Jumaat, April 10, 2009

Permainan Kenal Abjad

Assalamualaikum
Sebenarnya saya sudah lupa bilangan permainan yang telah saya kumpul untuk aktiviti mengenal abjad. Namun saya sentiasa teruja untuk mencari. Malam ini saya menemui satu lagi permainan yang boleh membantu kita memperkenalkan abjad kepada kanak-kanak. Sebenarnya saya masih mencari perisian yang pernah anak saya gunakan sejak 13 tahun lalu untuk mengenal abjad dengan cepat. Memang sangat baik kerana anak saya dapat mengenal abjad hanya dalam seminggu!. Ya SEMINGGU. Dia berjaya mengenal abjad dengan sangat cepat menggunakan perisian tersebut yang saya masukkan ke dalam komputer. Dia menggunakan komputer setiap hari ketika usianya 5 tahun. Permainan seperti di bawah ini diharapkan dapat membantu murid-murid untuk belajar dengan pantas. Hanya klik pada gambar kerana saya telah memasukkan link laman web itu di sebalik gambar.


Anda boleh melayari laman web ini dengan mengklik gambar di bawah untuk abjad yang seterusnya.


Cadangkan laman web ini kepada ibu bapa kanak-kanak supaya mereka boleh belajar di rumah. Selamat Mencuba.




Tiada ulasan:

Worksheets