Saya suka blog ini

Rabu, April 08, 2009

Magic Baking

Assalamualaikum
Hari ini kami di Johor bercuti. Namun pada pukul 2.00 petang ini saya dikehendaki bertugas sebagai pengelola peserta Pertandingan Pakaian Beragam di Dataran Tun Sri Lanang di tepi sungai Kota Tinggi. Jadi sementara menanti waktu itu pagi ini saya sempat meneroka permainan yang boleh digunakan bagi tema Makanan iaitu Magic Baking. Dalam permainan ini kanak-kanak perlu mendengar arahan yang disebut oleh komputer. Apa yang menarik di dalam permainan ini, kanak-kanak boleh mencetak resipi dan membuat roti di dapur. Hmm... saya pun teruja sama untuk membuatnya.

Baiklah bagi memudahkan anda, saya letakkan permainan itu di sini supaya anda boleh bermain bersama-sama saya. Hehehe.... Yuk kita masak.... Yummm....


0 ulasan: