Assalamualaikum
Gambar di atas saya ambil dari Fotopages Puan Maznun. Inilah panorama sewaktu sesi ujian cd Cerlang Minda Prasekolah pada 31 Mac 2008 iaitu setahun yang lalu. Inilah antara aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan cd yang telah terbit itu.
Ini pula adalah email yang saya terima mengenai pembayaran cd interaktif Cerlang Minda Prasekolah. Terima kasih Amalia. Kepada anda yang ingin membeli cd tersebut bolehlah membuat bank transfer kepada akaun saya. Sebenarnya cd ini belum lagi terdapat di mana-mana kedai dan mungkin anda terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatkannya.
Ada yang tertanya-tanya apa maksud cd interaktif?
Aplikasi CD-Interaktif adalah sebuah istilah bagi program multimedia interaktif yang biasanya dikemas ke dalam format Compact Disk (CD) dan untuk menggunakannya pengguna harus menjalankannya melalui CD-ROM pada komputer. Namun saat ini, istilah tersebut juga sering digunakan untuk menyebut aplikasi interaktif (Interactive Program) yang dipakai di dalam Multimedia Kiosk.
Apa yang ada di dalam cd interaktif Cerlang Minda Prasekolah?
Berdasarkan skrip yang telah saya hantar dan diluluskan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, isi kandungan cd interaktif saya:
1. Mari Bercerita - 3 judul cerita animasi
2. Mari Menyanyi - 3 judul lagu beranimasi yang boleh disetkan kepada karaoke.
3. Kraftangan - 3 jenis kraftangan
4. Permainan - 3 jenis permainan animasi
5. Buku Mini
6. Lembaran kerja Bahasa Melayu
7. Lembaran kerja Matematik
Untuk makluman anda, cd pertama ini difokuskan kepada Diri Saya. Ada 23 siri cd lagi bakal berada di pasaran. Bahan-bahan yang ada di dalam setiap cd boleh digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seminggu. Walaupun dinamakan Cerlang Minda Prasekolah, ia sesuai digunakan untuk kanak-kanak dari peringkat umur 3 hingga 9 tahun. Malah pelajar-pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran juga boleh menggunakan perisian ini. Saya dan suami menggarapkan pengalaman kami sebagai guru prasekolah, Tahap 1, guru Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ke dalam skrip yang diolah bersama ini bagi meningkatkan pencapaian kanak-kanak dengan lebih cepat dan menyeronokkan.
Sebagai ibu dan bapa kepada 4 orang anak yang sudah dewasa kesemuanya, kami gunakan pengalaman asas pendidikan awal yang telah kami gunakan kepada anak-anak kami dahulu sebagai panduan. Selama ini kami mencari-cari perisian Bahasa Melayu tetapi malangnya apa yang biasa didapati adalah di dalam Bahasa Inggeris. Harapan kami semoga ibu bapa dan guru di kawasan pedalaman atau yang tidak fasih berbahasa Inggeris dapat menggunakan cd ini secara maksimum kerana ia sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu. Permainan dan animasi serta lagu-lagu amat mudah diikuti. Bagi guru-guru anda tidak perlu risau memikirkan lagu apa yang sesuai dengan tema yang ingin diajar. Dengan memasang cd ini di komputer, kanak-kanak yang sudah menyiapkan tugasan boleh berinteraksi dengan komputer manakala anda pula sudah tentu boleh membantu kanak-kanak lain yang perlukan perhatian anda di kelas.
Fokus utama kami dalam pembuatan cd ini adalah ... warna, animasi, permainan, lagu dan mesra kanak-kanak. Warna yang digunakan sangat menarik perhatian kanak-kanak sebagaimana iklan yang biasa dilihat, animasi berbentuk kartun sudah pasti biasa dalam dunia kanak-kanak sekarang dan permainan yang diselitkan juga sudah pasti membuatkan kanak-kanak teruja untuk terus mencuba. Lagu pula sebagai penarik kepada kanak-kanak untuk mengingati apa yang telah dipelajari dengan lebih cepat.
Harapan besar saya dan suami serta pengurus projek, Puan Maznun Arifa dan kakitangan unit multimedia Dewan Bahasa dan Pustaka adalah cd ini dapat membantu lebih ramai ibu bapa dan guru dalam mendidik kefahaman anak-anak dengan lebih cepat tanpa bosan kerana ianya sesuatu yang menyeronokkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan