Selasa, April 28, 2009

Komen Anda

KOMEN TERKINI
30 April 2009
29 Apr 09, 20:44
shaliza: salam...kak g, sy dah dapatkan cd akak tu...sy g pwtc hari khamis...murid sek sy seronok tgk cd tu...menarik..tahniag kak g...

29 Apr 09, 21:51
effe: salam kak g. saya dah terima cd akak, thanks... student saya sgt seronok tgk cd tu... mereka suka dengan lagu2 yg ada dlm cd tersebut. tahniah kak g.

------------------------------------------------

Assalamualaikum,
Di sini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas sambutan anda terhadap yang saya usahakan selama ini. Saya tidak menjangka bahan lembaran kerja yang telah diusahakan sejak tahun 2006 itu mendapat sambutan. Mulanya saya hanya mahu mendokumentasikan bahan-bahan lembaran kerja yang telah saya buat sendiri di dalam fail kelas. Hanya di tahun lepas baru saya tergerak hati untuk menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain memandangkan saya perlu menampung kos internet dan mencari dana untuk menghias kelas.

Saya memang cerewet dalam pemilihan bahan untuk digunakan oleh kanak-kanak di kelas. Di samping itu sikap ingin tahu yang tinggi membuatkan saya sentiasa memikirkan jalan untuk membantu memudahkan tugasan saya seharian di kelas. Sebenarnya banyak cabaran yang telah saya lalui di bidang perguruan ini sehingga pernah di suatu ketika saya bertekad ingin menamatkan perkhidmatan. Namun sokongan suami banyak membantu saya untuk terus gagah berdiri. Banyak sudah airmata yang keluar demi meraih sebuah kejayaan. Selama 22 tahun di bidang ini banyak mengajar saya erti kesungguhan dan kesabaran. Menilai erti persahabatan dan kesetiaan.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesetiaan anda untuk terus menyokong usaha saya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan di bidang prasekolah ini. Soalan dan komen anda banyak membantu saya malah memberikan saya idea untuk menambahbaik apa yang ada. Secara tidak langsung melalui komen atau soalan anda, saya dapat menggarap banyak idea-idea baru untuk lebih kreatif. Semua idea-idea itu saya kumpulkan dan bakal saya lontarkan kepada anda semua melalui bahan-bahan sumber yang bakal saya terbitkan.

Untuk makluman anda, siri Cerlang Minda Prasekolah: Diri Saya ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Saya memohon maaf kepada rakan-rakan yang telah memesan cd tersebut kerana terpaksa menunggu agak lama. Saya perlu membuat pesanan tambahan untuk memenuhi permintaan anda. Diharap bagi rakan-rakan yang telah membuat bayaran dapat bersabar. Semua pesanan akan saya kirim melalui pos berdaftar kerana saya bimbang kalau bahan itu tidak sampai ke tangan anda. Bagi rakan-rakan di Sabah, Sarawak dan Brunei diharap dapat lebih banyak bersabar kerana masalah perkhidmatan pos yang tidak memuaskan hati menyebabkan kelewatan penerimaan.

Siri Cerlang Minda Prasekolah ini sebenarnya mengandungi 24 tema yang telah dipersetujui diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema kedua iaitu Anggota Badan bakal menemui anda 3 bulan dari sekarang. Menurut pengurus projek, Puan Maznun Arifa, cd kedua ini bakal diedarkan di Sarawak sempena sambutan Bulan Bahasa peringkat kebangsaan. Saya tidak pasti sama ada saya akan dapat berada di Sarawak ketika itu. Kalau dapat tajaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka... hehe.... (Maz, ada tak bajet penulis ke Sarawak? ) dapatlah saya menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang itu kelak. Kalau ke sana, saya berharap dapat menemui rakan-rakan di sana pula.

Untuk makluman anda keistimewaan siri ini adalah:
    1. Bahan ditulis berpandukan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan mengikut tema yang bersesuaian dengan iklim pendidikan prasekolah di Malaysia.
    2. Menggabungkan kesemua komponen pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum iaitu perkembangan bahasa, perkembangan kognitif, perkembangan estetika dan kreativiti, perkembangan sosio emosi dan perkembangan kerohanian dan moral.
    3. Selaras dengan sifat kanak-kanak yang suka kepada bermain, penulis telah memasukkan aktiviti permainan interaktif untuk memupuk minat kanak-kanak mencuba dan meneroka.
    4. Aktiviti kraftangan dibuat untuk memenuhi naluri ingin tahu dan mencuba kanak-kanak di mana ianya mudah diikuti. Ianya boleh dicetak dan sudah pasti dapat membantu guru atau ibu bapa untuk menyediakan aktiviti yang lebih cepat dan berkesan.
    5. Aktiviti mewarna yang disediakan juga dapat memupuk dan meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan kanak-kanak serta bahan yang boleh dicetak boleh meningkatkan bakat mewarna kanak-kanak untuk lebih kreatif di masa akan datang.
    6. Cerita animasi yang disediakan juga turut menyelitkan nilai-nilai murni bagi meningkatkan asas-asas akhlak yang baik kepada kanak-kanak. Kegunaan cerita animasi dapat meningkatkan juga tumpuan kanak-kanak dengan menggunakan gambar-gambar yang berwarna-warni.
    7. Segmen belajar membaca dapat membantu kanak-kanak untuk membaca dengan lebih cepat dengan kaedah pemenggalan sukukata mengikut warna. Guru atau ibu bapa boleh mencetak buku bacaan untuk dijadikan buku mini yang boleh diwarnakan oleh kanak-kanak.
    8. Segmen penulisan dapat membantu kanak-kanak membentuk huruf-huruf dengan cara yang betul malah dengan berbantukan permainan interaktif, kanak-kanak juga akan dapat mengenal huruf dengan lebih cepat dengan cara yang menyeronokkan.
    9. Nyanyian yang diselitkan di dalam cd ini juga dapat membantu kanak-kanak untuk belajar dengan lebih seronok. Ia juga secara tidak langsung akan membantu guru untuk melatih kanak-kanak sebagai persediaan menyertai pertandingan lagu kanak-kanak di dalam Karnival Prasekolah yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran sejak tahun 2005.
    10. Aktiviti mengira dapat membantu kanak-kanak untuk mengukuhkan kemahiran kognitif dengan cara yang menggembirakan. Bahan-bahan latihan turut disediakan untuk membantu kanak-kanak mengingat semula proses pengiraan yang telah dibuat.
    11. Akhir sekali bahan ini juga dapat menjadi sumber rujukan yang membantu guru merancang aktiviti di kelas.

Baiklah di sini izinkan saya petik komen tentang cd ini...

28 Apr 09, 18:37
kak t: sya dah tengok cd CMP.memeng bestlah, seronok dan menarik. kita yang tua ni pun rsa seronok, apatah lgi bbudak tu. tak sbr tungu siri2 yg 23 lgi. bia ye! Memang berguna sangat utk cikgu pra.

28 Apr 09, 19:25
kak t: Tahniah! atas kelahiran CMP & terima kasih krn kehadiran CMP tu nanti n cd lb. krj bertema banyak membantu. Kerja P&P jadi lebih rengan n teratur, dpt juga beri tumpuan pd krj2 pra yg lain

Saya menunggu komen-komen anda. Sila tinggalkan komen apabila anda telah membuat penilaian tentang cd interaktif atau lembaran kerja itu. Ia sangat penting untuk saya dan Puan Maznun Arifa membuat penambahbaikan di dalam siri-siri lain selepas ini. Terima kasih atas sokongan anda.



Tiada ulasan:

Worksheets