Saya suka blog ini

Khamis, April 23, 2009

Alhamdulillah

Assalamualaikum
Alhamdulilllah semuanya berjalan lancar dan kami sekeluarga selamat sampai ke rumah pada pukul 10 malam Rabu lepas. Memang kepenatan dibuatnya sebab suami tidak berapa sihat untuk memandu. Selama 3 hari berturut saya mengambil alih pemanduan. Mujur bakal menantu meminjamkan kereta automatiknya. Kalau memandu Sang Kancil saya yang ada itu, entahlah pukul berapa boleh sampai ke rumah. Kaki dan tangan semua sengal.
Bersama Imuda

Bergambar kenangan bersama anak-anak

Ramai yang meminta saya meminta saya memasukkan gambar-gambar semasa sesi pelancaran cd interaktif saya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Baiklah di sini saya paparkan video lagu Jom Kira yang saya tulis liriknya untuk tatapan anda. Untuk makluman lagu ini adalah antara lagu yang terdapat dalam CD Cerlang Minda Prasekolah di mana anda boleh mencetak lirik lagu untuk diberikan kepada kanak-kanak.



Gambar lain akan saya masukkan selepas ini. Penatlah...komputer ini meragam pulak. Lembab betul nak masukkan gambar.

1 ulasan:

cikguyusof berkata...

Syabas, tahniah kakG...