Hari ini aku ingin merakamkan ucapan tahniah buat rakan-rakan sekuliah Pendidikan Awal Kanak-kanak UM 1997-1999 kerana telah mendapat lantikan ke DG 44.
1. Byzura ( Seremban, Negeri Sembilan )
2. Zakiah ( PPD Sabak Bernam, Selangor )
3. Robert Bong Nyuk Kim( PPD Hulu Langat, Selangor )
4. Sia
5. Hor Lee Lan
6. Ho Kim Poh
Betapa cemburunya mendengar yang korang sudah terima surat lantikan itu. Apapun diharap minggu ini surat itu juga bakal aku terima. Hehe bersemangat menanti kerana aku nak kumpul semua berita gembira dalam bulan ini. Apa agaknya berita kawan-kawan yang lain?
1. Nik Asiah ( JPN Kelantan )
2. Ruhana Musa ( PPD Kota Bharu )
3. Habsah Jantan ( IPPMM, Melaka )
4. Sakyah Abu ( IPIS, Selangor )
5. Zaharah Othman ( IPSI, Perak )
6. Intan Norazlina (IPDA, Kedah )
7. Roziah Mat
8. Syamini (SK Taman Universiti 2, JB)
9. Wan Noor Hayati ( IPSM, Terengganu )
10. Alimah Atan ( IPTHO, Johor )
11. Siti Mislia ( IPTI, Johor )
12. Kholishah ( JPN Selangor )
13. Azilawati ( JPN Selangor )
14. Harnsha Begum
15. Zamri ( PPD Kuala Krai )
Berita-berita ini menjadi sejarah hidup aku yang akan aku kenang sampai bila-bila. Pertamanya hasil kerja penulisan sejak 2006 dan kajian berkaitan pendidikan awal kanak-kanak sejak tahun 1993 aku telah direalisasikan menjadi sebuah karya yang dibentuk ke dalam CD interaktif berjaya di pasarkan kepada khalayak pada 21 April 2009. Jualan cd ini sangat merangsangkan. Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang telah membeli dan menempah cd berkenaan. Aku benar-benar berharap cd ini kelak akan dapat membantu kanak-kanak untuk cepat menguasai kemahiran 3M dengan cara yang menyeronokkan.
Berita kedua yang menggembirakan adalah kejayaan anak keduaku diterima untuk belajar di Akademi Kejuruteraan Jepun di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. Esok merupakan hari bersejarah dalam hidupnya kerana akan mendaftar di Universiti Malaya untuk mengikuti pengajian bahasa Jepun selama 2 tahun. Anakku ditawarkan untuk menginap di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah iaitu Kolej Keduabelas. Mujur juga kolej kediaman itu hampir dengan fakulti. Kalau dulu aku menginap di Kolej Kediaman Kesembilan yang jauh dari Fakulti Pendidikan. Namun aku tetap rasa terkilan kerana tidak dapat menghantar anakku ke sana kerana cuti rehat khas sehingga bulan April sudah habis aku gunakan. Aku harap anakku akan tabah menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di sana walau apapun cabaran mendatang. Puas juga pagi ini aku, suami, datuk dan neneknya menasihati. Meleleh juga airmata dibuatnya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada adik iparku yang sanggup balik ke sini untuk mengambil anakku. Esok birasku serta kakaknya sudi meluangkan masa menghantar anakku itu mendaftar di UM.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan