Sabtu, April 18, 2009

Persiapan Akhir

Assalamualaikum
Gambar di bawah saya "curi" dari blog pengurus projek cd interaktif Cerlang Minda Prasekolah, Puan Maznun Arifa. Kamera saya masih meragam. Harap-harap semasa di Kuala Lumpur nanti gambar-gambar yang bakal diambil akan dapat dimasukkan ke blog ini kelak. Projek ini telah dimulakan sejak tahun 2006. Hampir 3 tahun baru projek mega kami ini diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Di peringkat awal saya diminta menyiapkan 24 tema tetapi setelah setahun pihak pengurusan minta supaya dijadikan kepada 20 tema sahaja. Apabila surat perjanjian lesen penerbitan bagi cd pertama saya ditandatangani Mac lalu, Puan Maznun telah memaklumkan perjuangannya untuk membina 24 tema telah dipersetujui oleh pihak atasan. Alhamdulillah. Saya dan suami berasa sangat bersyukur atas anugerah besar ini. Kami benar-benar berharap cd ini kelak dapat diterima oleh seluruh warga pendidik dan ibu bapa seluruh negara. Cd ini yang berharga RM25.00 sahaja diharap akan dapat membantu guru dan ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Di dalam cd ini dimuatkan lagu-lagu yang saya cipta sendiri liriknya. Hehe... harap-harap lagu ini bakal meletup di pasaran. Cewah... besar dan tinggi harapan tu. Lihat prop di bawah. Ia bakal digunakan dalam persembahan kanak-kanak dari Tadika Sri Jasmine pada petang Selasa ini.

Maznun dan crew agak risau juga kalau-kalau kanak-kanak ini boleh terlupa lirik. Hai kalau lupa nampak gaya kenalah cikgu Fauziah ni bantu dari bawah. Hehehe.... Huh gumbira betul nampaknya.... padahal jantung ni dup dap dup dap memikirkan bagaimana keadaan pada hari berkenaan. Kalau anda ingin tahu bagaimana indahnya lagu-lagu ini nanti untuk santapan telinga, jomlah ke PWTC ya. Saya ingin sekali bertemu rakan-rakan yang sering ke blog ini. Dengar khabarnya guru-guru prasekolah Petaling Perdana ada mesyuarat pada petang itu. Tidak mengapa, datang sajalah walau majlis sudah selesai untuk membeli cd berkenaan. Jangan lupa bawa duit ya.... Khabarnya juga pada malam itu rakan-rakan lama saya ramai berkumpul di Cititel Hotel di sebelah Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman. .... Azilawati, Zakiah, Zaiton, Robert, Zaimi .... korang ada meeting pegawai khas prasekolah kat hotel tu ya. Saya belum pasti dapat menginap di situ kerana suami mahu bermalam di rumah adiknya di Bangi. Maklum khabarnya adik ipar saya telah mengambil cuti semata-mata kerana meraikan kami sekeluarga datang ke Kuala Lumpur.

Kepada anda yang berada di luar Kuala Lumpur, cepat hubungi saya kalau mahukan cd tersebut kerana saya perlu membuat tempahan awal kepada Puan Maznun. Nak beli banyak-banyak maklumlah gaji belum dapat. RM25.00 banyak tu... kalau lebih dari 100..... tak mampu saya membayarnya. Kos keseluruhan cd termasuk pos hanya RM29.00 kerana kali ini saya akan menggunakan perkhidmatan express. Anda boleh masukkan duit ke akaun Maybank saya 1010 7545 0308 dan memaklumkan melalui sms dengan memberikan nama dan alamat penuh ke nombor 014 2785668. Saya akan menyemak akaun melalui internet di rumah adik ipar sahaja nanti. Bagi yang lewat memasukkan wang, saya akan cuba membuat pesanan kemudian. Bagi yang datang sendiri ke PWTC, harga hanya RM25.00 sahaja. Beli terus di booth Dewan Bahasa dan Pustaka. Jangan risau kerana pembelian bahan ini boleh dituntut kembali wangnya dari sekolah di bawah peruntukan kelas prasekolah.

Selamat membeli dan mencuba barang buatan Malaysia. Beli yang original ya... Saya tidak sabar membaca komen anda tentang produk ini.

4 ulasan:

yusofsipan berkata...

eh teruja jugak ler saya nak membeli cd tsb, nt saya minta guru prasekolah saya menguruskannya. Tahniah dan mekasih kakG!!!

Fauziah berkata...

ooo cikguyusuf ni GB ke? alahai segannya. ingat guru level biasa mcm saya je. mekasih la sb sokong produk msia. hehe

Romantic berkata...

salam kenal
saya guru sekolah menengah dari indonesia
saya kagum dengan kemajuan pendidikan di malaysia, sementara di indonesia pendidikan tidak maju

Fauziah berkata...

terima kasih Matematika Itah. semoga kita terus sama2 majukan pendidikan anak bangsa.

Worksheets