Saya suka blog ini

Ahad, April 05, 2009

Permainan Abjad

Assalamualaikum
Pagi Ahad ini saya ingin mengumpulkan seberapa banyak permainan dalam talian yang berkaitan dengan mengenal abjad untuk memudahkan rujukan saya di masa akan datang. Ia juga diharap akan dapat membantu ibu bapa murid-murid saya yang mencari-cari program seumpamanya untuk membantu anak-anak mereka di rumah. Yalah biasanya kanak-kanak mudah bosan kalau asyik disuakan dengan buku sahaja. Jom ajak mereka bermain bersama anda di meja komputer. Pastikan anda sentiasa ada di sisi untuk membimbing mereka.

Baiklah program pertama yang saya temui adalah Alphabet Letter Puzzle. Minta kanak-kanak klik pada huruf kecil pada petak yang disediakan.


Klik sini untuk alamat laman web tersebut. Program seterusnya ialah Welcome To The Alphabet Zoo. Di sini kanak-kanak akan diminta klik pada abjad besar yang disediakan. Kanak-kanak juga akan dapat mempelajari nama-nama haiwan yang bermula dengan abjad tertentu. Saya kira anda semua pasti teruja untuk mendapatkan program seperti ini di kelas. Sayangnya semua permainan ini adalah secara dalam talian. Dapatkan ia di sini.

Tahukah anda, saya juga sangat teruja dengan permainan seperti ini. Ianya bukan sahaja memudahkan tugas seharian, malah sangat membantu semasa pengajaran Bahasa Inggeris. Alangkah seronoknya kalau di setiap kelas prasekolah dilengkapi dengan layar skrin dan projektor untuk semua kanak-kanak berkongsi keseronokannya. Sebenarnya di kelas saya sendiri pun masih belum ada alatan ini. Talian internet juga masih dalam proses penyambungan. Guru IT di sekolah saya sangat sibuk sekarang ini. Mudah-mudahan kalau Guru Besar saya membaca catatan ini dapat menyegerakan projek ini untuk membantu murid-murid saya mencapai kemahiran Bahasa Inggeris dengan lebih mantap dan seronok untuk datang ke sekolah.






Saya juga menemui permainan untuk digunakan oleh guru Pendidikan Islam. Ianya juga permainan mencari pasangan abjad bahasa Arab. Alahai seronoknya. Klik link ini untuk ke permainan tersebut...

Saya kira cukuplah setakat ini dahulu. Ada banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama anda. Oleh itu sering-seringlah ke sini atau bookmark blog saya ini untuk memudahkan anda ke sini lagi. Selamat mengajar.

0 ulasan: