membuat bayaran, sila maklumkan kepada saya dengan mengirimkan sms ke nombor 014 2785668 bukti pembayaran iaitu tarikh dan masa urusan bank dibuat kerana saya akan membuat semakan di Maybank2u.

Dari masa ke semasa saya akan menambah latihan bertema ini sehingga selengkap mungkin dan maklumat terkini akan disiarkan di blog ini. Selamat mengajar.

Worksheets