Jumaat, April 03, 2009

Majlis Pelancaran CD Cerlang Minda Prasekolah

Assalamualaikum,
Semalam saya menerima berita paling gembira. Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengembalikan surat perjanjian lesen penerbitan CD interaktif Cerlang Minda Prasekolah yang saya usahakan bersama suami. Bersama-sama itu juga disertakan kad undangan yang sangat saya nantikan. Menurut Puan Maznun Arifa selaku pengurus projek cd ini pada tarikh dan masa tersebut cd akan dilancarkan. Seronoknya.

Bagi rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan cd tersebut bolehlah mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 mulai 17 hingga 26 April 2009. Terus ke booth Dewan Bahasa dan Pustaka tau. Saya akan memohon cuti dari pihak sekolah hanya pada 21 April 2009. Biasalahkan... mana boleh cuti lama-lama. Bagi anda yang ada di Kuala Lumpur... kita jumpa di sana!...

Tiada ulasan:

Worksheets